Alhamdulillah, saya masih berpeluang untuk mengvacuum habuk yg tersisa di blog ni.
Lamanya tak update.Huhu, rindunya untuk berkongsi dengan kalian yg sudi membaca.
Alhamdulillah jugak kali ini saya sudah lengkap menyempurnakan 6 minggu sebagai pelajar farmasi sem2. MasyaAllah, ternyata ia makin terasa kesibukannya, kadang-kadang rasa tak terkejar. Banyak yg terjadi sepanjang 6 minggu ini, di mana saya lihat Allah sedang mendidik saya!! Ya, sangat jelas.
Kalau sahabat yg mengenali saya, pasti mereka kenal sangat dengan perangai saya yg sangat pemalu, yang jelas tika berhadapan dengan lelaki. Muka saya mghadap mereka, tapi mata entah juling ke mana. Tak berani nak menghadap. Tapi untuk kelas presentation saya 'drug in sport', majoriti dalam kelas itu adalah lelaki! Perempuan hanya seceput. Semasa mula-mula masuk dalam kelas tu, saya dan sahabat saya yg seceput tu bagaikan nak terkeluar jantung. "Eh, mana orang perempuan yg len. Oh tidak". Lepas habis kelas, sahabt saya berbisik "Agaknya memang Allah sedang mengajar Hana(saya) untuk berkomunikasi dengan lelaki ini, Hana pemalu sangat kan.Haha".
Ok, saya terima tapi MALUNYA.
Lagi, saya belajar erti pasrah. Mulanya berasa susah untuk terima hakikat yg Allah takdirkan untuk saya. Saya tak dapat apa yg saya pinta bahkan yg lain diberi. Bagaikan mahu bangun tak bangun ketika nama saya dipanggil untuk terima jawatan ajk biro Akademik. "Oh tuhan, kenapa aku?".Hati saya menangis ketika itu. Saya mohon dalam interview SoPHYS ( Society of Pharmacy Students) for Biro Kerohanian. Sangat mengharap ketika itu. Terasa program yg dirancang selama ini terpadam begitu saja. Mungkin saya sempitkan fikiran. Tapi subhanallah sahabat2 saya begitu memahami kondisi saya malah mereka tak lokek memberi nasihat bahawa perancangan Allah adalah yg terbaik. Dia tahu apa hikmahnya. Dia tahu jika kita lebih sesuai kearah mana. Malah yg membuatkan saya jadi bersemangat,sahabt saya dr UIA give this advice "kat mana pun kita diletakkan, Islam tetap kena bawa!". So, although i am in Adacemic Bereau, there are still hav a chance for me to do Islamic with Academic programme, right? Saya fikir program ni 'Pengislaman Ilmu'.
Hmmm.The point is, ada hikmahnya..wait n see..Doakan saya untuk kuat.
Ambil pengajaran dari ayat ini [2:216] :
Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya.[2:216].
For my friends, Fishah dan yg lain, biro kerohanian sophys.
Allah..
Anda bertuah kerana terpilih untuk melakukan kerja dakwah yg sememangnya sangat sikit orang nak buat. Here,a healing words that may inspire u all..
"...kalau anda mempunyai BANYAK masa lapang,
jangan pelik kenapa Islam mempunyai SIKIT pejuang...""الواجبات أكثر من الأوقات"
(Kewajipan/tanggungjawab melebihi masa yang ada)
"...Sesiapa yang mahukan kerehatan SYURGA haruslah dia meninggalkan kerehatan DUNIA".
Sememangnya kita sangat bertuah jika kita sibuk dengan kerja dakwah. Bersyukurlah masa lapang kita diisi untuk program dakwah. Apatah lagi dengan komitmen kita sebgai student farmasi. Please, berjuanglah agar Islam dijulang. InsyaAllah, Allah akan tolong mereka yg menolong agamanya. Itu janji Allah dalam surat cintanya untuk kita.
2 minggu lepas, hujung minggu saya terisi dengan program bombastic 'konvensyen dunia' dan 'Global March to Jurusalem'. InsyaAllah, dengan masa 24 jam yang ada akan saya cubit sikit masanya untuk kongsikan dari pengisian program ni.
Lastly, Lets us show our gratitude by saying 'Alhamdulillahالحمد لله ' for every tiny and simple happiness we got from Allah ..