salam

Friday 28 November 2014

Fingerprint saya!!

                                               Assalamualaikum wbt.



Beberapa hari yg lepas, saya balik kampung sekejap untuk buat pasport antarabangsa. Tapi, nak ke mana tu?. Insyaallah saya akn bermusafir ke Korea dan menunaikan ibadah umrah pada bulan tiga nanti. Sahabat (yg sedang membaca) tolong doakan supaya Allah permudahkan urusan saya untuk pergi. Setakat ni ada sedikit ujian untuk saya menyebabkan saya berfikir banyak kali betulkah pilihan saya untuk bermusafir ini?.. Tambahan pula ujian pada fingerprint saya. Allahurabbi. 

Alkisahnya, saya betul2 bersedia untuk membuat passport di KDN bersama adik lelaki saya. Tapi, nak dijadikan cerita, bila dah sampai giliran nombor saya, saya agak risau bila pegawai di situ banyak kali scan ibu jari tangan saya....kejap kanan kiri...kanan kiri...banyak kali..tapi masih tak dapat nak discan. Nampak dia pun mcam give up..saya pun lub dup lub dup...oho,apakah sudah terjadi dengan jari saya?. Then, dia pun menyuruh saya pergi ke JPN untuk minta surat pengesahan kad pengenalan.

Datang saja ke kaunter JPN, saya cerita masalah yg berlaku di pejabat KDN tadi. Then, mereka scan ibu jari kanan saya. Same, for many times!!. Last, pegawai di situ mengatakan ibu jari saya dah rosak. Dah hilang lingkaran yg ada pada jari saya. Bila di cek balik, saya memang takde lingkaran pada semua jari tangan kanan saya. Pada masa tu, hanya Allah yang tahu perasaan saya. Saya hampir sebak kerana terasa nikmat Allah yang sangat penting dah hilang. Fingerprint!!.


                                                        


Pegawai di situ tanya apa punca yg menyebabkan keadaan jari saya seperti ini. Mereka sempat berseloroh, "adik banyak buat kerja rumah ye, banyak guna sabun tolong basuh2 baju ye?". Saya pun membalas, "saya takde buat kerja teruk2, belajar kat univ je..mungkin sebab saya pernah terpegang periuk panas masa kat rumah dulu. Sejak tu, tangan saya cepat merah dan mengelupas kalau makan makanan panas dan pedass". Tapi, saya tak sangka lingkaran tu dah hilang.  


Dengan segera, saya pergi ke pejabat KDN untuk segera buat passport. Adik saya pula dh siap pegang passport. Saya je yg belum siap. Saya hanya mampu buat muka sedih depan adik dan mak.

Kali ni pegawai yg lain tolong buatkan passport untuk saya. Lelaki india. Walaupun saya dh tunjukkan pada dia surat pengesahan kad pengenalan, tapi dia still nak cuba dapatkan fingerprint saya. Tangan kanan memang fail pada semua jari. Tangan kiri pula kejap dapat kejap tak. Katanya nanti saya susah bila kat airport nanti. Sempat pegawai tu mengusik, "haa, adik dh hilang identiti diri". Huh, dahi saya berpeluh. Takut.

Tapi, macam manapun, alhamdulillah ibu jari tangan kiri saya dapat jugak discan akhirnya. Pesan pegawai untuk saya bawa surat pengesahan kad pengenalan n guna ibu jari tangan kiri saja untuk discan bila di airport nanti.

Subhanallah, pengajaran yg sangat besar saya dapat pada hari tu.

Saya jadi teringat dengan satu ayat dari surah yasin yg bermaksud:

"Pada hari ini kami tutup mulut manusia dan berkatalah kepada Kami pada hari itu tangan mereka dan kaki mereka juga bersaksi dgn apa yang mereka lakukan di dunia" . (surah yassin: 65).

Di akhirat, mulut kita dikunci. Tapi tangan dan kaki kita bercakap mengenai apa kebaikan dan keburukan yang kita lakukan di dunia sebelum ni.
Namun, sedar atau tidak, sebenarnya di dunia ini lagi, tangan dan kaki kita sudahpun menjadi saksi akan siapakah diri kita. Fingerprint yg ada pada jari kita inilah yg menjadi saksi identiti diri kita.

Lingkaran yg ada pada jari kita akan berbicara jika kita adalah penjenayah di dunia. Jika kita adalah pencuri, pembunuh atau sebagainya sewaktu di dunia. Itulah hikmahnya Allah ciptakan fingerprint pada diri kita. Setiap orang mempunyai fingerprint sendiri dan takkan sama dengan orang lain. Begitulah jua di akhirat, tangan dan kaki kitalah yg memberi kesaksian atas diri kita, bukan menceritakan hal orang lain. 



p/s: 

Kita akan diadili oleh tangan dan kaki kita sendiri. Mulut terkunci. Dan tiada rahsia lagi di

mahkamah ALLAH. Oleh itu, ayuh kita sama-sama bermuhasabah, apakah tangan dan kaki 


kita nanti akan lebih banyak memberi kesaksian atas perkara kebaikan atau keburukan ?.


Allahurabbi. 

Semoga Allah tetapkan iman kita untuk terus berada di landasan kebaikan.  Doakan juga 

agar fingerprint saya tumbuh balik.Aminn.

Friday 17 October 2014

INDUSTRI ATTACHMENT ^_^

Assalamualaikum wbt.


Sedikit coretan pengalaman berpraktikal di kilang Nashmir capsule selama sebulan setengah, Julai-Ogos. Nashmir capsule merupakan pengeluar utama Hard empty gelatin capsule (sarung kapsul) di Malaysia. 

More information bkaitan kilang Nashmir, boleh buka link di bawah atau di web rasmi.
The only manufacturer of Hard empty gelatin capsule in Malaysia


Nashmir capsule terletak di Seberang Jaya. Jadi, saya menumpang di rumah parents sahabat saya selama sebulan lebih. Inilah pengalaman paling lama duk kat rumah orang. Hoho. Alhamdulillah, suasananya baru bagi saya. Tempat tggal parents sahabat saya ni dikelilingi ramai pekerja indonesia n bangladesh, rata-ratanya mereka bekerja di kilang2 yg berhampiran. Jadi, inilah suasana baru yg dimaksudkan. Errr...Tp yg paling best, saya selalu beli bakso original (hasil tangan org Indonesia) setiap kali balik dari kerja. Memang terbaikkkk, jauh beza sedapnya. Ada telur rebus + ayam+ bakso. Tak jemu2 memakannya (saya suka makan). Hee 

Sepanjang berpraktikal, saya dan sahabat saya ditempatkan di 5 department kesemuanya. 

1-Gelatin preparation department
2-Capsule manufacturing
3-Sorting, printing and packaging
4-Quality control laboratory
5-Management.

Alhamdulillah, pengalaman yg tak dapat dibeli. Staf di sini sangat baik. Walaupun mostly pekerja di sini dari India, tp mereka sangat membantu dlm setiap perkara. Walau kadang2 ade masalah komunikasi (x berapa faham slang india+english), tp saya merasakan keikhlasan mereka utk menyampaikn input-input yang penting. Pengalaman sahabat saya diminati oleh orang India jg sgt melucukan. Huhu.

Seterusnya, bila di Sorting, printing and packaging department, kami mencuba pengalaman sorting sendiri. Bayangkan nak memerhati capsule yg banyak dengan cahaya lampu yg terang demi untuk membuang capsule yg defect.  Mata jadi berpinar-pinar selepas hampir 1 jam buat kerja sorting. Pekerja di department ini sahaja dari Indonesia. Ada yg tua dan muda. Saya membayangkan betapa kesiannya mata mereka trutamanya yg berumur sedikit. Tak berhenti kerjanya. 

Kami banyak jugak sembang2 dgn pekerja di sini, utk mereka berkongsi sedikit kisah hidup mereka yg datang dari jauh. Bila sembang dgn makcik2 dr Indonesia, saya jadi sebak. Banyak sgt dugaan hidup mereka demi mencari rezeki utk keluarga mereka di sana. Panjang kalau hendak diceritakan. Tapi bagaimanapun, hikmah dr perkongsian mereka menjadikan saya lebih bersyukur dgn hidup.





Sorting capsule


Sempat juga di minggu terakhir, saya berjalan2 dgn famili sahabat saya di Penang. Kami pergi ke Bukit Bendara, dah sekian lama tak pergi since tadika. Saya betul2 terharu dapat pergi ke sana, kerana dapat mengimbau kenangan melancong di sini bersama keluarga saya semasa kecik2 dulu. 







Memori berpraktikal sgt bermakna bagi saya. Bertemu org baru, merasa suasana baru.  Sepanjang praktikal ni, saya lebih kenal sahabat saya. Allahu, saya jadi bertambah sayang kat dia. Semuanya pengalaman dan ilmu yg kita dapat adalah hadiah dari Allah utk kita belajar erti hidup. 

Banyak sangat perkara jika nak diceritakan di sini. Namun biarlah berhenti di sini, biar sekadar pengenalan saja ttg praktikal di Nashmir capsule. 


Fafiiru Ilallah (51:50) <3


Thursday 11 September 2014

Bersama Allah tidak gelisah.

Bersama Allah tidak gelisah.


Dekat atau jauhnya diri kita dengan Allah bukan diukur pada jarak jasad yg melaluinya tetapi jarak hati. 


Apabila hati bzikir, diri hampir dengan Allah. Apabila alpa, diri akan jauh drpd-Nya.


2 pilihan dan pilihlah 


Ujian yg melanda diri perlu dicantas dgn jihad perasaan..sangat memerlukan kekuatan walau kadang-kadang rasa lemah. yang penting, Allah ada. Dia x pernah jauh..tak akan biarkan saya keseorangan..saya hanya perlukan bartahan n keep smile :)

lirik Tabassam (Smile) by Mesut Kurtis buat saya menangis..rasa semangat balik utk trus senyum. insyaAllah..doakan saya tidak lemah.

Why do you complicate your life?
Why the sadness and despair?
If you forgot then remember…
The life of our Prophet, and contemplate…
Follow his advice and be optimistic
Give glad tidings, do not scare people away
And allow none but Allah in your heart
He has the power to turn your hardship into ease

Send blessings upon the Prophet and smile!!


http://www.youtube.com/watch?v=mSF-r8FftT0&feature=youtu.be


Terima kasih krn membaca. 


Nur Farhanah Dini bt Zubir
22 tahun
Semester 7, clinical year.

 Allahu yassir wa la tu'assir.


Saturday 2 August 2014

Bahagia?

Bismillah..

Banyak umat Islam mencari kebahagian dengan hiburan dunia.


Tetapi kita tak sedar kita akan temui bahagia apabila kita menunaikan solat berjemaah, kerana di situ terletak kekuatan.

kita tak sedar kita akan temui bahagia apabila kita berjihad di jalan Allah, berkorban harta dan jiwa.

Kita tak sedar kita akan temui bahagia jika kita berada dalam majils ilmu kerana di situ ada ketenangan dgn lindungan sayap malaikat.

Kita tak sedar kita akan temui bahagia jika kita memberi sedekah krn di situ terletak kasih sayang dan pengorbanan.

Kita tak sedar kita akan temui bahagia jika kita saling bermaafan dan mengeratkan silaturrahim.

Kita masih bertatih-tatih mencari kebahagian dan ketenangan dalam hidup krn kita masih dilalaikan dgn dunia. Solat lewat waktu, solat berjemaah jarang2, usrah malas nak pergi dan macam2 karenah kita.

Sebab itu, saya percaya umat Islam Palestin sangat kuat jiwa mereka krn mengenal erti kebahagian yg sebenarnya.

p/s > Amerika menyumbang 225 US dolar kpd Israel utk membantu mereka memperkukuh benteng. Kita?...Ayuh, beri sumbangan dan keep pray for Gaza.



Thursday 10 April 2014

Bertemu sekali lagi ^_^

Assalamualaikum wbt


Tak sangka saya bertemu dengan beliau lagi. Saya terkejut pagi tadi apabila ternampak seorang Prof yg sangat saya kagumi dlm satu program "National Conference on Pharmacy Practice". Saya berteka-teki agaknya mesti prof ini akan bagi talk nanti, hati saya menjerit "Aku mesti join ni!". Saya tersenyum seorang diri. Dan beberapa sahabat saya memanggil-manggil nama saya, menunjuk-nunjuk ke arah Prof tersebut. Ohoi kenangan betul.

Hmm..siapakah orang saya kagumi tu?..hee.

Nama beliau ialah Prof Haniki. Timbalan dekan Fakulti Farmasi UIA.

Saya punya pengalaman dengan beliau setahun yg lepas. Dan apabila hari ini saya ternampak beliau di seat vip, terus kenangan setahun lepas bermain-main di minda.

Kenangan itu tak dapat saya lupakan. First program saya handle semasa saya pegang amanah sebagai biro akademik Persatuan Farmasi Uitm iaitu program Pharmacy Practice in Islam. Saya punyai harapan dan cita-cita yg tinggi terhadap program ni.

Beberapa senior saya jumpa utk bertanyakan sama ada program berkaitan Farmasi dan Islam pernah tak dibuat sebelum ni, seterusnya saya bertanyakan minat mereka if program ini diadakan. Respon mereka sangat positif. Malah, semangat saya untuk buat program ni makin membuak-buak. Terus saya contact seorang senior dari UIA untuk memulakan step pertama.

Tapi, Allah Maha Pengasih. Allah uji sedikit kesabaranku. Masalah datang, ujian dari segi human resource, komunikasi dengan orang atas dan macam2 lagi. Mungkin sbb program berbentuk begini first time diadakan. Beberapa lecturer masa tu mahu berjumpa saya, bertanyakan sama ada saya seriyes mahu meneruskan program ni, dan pasti saya nak jemput penceramah dari UIA?..knp bukan dari UITM?..Bajet macam mana?..bertubi soalan datang..Dan ada juga seorang sahabat pertikaikan knp perlu ada perkataan Islam pada tajuk program. Katanya mesti orang ramai tak berminat nak datang. Dan masa tu saya bertambah pening. Fuhh..

Masa tu saya hampir2 sebak, tapi Alhamdulillah saya jawab dengan tenang dan ikhlas. Saya menjawab tentang pentingnya program ni dan sebagainya. Dan akhirnya lecturer yg saya jumpa terima pendapat saya dgn baik.
Akhirnya mereka mengatakan inilah peluang utk saya berurusan dengan org2 atas, ambil pengalaman tersebut dengan pandangan positif atas apa yg berlaku.

Dan Alhamdulillah program tersebut berjaya dilaksanakan. Serba sedikit Prof berkongsikan berkaitan topik Islam dan Farmasi. Tentang hasilnya saya sendiri tak pasti, tapi saya berdoa agar students uitm merasa kepentingan perkaitan Islam dan Farmasi itu sendiri. Itulah harapan dan doa saya.

Tema program yg saya bawakan ialah "Being a Muttaqin Pharmacist for Ummah".





Saya pahatkan tema ini dengan membuat button batch. Alhamdulillah jualan berjaya dihabiskan. :)


Sungguh saya tak sangka akan terjumpa Prof sekali lagi pada hari ini. Walaupun tak sempat bertegur sapa. Tapi sungguh saya menghargai akan pengalaman yg Allah berikan. Berbagai hikmah saya dapat dan segala kekurangan yg berlaku saya pandang dengan pandangan yg positif.

Hari ini saya berpeluang mendengar talk by Prof sekali lagi berkaitan smoking cessation in cardiology patients. Seriyes sgt best atas input yg disampaikan dan Prof juga berjaya menjadikan suasana ceria dalam dewan kuliah.





Alhamdulillah 'ala kulli hal. Semoga kita terus bergerak walau diuji. Kerana as-syahid Imam Hassan al-Banna menyeru supaya kita bergerak kerana tanggungjawab melebihi masa yg kita ada!.


"And whoever believes Allah, He will GUIDE his hearts".(At-Thagabun: 11)


Wallahu'alam.





Thursday 3 April 2014

First Attachment in Hospital Seremban

Dengan Nama Allah yg Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

Assalamualaikum wbt.


Alhamdulillah, saya baru selesai first week attachment di Hospital Seremban bagi pelajar sem 6 farmasi. Debaran nya sgt terasa bila mula2 nak pergi hospital, masakan tidaknya inilah masanya nak apply apa yg kita belajar sepanjang 2 tahun setengah di Fakulti Farmasi UiTM ni. Huh.

Ikutkan semua students tak nak pergi Hospital Seremban ni, disebabkan kena bertolak dari UiTM pukul 5 pagi, baliknya pulak pukul 7pm baru sampai. Jauh tu dari Puncak Alam. Grup lain pulak meloncat bahagia dapat hospital area Selangor je. Mula2 rasa berat juga nak terima, tapi saya bulatkan niat bahawa saya pergi sebab nak belajar krn Allah. Alang-alang tu berlatih suasana ala2 on-call bila kerja di hospital nanti..hee. Dan saya tak kisah walau terpaksa ambik masa tidur kejap,  tapi inilah peluang utk kita bangun tahajud kan. :)

Untuk attachment kali ni, setiap grup tu dibahagikan kpd 4 department. Minggu pertama kami masuk Drug Information System Department. Walaupun hanya 2 hari dalam seminggu iaitu hari selasa dan rabu, tapi pengalaman berada dlm department sgt2 la bermakna. Sekurang-kurangnya dapat view mcm mana department ni bekerja. Sebelum ni kan hanya dapat dr lecture note. Tak nampak situasi sebenar. Banyak sangat perkara yg dikongsikan oleh preceptor bermula dr sekecil2 perkara. Beliau bagi banyak jugak la assignment tuk dibuat. Tapi semuanya penting utk bakal ahli farmasi ni alert dengan tugas sbgi ahli farmasi di hospital bahwa tugasnya adalah amanah yg sgt2 la berat.


Grup 4- geng DIS department


<3
                                                                   

Bersama Mr Jonathan, our preceptor yg sgt baik hati.


Alhamdulillah ya Allah atas pengalaman ini. Sungguh Ilmu ini harus aku kuasai dgn bersungguh-sungguh krn semuanya adalah untuk kebaikan ummah. 

Allahuma yassir wala tu'assir. Minggu depan  i.allah ke Out-Patient Department. :) <3 

Tuesday 11 February 2014

Bila Abah Teringin Nak Cucu

Assalamualaikum wbt.


Sketsa pagi di dapur. Hee.

"Abah hang teringin nk cucu, along tau dak?". Mak cakap sambil gelak.

Kami bertiga kat dapur time tu, Abah, Mak dan saya. Kami ketawa bersama. 


Muka abah malu-malu, comel sangat time tu.

"Awat hang kata kat aku lagu tu, bukan tok ka yg kalut nak cucu.. tokwan bukan kisah sgt cucu2 ni".Abah membalas kata2 mak..lepas tu gelak.


"Ye la, abah tak kisah aih, mak hang tu yg kalut..kata kat abah pulak". Abah pandang saya bila tgok saya mcm muka tak percaya. Haha.


Realiti. Mak kata. Mungkin sbb abah dah tua.

Mak paksa abah mengaku yg abah tak sabar nak timang cucu. 

Akhirnya, abah mengaku depan saya dan mak. 

"Yola, abah dah umur 57..umur abah ni, sepatutnya dh ada cucu..kawan2 abah byk dah ada".


Saya pulak separuh menjerit.."Ohoi, abah nk along kawin dah ka?".

Abah dan mak gelak terus. Lepas tu abah tya, "Chek tak da org ka?".

Dalam hati, memang seriyes nampak abah nak cucu dah.


Ni gara-gara mak nampak abah suka tgok2 budak-budak kecil akhir-akhir ni, siap abah minta nak dukung budak tu. 

Mak gelak dgn sepenuh hati sbb dapat kenakan abah. Saya hanya ketawa melihat gelagat mereka berdua. Comel je. 


Sebenarnya, saya rasa sebak time tu. Entah, bukan sebab fikir jodoh tak sampai lagi. 

Tapi sebab bila memikirkan abah dah tua. Setiap kali saya tengok muka abah, saya akan rasa sayu. Apatah lagi, saya ini anak sulung dalam keluarga. Saya pulak tak fikir mendalam soal perkahwinan. Tapi tentang persiapan ke arah itu, insyaAllah ada. 


Bicara sedikit tentang pernikahan. 

Bagaimana saya mahu menggambarkan perasaan bahagia apabila pasangan daie dan daiyah menikah di atas jalan dakwah, malah mereka sama cantik, sama soleh dan sama padan. Sungguh dambaan ingin menjadi mempelai itu ada. Doa dan usaha itu mesti krn pernikahan itu sunnah. Ianya indah bila pasangan itu ada cita-cita yg tinggi iaitu membina anak-anak jiwa islami. Penuh tarbiyah dan dakwah dlm keluarga. 


Saya bukan orang yang selayaknya untuk berbicara soal pernikahan, apatah lagi saya ni belum bernikah. tapi saya tetap mahu kongsikan petikan dari buku Saksikan Bahawa Aku Adalah Muslim di mana penulisnya Ustaz Salim A-Fillah berbicara tentang pernikahan yg membuatkan jiwa ana rasa terpegun.

'Dan pernikahan para kader itu   -ikhwan maupun akhwat-  bagi daa'wah, memiliki sejuta makna yg tak terwakili kata-kata. Banyak sekali. Setidaknya suatu institusi keluarga bagi daa'wah dapat difahami sebagai:

1. Bersatunya dua potensi besar peribadi muslim hasil dari tarbiyah.

2. Bagian dari projek besar pembentukan masyarakat Islami.

3. Produktif dalam mghasilkan kebaikan internal maupun eksternal.

4. Prototipe pembangunan peradaban baru di masyarakat.

5. Memiliki otoritas penuh(daulah) dgn segala idealitasnya.

6. Mulai diakuinya eksistensi sosial da'i di masyarakat.

7. Sarana dalam menjaga kesinambungan dakwah.



Konklusi, saya punya harapan dan cita-cita tentang pernikahan ini. Doa dan persiapan berterusan insyaAllah.


Dan adakah saya menyahut seruan abah nak cucu?.

Jawapannya, ya..soal itu pasti cuma waktu datangnya jodoh itu yg menjadi rahsia. 
Abah mak doakan chek. :)