salam

Wednesday 18 March 2015

Day 2 ~ Baitunnur di Korea

Dengan nama Allah yang Maha Penyayang lagi Maha Mengasihani.


Insyaallah saya sambung kepada hari ke-2 di Korea.


Ikutkan tentatif asalnya kami nak pergi Nami Island, tapi memandangkan hari tersebut adalah hari pertama nak berjalan jadi kurang berani lagi nak pergi tempat yg sangat jauh. Lagipun owner guesthouse kami bagitahu suhu kat sana dah -9 celcius. Terlampau sejuk. Jadi, kami pun tak berani nak ambil risiko.


So, kami tukar kepada next plan iaitu melawat Gyeongbokgung Palace.


"Gyeongbokgung (경복궁), also known as Gyeongbokgung Palace or Gyeongbok Palace was the main royal palace of the Joseon Dynasty. Built in 1395, it is located in northern SeoulSouth Korea. The largest of the Five Grand Palacesbuilt by the Joseon Dynasty, Gyeongbokgung served as the home of Kings of the Joseon Dynasty, the Kings' households, as well as the government of Joseon." (info from wikipedia).

Sampai saja di sana, kami dipersembahkan dengan pertunjukan pengawal istana. Free saja nak tengok sebab show ni dibuat di pintu gerbang saja. Entrance fee untuk masuk palace ini ialah 3000 Won untuk sorang. If minimum 10 orang, boleh dapat harga 2400 Won sorang. Kami guna group tiket ni. Alhamdulillah murah sikit.



Persembahan pengawal istana.



Pengawal istana yg tak boleh senyum. Eheh.


Di hadapan pintu gerbang

Then, barulah kami nak masuk dalam kawasan istana. Setiap sudut di palace ni sangat cantik. Kalau boleh semua tempat nak ambik gambar. Tapi kawasan di sini sangat2 besar dan luas sampaikan kami sendiri tak mampu nak pusing habis.


Several pictures taken at Gyeongbokgung Palace



Pintu masuk istana








Singgahsana diraja


Kanak-kanak korea yg ramah








Permukaan air yang beku

Dalam kawasan istana ini jugak ada National Folk Museum of Korea. Alang-alang tu masukla kejap. 


Dah selesai melawat kawasan istana ini, jadi perut pun sudah lapar dan waktu zuhur pun dah masuk, so kami mula bergerak ke Itaewon pulak untuk makan dan solat. Di Itaewon ini terletaknya Seoul National Mosque dan boleh jumpa banyak restoran halal di sini.


Sebaik saja sampai di Itaewon, kami mencari-cari restauran makanan halal pilihan hati. Iaitu Siti Sarah restaurant. Mendapat maklumat dari pembacaan di blog, inilah restaurant pilihan hati rakyat Malaysia jika datang di sini. 


Kedai makan ni terletak betul-betul di tepi simpang nak masuk jalan ke masjid Itaewon. 
Di sini ada 2 pilihan makanan, sama ada nak makan makanan Indonesia atau Mesir. Saya pulak pilih makanan Mesir sebab tauke Arab tu asyik duk promote ayam grill dia. Terbaik sangat katanya. Lazeeez. 

Tapi-tapi, separuh ayam grill tu saja harganya dah 10 000 Won ~ RM 30.00, tak termasuk nasi lagi. So cara kami nak jimat ialah berkongsi ayam grill untuk 2 orang. 

Terbaikkkkk

Selesaikan menunaikan hajat perut, so kami pun singgah di Masjid Itaewon untuk solat jamak takhir asar-zohor dan tunggu di sini sampai masuk maghrib. Alhamdulillah dapat peluang untuk solat berjemaah maghrib di sini.

Beberapa gambar di Masjid Itaewon.

Di hadapan masjid Itaewon

Pemandangan sekeliling masjid.

Pemandangan malam masjid Itaewon

Selesai menunaikan solat jamak maghrib-isyak di sini. Jadi kami pun bergerak untuk berjumpa dengan kawan Wani di Anam, as dia pun sebenarnya tengah melancong kat korea ni dah seminggu lebih. 

Mereka jemput kami di subway station Anam dan bawa kami pergi ke satu restaurant makanan Korea halal. Ada logo halal di kedai ni. Inilah peluang pertama kali kami nak cuba makanan Korea sendiri.

Terima kasih Yani.

1 pic before makan.Hee

Makanan Korea
Kenyang perut suka hati. Alhamdulillah :)


Setakat ni saja hari kedua kami di sini. Terima kasih kerana membaca. Insyaallah bersambung :)

Monday 2 March 2015

Day 1 ~ Baitunnur di Korea

Bismillah. Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.


Alhamdulillah krn Allah permudahkan perjalanan flight kami sampai ke Korea. Bertolak pukul 8 pagi dan sampai dalam pukul 2.30 petang. Perjalanan ke sana mengambil masa selama 6 jam. Hanya Allah yang tahu betapa berdebarnya berada dlm flight selama itu. Syukur Alhamdulillah cuaca ok sepanjang perjalanan dan flight landing pun smooth. Terima kasih kapten Hafizah and other crews. 

Bergambar bersama Kapten Nur Hafizah  :)

Seusai sudah sampai Incheon International Airport. 

Di Airport ni, kami segera pergi beli 'T-Money' card di kedai 7-eleven. 'T-money' card ni penting untuk guna public transport seperti bas, subway, train dan lain-lain kat Korea ni. Harga kad ni saja bernilai 2500 Won. Mostly kami topup dalam 40 000 Won sorang. Lebih takpe, nanti boleh refund balik. 

Seterusnya, kami segera cari tempat lapang untuk solat jamak takhir asar-zuhur dan memandangkan maghrib pun masuk awal dalam 5.50 pm, kami continue solat jamak taqdim maghrib-isyak di sini. Sebenarnya di airport ni disediakan prayer room, tapi bila saya tanya customer service, dia cakap tak ada dan cadangkan kami cari tempat sunyi di tingkat 3. Rupanya prayer room tu di tingkat bawah sekali, kami ternampak bila ondaway nak pergi naik train. So sahabat2 boleh take note untuk cari prayer room kat airport ni. 

Bersolat di tempat tersorok

Dengan menggunakan 'T-Money' card yang baru dibeli, kami menaiki train dari airport direct ke Honggik University stesen. Di sinilah area tempat penginapan kami. Perjalanan menaiki train mengambil masa 1 jam. 

Sebaik sahaja keluar dari pintu exit 3, barulah kami merasa suhu sebenar yang dikatakan -4 celcius. Apa lagi kami mula main hembus2 nak tengok asap keluar dari mulut. Hihi. Tapi of course kami terkejut dengan cuaca yg begitu sejuk. Subhanallah. 

Dengan berbekalkan alamat guesthouse yg diberikan, kami mula mencari tempat penginapan kami. Bingung mencari di tempat yang baru. Tak tahu nak start cari macam mana. Tapi alhamdulillah selepas bertanya dalam beberapa orang alamat guesthouse kami, akhirnya kami sampai jugak. Itupun housemate saya tak sengaja terjumpa owner guesthouse kami sebab dia pun sedang mencari kami. Rupanya pihak owner pun risau kami lambat sangat, masa tu dah pukul 11 malam.

Alhamdulillah kami dapat tidur dengan nyenyaknya di bilik yang sangat selesa, melepaskan keletihan perjalanan kami yang sangat panjang. Sweet dream..Zzzzz


******************************************


Sedikit info tentang tempat penginapan kami. 

Twin Rabbit Hostel.


# Bertempat di Honggik Unversiti area/ Hondae.
# Beautiful owner. namanya Sunny. Sangat friendly, fasih berbahasa Inggeris, boleh refer dia untuk bertanya tempat menarik di korea dan cara nak ke sana. 
# Bilik kecil tapi sangat selesa.
# Disediakan breakfast.
# Ada kemudahan yang sangat lengkap ( TV & Komputer/ Dapur/ Mesin Basuh/ Penyidai/Peti Ais/Heater/ Bilik air yg lengkap air panas dan air sejuk)
# free WIFI yang sangat laju. 
# Sekeliling bersih
# Barang-barang semua dalam keadaan baik. 


Set dapur yg lengkap
Masak maggi saja..huhu


Bergambar sebelum makan
Makanan self-prepared

Tentang harga penginapan kami, alhamdulillah kami tempah ketika harga tengah promosi. Kami tempah 2 bilik untuk 7 hari. 1 bilik boleh muat 4 orang. Seorang bayar 66 000 Won ~ RM 200 lebih. Bagaimanapun, bergantung dengan harga yg ditawarkan.



Plan esok asalnya nak pergi Nami Island, tapi............................ :(

Bersambung insyaallah