salam

Friday 2 November 2012

Berhala Moden

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.



~~~~~~

"Dulu ana pernah minat korea, sampai tahap over tau". Saya memulakan bicara. Kelihatan sahabat saya agak terkejut.

"Eh, tak pernah nampak pun tanda2 minat korea". Dia mengerutkan dahi.

"Hehe, itu dulu. Ana dah pun tinggalkan, insyaAllah". Tersenyum. ^__^

"Ana pernah tengok juga cerita korea. Ape tu nama tajuknya 'Autumn in My Heart'. Ana minat giler cerita tu. Hehe. Itu juga zaman dulu-dulu. Tapi macam mana enti boleh tak minat balik ni. Ce citer skit, Why? Lagipun ana rasa macam susah orang nak tinggal kalau dh minat ". Sahabat saya memulakan soal siasat. Katanya dia pelik orang macam saya pernah minat K-pop. Adehh.


My question,
Susah ea nak tinggalkn kpop?..

Susahhhh!!<hehe>


Mula terjebak dengan korea since saya darjah 5. Mula dengan Winter Sonata waktu tu. Drama ini bagaikan bigbang yang meletup. Popular terus ke seisi dunia. Saya pun tak terkecuali. Antara orang yg terhegeh-hegeh di depan tv3 waktu tu. Waktu part sedih, saya pun sedih..Adehh, lucu pulak rasanya.

Perkara sukakan drama dan lagu korea ini menular dalam jiwa sampaila di matrik.
Tapi sampai pada satu hari, tiba-tiba saya rasa insaf. 

Ayah tegur saya direct pada ketika saya menonton satu babak romantik cerita korea ni . "Macam ni cerita yang hari-hari along tengok, hati-hati sikit tengok tu?". Ngee, terkejut melihatkan wajah ayah berubah!

Hari itu bagaikan teguran direct dari Allah supaya saya tak lalai. Rupa-rupanya selama ini saya banyak lara. Ayah saya beri kepercayaan penuh sebabnya saya sekolah agama. Jadinya seperti saya pandai manjaga agama yang ada dalam diri. Supaya ruhiyah tak tercemar.

Sejak itu. 
Saya stop sikit-sikit..

Cara saya,
Saya buat perbandingan kebaikan n keburukan kpop ni..n of course keburukannya lagi banyak!!

Jadinya, saya mula rasa hampeh dgn drama n lagu korea....

Sebabnya,
Saya terguris melihat mereka yg sanggup melewatkan solat semata2 sbb drama korea. Dipujuknya supaya segera tunaikan solat agar boleh berjemaah, tapi katanya "kejap, nanti tak kusyuk sebab tak tahan nak tahu apa yg terjadi babak seterusnya".

Tambah memilukan bila mereka lebih suka menyanyi lagu korea, (yg hentah tahu tak maksudnya) berbandingkan dengan membaca Quran apatah lg berzikir.

Profile picture fb juga gambar artis korea. Cute. If boleh tukar profile picture yang boleh mengingatkan diri kita kepada Allah dan Rasul. It's more cute!!

Kadang-kadang, saya bertambah hairan kenapa mereka lebih minat untuk mempelajari bhasa korea berbanding bahasa Arab?.. u know, bahasa  Arab ialah bahasa al-Quran, bahasa Syurga lagi tu. Sayang dehh, kalau la anda merasai betapa seronoknya memahami maksud bahasa Arab dlm Quran.
(Kalau boleh both language, ya..teruskan, no problem).

Apatah lagi mata kita ni, yg menyaksikan puluhan aktor korea yg hensem lg jambu. Baik cuci mata cepat!

Pernah saya rasa bersalah kerana dulu saya terlalu eksaited (baca:excited) dgn korea ni, sampaikn saya ambik keputusan mendadak. Nah, saya buang lagu2 n drama korea yg ada di laptop n hp!!

Kalau inilah kesan keburukan yg anda rasai kerana eksaitednya dengan kpop, lebih baik tinggalkan cepat, sebelum ia menjadi kecintaan dlm jiwa anda.


Tips~


  1. Kalau anda kata cerita korea ni mementingkan persahabatan ~bacalah sirah Rasulullah super hebat ukhwahnya sesama sahabat, baca: sahabat
  2. Kalau anda merasakan betapa romantiknya hero dan heroin korea ini. Heroin sakit kaki sikit, terus hero dukung..So sweet. But, kaji dulu betapa super romantiknya baginda dengan para isterinya. Rasulullah sanggup tau dukung Aisyah supaya Aisyah dapat menonton tarian orang Badwi. Tolong isterinya memesak..banyak lagi if nak diceritakan. baca: romantik
  3. Kalau kata cerita korea ini mengajar erti kasih sayang. Tapi lihatlah betapa super penyayangnya baginda sesama umat, haiwan apatah lagi dengan alam. 
  4. Nak lagi, Rasulullah ni tersangatla hensem compare dgn aktor korea.


The point is, baca sirah Rasulullah yang penuh dengan pelbagai emosi. Cerita movie kita pun kalah.
But, kisah Rasulullah semua ada. Romantik. Sedih. Aksi. Takut. Harapan. 
Hayati kisah Rasulullah saw supaya kita lebih cintai Baginda berbanding makhluk yang lain.
  

~`~~~~

Sungguh.
barangsiapa yang Allah ingin KEBAIKAN kepadanya,
nescaya Allah memberinya KEFAHAMAN terhadap agamanya (Agama Islam)

Sungguh,
barangsiapa yang Allah ingin KEBAIKAN kepadanya,
nescaya dia akan selalu MENUJU kepada TUHANnya..

Sungguh,
barangsiapa yang Allah ingin KEBAIKAN kepadanya,
nescaya dia menjadikan AL QURAN sebagai PETUNJUK jalan hidupnya.


nota kasih:

Firman Allah . s.w.t

1. Alif laam mim,
2. Kitab (Al Quran) ini tidak ada keraguan padanya; petunjuk bagi mereka yang bertaqwa,
3. (yaitu) mereka yang beriman kepada yang ghaib, yang mendirikan shalat, dan menafkahkan sebahagian rezeki yang Kami anugerahkan kepada mereka.
4. dan mereka yang beriman kepada Kitab (Al Quran) yang telah diturunkan kepadamu dan Kitab-kitab yang telah diturunkan sebelummu, serta mereka yakin akan adanya (kehidupan) akhirat.
5. Mereka itulah yang tetap mendapat petunjuk dari Tuhan mereka, dan merekalah orang-orang yang beruntung.

~ surah al baqarah ayat 1 hingga 5

Semoga Allah membuka mata hati kita untuk melihat jalan yang lurus untuk ke syurga Allah s.w.t..
Bilamana syaitan telah berjaya keluarkan datuk nenek manusia iaitu Adam dan Hawa keluar dari syurga. Oleh itu dunia itu juga adalah tiket untuk anak cucu Adam dan Hawa untuk masuk ke syurga semula..
maka BERIMAN dan BERTAKWAlah kepada Allah semoga beruntung di dunia dan di akhirat. amin.


.....................
Salam Kasih Sayang .

Saya sudah merasainya dan kini tidak mahu kembali ke alam jahiliyah.


Musim luruh ni buatkan saya teringatkan satu drama ni. Hee


             

P/S  :  

kalau anda minat aktor korea ..tak mengapa...

tapi pastikan anda minat RASULULLAH SAW lebih dari aktor dan penyanyi korea itu... 

sbb hanya RASULULLAH SAW SAHAJA YANG BOLEH MEMBERIKAN SYAFAAT... 

SO SAMA-SAMA BUKTIKAN !