salam

Friday, 27 July 2012

Mengemis JannahMu

Dengan nama Allah yg Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani


Sahabat ini telah lama diperhatikan Ukhti Amirah. Namanya indah Afifah Husna.
Sekelas. Sahabat baik. Sama-sama bekas sekolah agama rakyat. Tapi berbeza fikrah terhadap agama.
Ingin sekali mengajaknya berada di jalan dakwah dek melihatkan potensinya dalam persatuan fakulti, cerdik orangnya pula petah berbicara. Alangkah indah jika dia menjadi orang yg faham agama. Tapi itu dulu, terkenang Ukhti Amirah perbincangan dengan sahabatnya ini sehingga membentuk sahabat yg hebat begini. Kini petah berbicara mempertahankan agamaMu. Alhamdulillah.

Comelkan hati kami, ya Allah

" Hmmm, saya taknak la jadi alim sangat tapi tak jahat jugak. Tapi biarlah saya jadi tengah2, saya takutla nak jadi orang dakwah ni, nanti orang kata saya ni extremist". Lagipun saya tengok kerja dakwah ni macam penat je, ke hulu ke hilir..program sana sini". Afifah mulakan bicaranya di saat dirinya rasa ditekan tentang dakwah.

"Tengah2 macam mana tu awak?  Macam wasatiyah ke <buat2 blur>?". Ukhti Amirah mempersoalkan.


"Wasatiyah ape tu <mata kelip2>?"

Ukhti Amirah mula keluarkan Qurannya dari begnya.

"Takpe awak, maksud wasatiyah itu sederhana, betul tu awak islam mengajar kita menjadi yg tengah2 sepertimana firman Allah  (maksudnya):

Dan demikian (pula) Kami telah menjadikan kamu (umat Islam), 'umat pertengahan' , agar kamu menjadi saksi atas (perbuatan) manusia dan agar Rasul (Muhammad S.A.W) menjadi saksi atas (perbuatan) kamu. (Surah al-Baqarah: 143)


Pertengahan  itu menurut ayat Quran bukan bermaksud menjadi manusia yg memperadukkan baik dan buruk, adil dan zalim, makruf dan mungkar".

Awak selak Quran saya, surah al-baqarah ayat 42.


Firman Allah (maksudnya):

Dan janganlah kamu campur adukkan yang hak dengan yang batil dan janganlah kamu sembunyikan yang hak itu, sedang kamu mengetahui".


"Tapi awak, saya bukan berniat nak campur aduk baik dan buruk, saya cuma tak nak alim sangat, nak biasa2 saja, awak fahamla ye". Afifah mempertahankan.

"Saya faham, tapi setahu saya Allah cume sediakan 2 tempat iaitu syurga dan neraka. Iaitu syurga tempat untuk mereka yg betul2 beriman dan neraka tempat untuk mereka yg benar2 derhaka kpd Allah. Tak de pulak Allah sediakan untuk mereka yg biasa2 saja".

"Err....."

Ukhti Amirah memandang wajah sahabatnya yg kelihatan terkejut. Dia pegang tangan sahabatnya, erat dan kemas.
" Awak yg dicintai Allah, pegang kata2 saya ini, ingatlah kita tidak akan mati selagi kita belum betul2 beriman atau betul2 kufur kepadaNya...kita takkan mati dalam keadaan iman kita biasa2, hanya 2 keadaan saja syurga atau neraka. Awak pilih yang mana?"

"Ya, tiada tempat untuk insan yg biasa2. <lama menunduk>
Saya nak syurga!! Tapi kenapa perasaan saya begitu beban untuk pilih jalan ke syurga, saya tak faham!". Afifah mula sebak.

"Jalan ke syurga memang tersangat payah kerana nilai syurga terlampau mahal untuk kita miliki, malah pesanan Nabi saw “Jalan ke Syurga dikelilingi dengan kepayahan. Jalan ke Neraka pula dikelilingi dengan nafsu dan syahwat.” Syaitan pula sentiasa melelahkan kita.
Tapi kita jangan putus asa kerana Allah itu Maha Pengasih, yang pasti kita kena sedaya upaya cuba melayakkan diri kita ke Syurga. Ayuh kita sama-sama selak alQuran surah al-mukminun..kita baca kata-kata Allah tentang ciri2 insan yg layak ke syurga.. 

Pertama, beriman kepada Allah dan perkara-perkara yang wajib diimani dengan keimanan yang mewajibkan penerimaan, ketundukan, dan kepatuhan
Kedua, orang yg kyusyuk dalam solatnya.
Ketiga, orang yg menjauhkan diri dari (perbuatan dan perkataan ) yang tidak berguna
Keempat, orang yg menunaikan zakat
Kelima, orang yg memelihara kemaluan kecuali terhadap isterinya dan hamba sahaya.
Keenam, orang yg memelihara amanah dan janjinya.
Ketujuh, orang yg memelihara solatnya < solat di awal waktu, cukup syarat dan rukunnya>.

Tapi sahabat, kita kena ada matlamat yg lebih tinggi , Islam itu mesti dijulang!. Iaitu dengan berada di jalan dakwah. Kita mesti termasuk dalam golongon orang yg memperjuangkan Islam".

"Tapi.............."

"Sahabat, maafkan saya jika saya terlalu cepat berbicara perkara sebegini, sebenarnya saya sendiri takut, takut ketika diri ini mula melangkah di jalan dakwah ini. Saya mahu masuk syurga tapi amalan saya seperti tidak melayakkan saya ke syurga. Kadang-kadang rasa malu kerana saya sendiri banyak dosa. Kalaulah dosa itu berbau pasti awak sendiri tak mahu mendekati saya.
Tapi saya berusaha, saya tak nak terus menerus merundumkan diri. Saya tak mahu putus asa. Saya cuba merubah diri saya mjdi lebih baik,  jaga akhlak saya dengan manusia dan Allah. Saya mahu ajak orang yg saya sayang masuk ke syurga juga. Hidup mati saya biarlah kerana Allah. Itu tekad saya!!" <air mata keinsafan tak berhenti mengalir>

"Sahabat, bawa saya bersama awak,...jalan dakwah. Moga Allah kuatkan kita".

"Ya Allah, Subhanallah!". Ukhti menjerit dalam hati.

p/s~
·         Saat glamour kehidupan remaja masa kini semakin menjanjikan sejuta keindahannya, kita justeru berlari ke tepi sejadah, bersujud dan menunduk pasrah di hadapan Allah….
Saat kebanyakan teman-teman kita sedang tertawa riang menyaksikan pentas-pentas remaja.., kita justeru asyik dengan zikir dan wirid seusai solat. …
Tapi yakinlah,..
di situlah LETAK KEBAHAGIAAN SEJATI.
Lihatlah,…!!!
setelah bersuka ria,mereka akan pulang dengan longlai, seperti kehabisan darah…
Saat kembali ke dunia nyata,mereka baru sedar bahwa apa yang mereka lakukan hanya sia-sia belaka.. ya kan remaja muslim???




No comments: