salam

Sunday, 26 August 2012

Rindu (1)

Dengan Nama Allah yg Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Alhamdulillah segala puji bagi Allah atas nikmat nafas kurnianNya. Alhamdulillah, kita masih hidup di atas muka bumi ini sebagai khalifah.

Berbicara sebentar tentang nikmat nafas.
Nah persoalannya, apa yg kita balas sebagai rasa bersyukur atas nikmat nafas ini?

Bayangkanlah, malaikat datang ketuk pintu rumah kita..

tokk..tokk

"Wahai Nur Farhanah Dini bt Zubir, aku datang menghantar bil nafas kamu untuk bulan ini".

Mahu pengsan kita dibuatnya...terkejut bukan?

Berapa trilion oksigen yg kita sedut? Bahkan bukan sahaja oksigen, mungkin kita tersedut lebih karbon monoxide, nitrogen ke?

Huhu..agak2nya apakah mampu untuk kita bayar?

Subhanallah, wahai sahabat2 yang saya sayang kerana Allah.
Allah sifatnya Maha Pengasih, Maha Penyayang, Maha Kaya. Dia tidak pernah meminta balasan atas nikmat yg Allah kurniakan ini. Tapi kita asyik menjadi insan yg pelupa bahkan tidak bersyukur.

Ini baru 1 nikmat, belum lagi disingkap dan dihayati nikmat-nikmat yg lain.

“Dan jika kamu menghitung-hitung nikmat Allah, niscaya kamu tak dapat menentukan jumlahnya. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (QS. An-Nahl: 18)
 
 
Pointnya, jadilah orang yg bersyukur.
Orang yang pandai bersyukur, hidupnya maju dan makmur. Orang yang tidak pandai bersyukur, hidupnya hancur lebur.

Dan seseungguhnya telah kami berikan hikmah kepada Lukman, yaitu: " bersyukurlah kepada Allah!. dan barang siapa yang bersyukur (kepada Allah), maka sesungguhnya dia bersyukur untuk dirinya sendiri; dan barang siapa yang kufur (tidak bersyukur), maka sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Terpuji". (QS Luqman :12).

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Bersyukur dengan ibadah kita kpd Allah..RINDUnya Allah pada hamba-hamba yang memulai harinya dengan sujud dan bertasbih kepadaNya..

Terimalah 'RINDU'..

....
Saya rindu akan solat subuh berjemaah di asrama. Saya rindu saat tangan saya memegang erat tangan jemaah sebelah saya sambil berzikir. Oh, terasa ukhwahnya!
Saya rindu keheningan solat subuh yg diirama merdukan dengan bacaan mathurat. Saya rindu saat saya dan sahabat2 berpelukan setelah selesai beribadah bersama di subuh yg segar lagi bugar.

Tapi bila saya bergelar mahasiswa, jiwaku makin meronta2...
owh subuhku...untuk berjemaah apakan daya..
Hatiku resah melihat orang lain belum bangun..

Sahabat, bangunlah..ayuh kita mulai hari kita dengan sujud  kepadaNya..

Mata mereka mula berkedip-kedip, tapi belum jiwanya.

Ayuh, bangunlah jiwamu.... cerdaskan jiwamu dengan menyembahNya..

Jiwanya masih belum bernyawa...

Ahh, aku mesti usaha..

Bangunlah wahai jiwa milik Allah.. sembahlah kepada Pemilik jiwamu.

Akhirnya, di hampir luputnya waktu subuh..mereka mula bangun dalam keadaan mamai..penat berperang dengan jiwa dan setan yg menghasut!
Ahh, subuhku!!

Realiti,
Keadaan bila kehidupan di universiti begitu mencabar, assignment bertimbun-timbun, kuiz mahupun test keesokkan harinya menyebabkan kita tidur lewat malam..kadang-kadang begitu lewat, tapi sayang...subuhnya dia gadaikan. Ini realiti!

Saya pernah terdengar satu perbualan di dalam lif asrama semasa semester pertama dulu. Sangat tragis perbualannya.
 
A   : Aku tidur pukul lima pagi tadi. Aku study untuk test hari ini. Aduhaila. Harap-harap   boleh jawab.

B   : InsyaAllah,boleh.. Awak usah dahsyat punya....Ermm, solat subuh tak tadi?

A   : Err,..tak..(nada berbisik)..aku tertidur la wei..hehe

B   : Hee..common la tu..

Pintu lif terbuka.


Adus. saya terdiam. Saya mengekori kelibat mereka. Mahu berbicara sesuatu..tapi, saya masih terdiam kaku.

 Ini yang saya mahu katakan buat mereka.
      
Perkongsian dr program Mukmin Profesional,

Ustaz Pahrol mberi nasihat yg tegas kepada kita sebagai seorang pelajar..
" Jika seorang pelajar itu melakukan ibadah umum misalnya study ditengah malam tapi dia tertinggal ibadah wajib (solat subuh), jadi ibadah umum itu hukumnya mjadi haram/bdosa".

persoalannya, tegarkah membiarkan ilmu yg dipelajari itu tak diberkati?.


......................................

 Ingatlah sntiasa, kita hamba Allah bukan hamba buku..janganlah kerana buku, kita mengabaikan solat...
 
Maaf apa yg saya tulis ialah apa yg saya lihat dan dengar bahawa  ramai terkorban subuhnya dek kerana studyholic di tengah malam...<tambah lagi sebab melayan movie,adehh..
 
Sebenarnya, study di tengah malam itu tidak salah, kerana itu juga ibadah. Tapi sayanglah kalau ibadah wajib yg terkorban.


Sabda Nabi s.a.w: "sesiapa yg menunaikn solat subuh, maka dia berada dalam jaminan Allah. Kerana itu, janganlah kamu mcari jaminan Allah dgn sesuatu(slain drpd solat) yg pada waktu kamu mdapatkannnya, lebih2 lagi takut kamu tgelincir ke dalam api neraka.".~riwayat Muslim.
 
Muhasabah tuk diriku n dirimu,moga Allah memelihara kita dr dosa yg tak disengaja..
 
 
 
Kisah untuk dihayati,
 
Rindunya subuh kepada mereka..




ToK_iMaM menulis "Pada pagi itu, seperti mana pagi-pagi yang lain. saya menyambut kedatangan seorang tetamu tetapku.

"Assalamualaikum ", seru Subuh.



"Wa'alaikumsalam", sahutku.



Dan kami terus berpelukan, tanda rindu serta kasih sayang. Kutanya khabar Subuh, bagaimana keadaannya mengembara dari satu tempat ke satu tempat.



"Tadi..", kata Subuh dengan sayu, "... saya baru sahaja melintasi satu tempat. Kucari tempat persinggahan, kuketuk rumah-rumah yang sunyi, tapi satupun yang tiada mahu menerimaku sebagai tetamu." Dan airmata Subuh pun berlinangan.



"Subuh, usah kau pedulikan mereka, bukankah saya menyambutmu dengan penuh rasa kegembiraan? Subuh mengangkat mukanya seolah-olah teringat sesuatu.



"Oh ya, tadi saya lalu di suatu tempat yang tanahnya disebalik sungai. Orang-orangnya sepertimu, menyambutku dengan penuh kesukaan, menjamuku dengan pelbagai hidangan yang lazat serta mengiurkan. Hidangan yang paling kusuka adalah buah Tahajjud, puas kucari dibumi lain, tapi jarang kujumpa.



Di situ saya meratah buah Tahajjud dengan puas serta leka".

Dan Subuh merenung mataku mengharapkan sesuatu. saya fahami maksud Subuh.



"Maaf Subuh. saya tiada menanam pohon Al-Lail, jadi saya tidak dapat menghidangkanmu dengan buah yang kau sukai. Tapi saya ada Roti Shiyam",cadangku pada Subuh.



Subuh menolak dengan hormat. "Roti itu ada tuan punyanya", kata Subuh. "Adakah kau mahu manisan Zikir?" rayuku pada Subuh.



"Baiklah, ambilkan saya sedikit, serta bawakan saya segelas Air Mata Tangisan", pinta Subuh.



saya agak sugul, bagaimana harusku beritahu pada Subuh, yang Mata Air Tangisan sudah hampir kekeringan akibat kemarau Maksiat yang berpanjangan?



Namun. saya tetap menjenguk ke dalam Perigi yang memuatkan Mata Air tersebut. saya terkejut. Perigi tersebut hampir separuh penuhnya. Dan saya berdetik didalam hati, adakah ini tanda kemarau akan berakhir?



Tanpa berlengah lagi kubawa Air tersebut pada Subuh, tetamu yang kusanjungi, dan kusuakan manisan yang dipintanya. Selesai menjamah kesemuanya, Subuh pun melirikkan sebuah senyuman.



"Subuh ..", seruku, "... mahukah kau tinggal selamanya denganku. saya memerlukan teman dalam kesunyian. Akan kulayan kau dengan sebaiknya,wahai Subuh".



Subuh tersenyum lagi menandakan permintaanku tidak akan terpenuhi.



"Saya perlu menziarahi ramai orang, dan ramai lagi yang memerlukan kehadiranku untuk mengubati rindu mereka, sepertimana saya menguliti mimpimu".



Dan saya akur dengan penjelasan Subuh. "Subuh",.. seruku lagi bila melihat Subuh bersiap untuk pergi, "Sudikah kau menziarahiku lagi esok hari?"



"InsyaAllah", jawab Subuh,"... bukankah saya kekasih yang kau rindui?" Subuh berangkat dengan lambat tetapi tetap.



"assalamualaikum ", seru Subuh.

"waalaikumsalam ", jawabku kembali. Dan mataku terus meniti langkah Subuh, yang semakin laju dengan setiap langkah. Dan akhirnya Subuh hilang dari pandangan.



PERSOLANNYA~~~Apalah agaknya keluh kesah dari Zohor, Asar, Magrib dan Isyak? Jawapannya... tersirat dalam diri.


Kita hamba Allah, bukan hamba buku, bukan hamba fb, dahulukanlah mengingatiNya dengan solat.

Jangan lupa tahajud. "Dan pada sebahagian malam, lakukanlah solat tahajud(sebagai ibadah) tambahn bagimu;mudah-mudahan Tuhanmu mengangkatmu ke tempat yg terpuji". (QS Al-Isra: 79)

P/S : Jom jadi hamba yg bersyukur!!!



Peristiwa Subuh

Tabuh berbunyi gemparkan alam sunyi
Berkumandang suara adzan
Mendayu memecah sepi
Selang seli sahutan ayam

Tetapi insan kalaupun ada hanya
Mata yang jelek dipejam lagi
Hatinya penuh benci
Berdengkurlah kembali

Begitulah peristiwa di Subuh hari
Suara insan di alam mimpi

Ayo bangunlah tunaikan perintah Allah
Sujud mengharap keampunanNya
Bersyukurlah, bangkitlah segera
Moga mendapat keridhoannya

Begitulah peristiwa di Subuh hari
Setiap pagi, setiap hari



InsyaAllah, ada sambungan :).

No comments: