salam

Friday 29 November 2013

Osem Buddy

Assalamualaikum wbt.


Sekadar perkongsian foto2 bulatan gembira yg saya bawa. Seriyes betapa saya sayangkan mereka. Umur usrah kami hampir setahun setengah. Subhanallah masa terasa cepat sekali. Masih lagi saya ingat bagaimana kami dipertemukan dlm 1 program Mass Usrah yg mengumpulkan adik2 yg berminat dgn Osem Buddy kami. Mereka yg ditakdirkan bersama saya. Mereka lah yg mendengar celoteh saya. Mereka yg setia mendengar perkongsian ilmu yg tidak seberapa. Mereka lah tempat saya menenangkan hati, cukup dengan sekadar memandang wajah mereka. 

Kami setia mendengar masalah antara satu sama lain. Kami setia untuk berkongsi rasa gembira bersama. Ya Allah, betapa bersyukurnya saya bertemu mereka ini. Melihat mereka sahaja membuatkan iman saya melonjak-lonjak bahagia kerana bertemu adik2 yg sangat cintakan Allah dan RasulNya. 

Semoga kami tetap istiqamah di jalanNya. Satukanlah hati kami di dalam jalan perjuangan ini. Ya Rabbi, Tuhan yg Maha Pengasih. 


Mass Usrah :)

di Kolam Basah, belakang FSK

Taman Permainan Fasa 2 :)

Pantai Remis

Bersama jemputan khas, murabbi saya kak Nadzirah
dakwah is my life :)

Surau A1

4rabia

Melayan karenah adik comel
sambil buat LDK

Tasik Puncak Bestari

Nama keluarga kami
SAKINAH :)


They are part of my life. Sungguh saya sangat mencintai mereka dan sentiasa merindui saat untuk berusrah dengan mereka. Allahu rabbi, Engkau jagalah mereka.



Saturday 2 November 2013

Musim BerTesis

Assalamualaikum wbt.


Segala puji bagi Allah yg menggerakkan hati saya untuk menulis sedikit pada hari ini. Allahurabbi, dulu saya menganggap menulis ini ialah satu amanah yang saya perlu laksanakan. Saya mindset sekurang-kurangnya 1 post setiap bulan. Tapi yang terjadi adalah sebaliknya, saya kalah rupanya. Tapi insyaAllah saya tidak akan membiarkan blog ini mati begitu sahaja, saya cuba juga menulis dalam kesempatan waktu yg ada. Allahuma Yassir!

Sedar tak sedar, saya telah menjejak ke semester 5. Rupanya dah setahun setengah saya bergelar mahasiswa sebagai pelajar Farmasi. Aduh, nama-nama ubat sepanjang pembelajaran entah dah berapa ratus kena hafal. Eheh. Harapnya INGAT. Makin berginjak tahun, tidak saya nafikan bahawa menjadi student farmasi agak mencabar. Paling ketara, ingat lagi zaman presentation sem 1 compare dengan sem 5 sekarang. Semasa sem 1 agak comel la presentation tu, malu2 kucing masa tu nak bercakap berbanding dengan sekarang agak berani sikit. Tapi bukan perkara ni fokusnya tapi maklumat/ intipati dalam presentation itu yang membezakan. Ahah, sekarang sem 5 nak cari maklumat apa2 pun utk presentation / report/ assignment sekalipun mesti guna journal yang telah dibuktikan keshahihannya. Itula, masa kadang2 tu banyak digunakan untuk membaca journal sahaja.

Bila start hobi membaca journal ni?
Bila bermulanya sem 5, kami melalui zaman undergraduate research. Jadi, dalam menganalisa dan mencari maklumat untuk membuat tesis, mestilah dari sumber maklumat yang sohih iaitu sumber utamanya ialah journal dan buku-buku rujukan. Diakui membaca journal ni sesuatu yang boring, tapi once kita faham apa yang kita baca dan kita dapat manfaat dari maklumat tersebut dari penulisan tersebut. Kita lontarkan kefahaman dari sumber yang kita baca pada penulisan tesis pulak. Wahh, mencabar tapi osem!.
Sebenarnya tengah saya menulis post ni pun, saya rehat kejap dari keletihan membaca banyak journal. Eheh. 

Research.
Research untuk undergraduate students ambil masa setahun sahaja. Sem 5-Sem 6,.
Sem 5 fokusnya ialah untuk menulis tesis cth-(intro-literature review-methadology) dan untuk sem6, masuk lab. Bergantung kepada student, ada yang pilih masuk lab buat cell culture, guna tikus sebagainya dan ada juga yang memilih research by questionnaire. Dan saya pilih cell culture.

Tajuk research saya, In vitro wound healing of Myrmecodia platytyrea aqueous extract.
Bahasa mudahnya, kita nak evaluate sama ada pokok Myrmecodia platyrea ni boleh tak bertindak sebagai agen wound healing. Pokok Myrmecodia ni asal dari Papua New Guinea, jadi banyaknya kat Indonesia. Orang kampung sana rebus tuber pokok ni untuk dijadikan ubat.Dikatakan pokok ni boleh menyembuhkan banyak penyakit antaranya cancer,inflammatory disease, diabetes, dan salah satunya juga ialah wound healing. Macam manapun, pokok ni still under studies untuk buktikan therapeutic effect yang dia ada. Dan saya mengambil peranan untuk buat research studi on wound healing activity of Myrmecodia platyrea menggunakan keratinocyte cell. Caranya ialah saya akan scratch monolayer keratinocyte cell, dan give treatment guna extract Myrmecodia. Kita akan lihat kesannya sama ada cell tu akan bercantum balik. 
Nampak mudah, tapi risiko cell akan contaminate dan lain2 agak membuatkan saya risau. Tapi insyaAllah moga Allah permudahka  urusan studi saya, dengan niat yang satu iatu saya nak belajar. :)

Myrmecodia platyrea
Pokok sarang semut
Macam manapun, bila mana kita adalah seorang students, amanah kita itu ialah untuk kepentingan ummah sebenarnya. Susah mana sekalipun subjek tersebut, cubalah sedaya upaya untuk memahami ilmu tersebut. Doakan supaya Allah permudahkan urusan pembelajaran kita apatah lagi bila mana kita adalah seorang daie di tengah kampus kita. Amanah itu bertambah dan lebih besar. Student+ Daie. Aktif dalam persatuan Islam mengajak kita untuk lebih pandai meguruskan masa. Seimbangkan antara tuntutan belajar dan dakwah. Salah satu tak boleh dibuat sambil lewa kerana kedua-duanya perlu ada dlam setiap kali hembusan nafas kita. Bergeraklah dan jangan berdiam diri, kerana kata Syeikh Imam Hasan Al-Banna, tanggungjawab melebihi masa yang ada.

Let's struggle, work and pray for Islam.

"Sesiapa yang menempuh satu jalan kerana mencari ilmu, maka Allah akan mudahkan baginya jalan ke syurga" (HR Muslim)
Sungguh membaca hadis ni, membuatkan saya tersenyum bahagia. Penat di dunia dibalas syurga insyaAllah.



Tuesday 14 May 2013

Menangis

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani




Pada suatu hari Nabi Muhammad s.a.w. telah mdengar seorang sahabat Baginda s.a.w. yg sedang membaca Al-Quran. Apabila sampai keayat yg bermaksud:

"Maka apabila langit terbelah dan menjadi merah mawar seperti kilauan minyak"(Arrahman-37)

Bulu roma sahabat itu berdiri tegak dan dia menangis tersedu-sedu sambil bertanya:"Aduh, apakah yg akan berlaku pada diriku apabila langit terbelah?Malang sungguh nasibku ini."

Nabi Muhammad s.a.w. berkata kepadanya:" Tangisanmu telah menyebabkan para malaikat menangis bersama-sama."

Rasulullah SAW bersabda yg bermaksud: “Sesungguhnya al-Quran itu diturunkan dalam kesedihan. Maka menangislah apabila kamu membacanya. Jika kamu tidak dapat menangis maka buat-buatlah menangis. Dan elokkan suara saat membacanya kerana siapa yang tidak melagukannya dia bukanlah termasuk golongan kami.” (Hadis riwayat Ibnu Majah)

Muhasabah diri~ bila kali terakhir kita menitiskan air mata tatkala membaca al-Quran?

p/s~~Sometimes, u just need a little time to yourself with Quran in ur hand, tears in ur eyes, and Allah in ur heart




Jom Gi Ngoji?

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani



Apabila Luqman Al-Hakim mendidik anaknya, yg diberikan prioriti ialah ilmu tauhid. Prioriti ini diterangkan oleh Allah SWT:

"Dan (ingatlah) ketika Luqman berkata kepada anaknya,
semasa dia memberi nasihat kepadanya:
“Wahai anak kesayanganku, janganlah engkau mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), perbuatan syirik itu adalah satu kezaliman yang besar. (Surah Al-Luqman:13)

Itulah perkara yg perlu dititikberatkan dlm hal mendidik anak-anak. Berbeza dengan ibu bapa sekarang, menasihati anak-anak supaya lebih mengejar kecemerlangan dunia berbanding kecemerlangan akhirat dengan berpaksikan tauhid.

MasyaAllah, pernah saya kongsikan kata-kata Imam Ghazali " Ilmu fardhu kifayah yg melebihi fardhu ain, dia dianggap syirik".

Tapi ulamak2 lain meringankan " Dalam masa kita mengaji ilmu fardhu kifayah, bersama2 juga dia menuntut ilmu fardhu ain , kena seiring, kalau tidak maka dengan mudah dia menjadi sesat".

Lihat, berapa ramai yg bijak pandai tp dia tak kenal siapa yg Maha Bijaksana..
Ramai yg dapat A dalam peperiksaan, tetapi D,E,F dalam mengenal Allah.

MasyaAllah, muhasabah untuk diriku dan dirimu..sejauh mana kita mengenal Allah? Apakah setakat hafal sifat 20 tetapi tidak mendalaminya?...

Aduh, terasa kerdil diri ini..bersyukurlah kepada Allah jika kita diberi kesempatan untuk belajar ilmu Tauhid dan jangan berhenti belajar mengenalNya.

Pesan Tuan Guru Haji Salleh Musa, kena belajar ilmu 3 serangkai iaitu ilmu Tauhid, Ilmu Fiqh dan Ilmu Tasawuf..semoga kita mendapat kemantapan iman dan seterusnya ke syurga Allah.



p/s : Jom gi ngoji?...smg Allah permudahkan selalu, insyaAllah :)

Thursday 21 February 2013

Majlis Ulama Thurath

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani


"Salam Ustaz, apa kelebihan kita berada dalam majlis ulama?". Ustaz Helmi membacakan kertas soalan yg diterimanya. 

"Siapa yg berada dalam majlis ulama, maka dia umpama berada dlm majlis Nabi.
Siapa yg berkhidmat untuk ulama, umpama dia berkhidmat kepada Nabi. Sepertimana yg kita sedia maklum ulama ialah pewaris Nabi.  Buat muslimin jadilah khadam mereka, berkhidmat kepada ulama, cuba penuhi permintaan mereka. Jangan lupa minta ulama ini mendoakan untuk kita.  Ambillah peluang ini untuk kita mengambil berkat daripada tuan-tuan guru yg akan datang dalam majlis nanti". 
Ustaz menjelaskan persoalan tersebut.

MasyaAllah, berkobar-kobar perasaan masa tu. Teringin sebenarnya untuk dekat dengan ulama. Menadah kitab mendengar kata-kata penuh hikmah dari mereka. 


Untuk pengetahuan sahabat-sahabat yg dikasihi. Selepas daripada program tamrin pondok yg dibuat di Madrasah Ar- Rahmaniah Pondok Tuan Guru Hj Salleh di Sik, Kedah lebih kurang seminggu lebih, Pondok ini mengajak pihak kami untuk menjadi urusetia di dalam program Ijtima' Ulama' Thurath Malaysia dan Thailand sempena majlis Maulidur Rasul berlangsung di Pondok Tuan Guru Hj Yahya. 

Jadi, kami bertolak dari Sik ke Alor Setar. 

Ijtima' Ulama' Thurath Malaysia dan Thailand
Ijtima' ulama bukan calang-calang program. Menghimpunkan lebih 200 ulama-ulama silam yg banyak berjasa dan menjaga warisan ilmu dengan penuh iltizam dan ikhlas pastinya majlis yang penuh barakah dan sangat dirindui oleh buat para pencinta ilmu agama.






Sedikit sejarah pondok hj Yahya.
Pondok Hj Yahya diasaskan dan ditubuhkan pada tahun 1973 oleh Tuan Guru hj Yahya bin Mt Saman. Beliau bersama rakannya baiknya meneroka kawasan dusun untuk dijadikan pondok. Pd peringkat awal penubuhan pondok ini dihuni oleh warga emas yg tidak ada tempat tinggal. Pertengahan dan akhir 1980an pondok ini mula menerima pelajar luar sehingga menjangkau lebih 200 orang pelajar.


Antara pelajar dari pondok ini telah berjaya membuka pondok ini ialah,

  • Tuan Guru Hj ibrahim (Pondok Lepai)
  • Tuan Guru Hj Man (Pondok Teluk Luar)
  • Tuan Guru hj Ismail (Pondok Kepala Bukit)
  • Tuan Guru Abd Rauf (Pondok Tampin)
  • Ustaz Yusuf 
  • Ustaz Hamid

Sehari sebelum bermulanya program, kami diberikan briefing tentang program ini serta pembhgian tugas masing-masing. Seorang muslimin digalakkan menjadi khadam untuk seorang ulama. Serta pembahagian memasak serta serve peserta yg datang. Muslimat bekerja dalam dapur dan serve peserta muslimat.





Urusetia muslimat dipimpin oleh Kak Busyra, Timbalan Pengarah Program juga merupakan kakak kepada kepada Pengarah Program iaitu Ustaz Termizi .

Saya sangat kagum dengan semangat kak Busyra. Dia berhenti kerja sebagai pensyarah di UM semata-mata mahu membangunkan semula Pondok Tuan Guru Haji Yahya setelah lama pondok ini tidak hidup kerana pondok ini tidak mempunyai tenaga pengajar setelah Almarhum Tuan Guru Hj Yahya meninggal pada tahun 2006. Dia sebagai cucu Tuan Guru bekerjasama dengan adiknya berazam mahu menghidupkan kembali roh sekolah pondok ini,iaitu salah satunya dengan mewujudkan program ini di pondok tersebut.

Siapa jangka sekolah pondok ini yg terletak dalam kwasan hutan boleh dibuatkan program sebesar ini. Saya sendiri terkejut mula-mula memasuki kawasan sekolah pondok ini. Malah, program ini banyak juga sponsor antaranya ialah Buraq Oil. Ada juga promotion dalam radio dan di tv Alhijrah. Malah kak Busyra maklum program ini dirancang 2 minggu sebelum program. Lagi tersentap, Subhanallah!! Sebab kita sedia maklum if nak buat program besar sekurang-kurangnya perancangan dalam 6 bulan sebelum program. Tapi dengan semangat Islam oleh generasi keluarga Tuan Guru Hj Yahya mahu sistem pengajian pondok ini diteruskan. Jesteru, matlamat utama program ini ialah meneruskan kesinambungan warisan ilmu berharga ini.

Hebat bukan?

Tentatif program sangat best, bermula dari pagi sampai malam diisi dengan agenda yg super osem!!
Majlis ini dihiasi dengan qasidah dan solawat yg memuji rasulullah saw. Program ini ada pengajian kitab Pelita Penuntut yg mengajarkan tentang adab2 menuntut ilmu, kepentingan menuntut ilmu serta banyak lagi. 
Pada malamnya diadakan forum Perdana antara tajuknya ialah Rasulullah Sebagai Ikon Sepanjang Zaman, bicara ulama Turath pada malam kedua iaitu 'Mampukah Sistem Pondok Dipertahan' dan malam terakhir ialah Wasiat Ulama. 
Subhanallah!!

Kami sebagai urusetia sememengnya tak sempat nk tadah kitab. Kalut dengan kerja masing-masing. Rasa sedih juga. Kadang-kadang curi masa nk dengar dan catit.  Tapi malam sebelum program, kak Busyra berpesan, "Mungkin kita teringin nak dengar amanat dari Tuan-tuan Guru, nak tadah kitab. Tapi insyaAllah kita yg sedang berkhidmat lebih besar pahalanya. Umpamanya kita berkhidmat kepada Nabi. Cuba sambil2 buat kerja dengar apa yg disampaikan. Mungkin apa yg sedikit kita dengar itu lebih  terkesan dalam hati". 



Kitab Pelita Penuntut

Tiap-tiap pagi sebelum datang bergerak kerja refresh niat. "Aku sedang berkhidmat kepada Nabi". Wah, boleh jadi tersenyum bahagia!!

Boleh antum bayangkan perasaan jika kita berkhidmat kepada Nabi. Bahagia, mesti mahu buat yg terbaik untuk Nabi bukan?..


Seriyes, saya rindu bergerak kerja di pondok itu. Walaupun hanya di dapur dan mguruskan makan minum peserta, tapi tetap rasa bahagia. Moga saya dan sahabat yg hadir dapat barakah dan doa dari ulamak yg datang.



Perkongsian tambahan..

Pernah seorang sahabat kepada ayah imam Assyafie bertanyakan kepada beliau " Bagaimanakah engkau mendidik anakmu sehingga menjadi hebat begini?.
Ayah imam Syafie mengatakan bahawa, setiap kali aku hadir dalam majlis ilmu, pasti aku akan berdoa "Ya Allah, semoga anakku yg dalam kandungan ini (Imam Assyafie)  menjadi hebat seperti ulama yg sedang mengajar ini mahupun lebih hebat lagi".

Lihat, inilah keberkatan daripada berada dalam majlis ilmu yg adanya para ilmuwan yg mencintai Allah. Doa dimakbulkan. Mjlis ilmu yg disertai dengan malaikat yg akan mengaminkan doa kita. Jadi, apa lagi? Mari kita  mulai berdoa dalam stiap mjlis ilmu yg kita pergi. 



Akhir kalam, Cintailah ulama yg gigih berdakwah. 
Ulama ialah pewaris nabi. Merekalah golongan yg paling berpegang teguh dengan sunnah dan gigih berdakwah menyebarkan sejak dahulu sehingga kini. Para ulama juga adalah golongan yg mulia dengan ilmu dan amal soleh. Allah telah mengangkat darjat ulama yg ikhlas dgn ilmu. Mereka ini mewariskan kitab muktabar dan generasi ilmuwan yg meneruskan lagi legasi dakwah ini.

Moga Allah memelihara ulama ini, sihatkan tubuh badan mereka dan terus menerus melebarkan dakwah kepada seisi ummat Islam supaya mencintai Allah dan Rasul.













# Subhanallah, moga Allah menangkan negara ini dengan kepimpinan ulama. Amin.
   Ana rindu zaman tertegaknya khilafah islamiyah.


Buat sahabat yg ingin mendengar pengisian dari majlis Himpunan Ulama Thurath, boleh buka link ustream berikut, 
Himpunan Ulama Thurath



Thursday 14 February 2013

̴ INDAHNYA ‘TAMAN SYURGA’ ITU ̴

Dengan  nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Di ‘taman syurga’ itu,
Kami menadah kitab,
Mendengar bait bicara ilmiah,
Belajar mengenal Allah,
Mendalami ilmu yang menjadi penawar bagi hati,
Saban hari,diri terasa semakin kerdil,
Dek kerana kejahilan yang membelenggu diri..

Di ‘taman syurga itu’,
Kami sering diingatkan potongan hadis ini,
“ﺃول ﺍﻝﺪﻳﻦ معرفة ﺍﻟﻠﺔ”
Awal2 agama kena kenal Allah,
Tidak sah ibadah seseorang jika tidak mengenal Tuhannya,
Allahu Rabbi,
Di kala usia semakin menginjak dewasa,
Baru ku sedar,
Aku masih tidak kenal siapa Dia yg sebenar..
Hakikatnya,
Apabila kite sedar mengenali Allah itu lebih penting, mencintai-Nya lebih utama,
Maka saat itu hal dunia dan cinta manusia akan menjadi kecil dan terusir...

Di ‘taman syurga’ itu juga,
Ku temui bidadari2 dunia,
Hati terasa dekat walau baru pertama kali bersua,
Merasai jalinan ukhwah yang sgt indah,
Allahu Rabbi,
Kau telah Mempertautkan hati2 hamba-Mu ini,
Maka kekalkanlah kemesraan antara hati2 ini pada jalan-Nya yang sebenar,
Hidup suburkanlah hati-hati ini dengan makrifah-Mu,
Dan jika Engkau mentakdirkan kematian,
Maka matikanlah pemilik hati ini,
Sebagai para syuhada dalam perjuangan agama-Mu…
Amin ya Rabbal Alamin…


{Puisi seorang sahabat}




Kitab Hidayatul Subyan


Khusyuk mendengar penjelasan sifat 20 daripada Ustaz Helmi




Menyantuni Tuan Guru Haji Salleh Musa
sebelum berangkat pulang.

Nasihat beliau kepada kami "sentiasalah menuntut ilmu mengenal Allah
dan ikut jalan ahli sunnah wal jamaah"






Bersyukur kepada Allah peluang ini
Tarbiyah hati yg cukup mengesankan..Alhamdulillah

Seriyes, nak datang lagi!!