salam

Monday 10 December 2012

AMANAH DALAM BERINTERAKSI ANTARA LELAKI WANITA

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah dan lagi Maha Penyayang


Assalamualaikum w.b.t.. Segala pujian-pujian Kepada Allah Tuhan sekalian alam, selawat dan salam kesejahteraan kepada Nabi Muhammad s.a.w ,keluarga baginda, para sahabat dan tabiin. 
Jom! Ambil pengajaran dari kisah Nabi Musa a.s!

Contoh yang paling awesome ditunjukkan oleh Nabi Musa a.s agar para pemuda dan pemudi tahu dan amalkan bagaimana cara berinteraksi sesama mereka.Sebagaimana firman-Nya dalam surah Al-Qasas ayat 23 hingga 26 : 
........................................................................................................................
[23] Dan ketika dia sampai di telaga air negeri Madyan, ia dapati di situ sekumpulan orang-orang lelaki sedang memberi minum (binatang ternak masing-masing), dan ia juga dapati di sebelah mereka dua perempuan yang sedang menahan kambing-kambingnya. dia bertanya: "Apa hal kamu berdua?” Mereka menjawab: “Kami tidak dapat memberi minum (kambing-kambing kami) sehingga pengembala-pengembala itu membawa balik binatang ternak masing-masing; dan bapa kami seorang yang terlalu tua umurnya “.

[24 ]Maka Musa pun membantu memberi minum kepada binatang-binatang ternak mereka, kemudian ia pergi ke tempat teduh lalu berdoa dengan berkata: “Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku sangat berhajat kepada sebarang rezeki pemberian yang Engkau berikan”.

[25]Kemudian salah seorang  perempuan dari dua beradik itu datang dgn berjalan dalam keadaan malu-malu sambil berkata:” Sebenarnya bapaku menjemputmu untuk membalas budimu memberi minum binatang ternak kami”. Maka ketika Musa datang mendapatkannya dan menceritakan kepadanya kisah-kisah kejadian yang berlaku (mengenai dirinya) berkatalah orang tua itu kepadanya: “Janganlah engkau bimbang, engkau telah selamat dari kaum yang zalim itu “.

[26]Salah seorang di antara perempuan yang berdua itu berkata: “Wahai ayah, ambilah dia menjadi orang upahan (mengembala kambing kita), sesungguhnya sebaik-baik orang yang ayah ambil bekerja ialah orang yang kuat, lagi dipercayai”.
......................................................................................................................

Sesungguhnya kisah yg diceritakan Allah s.w.t ini merupakan kisah yg sgt hebat dalam hal AMANAH BERINTERAKSI DGN WANITA.

Belajarlah! Contohilah Nabi Musa a.s! Apa yang beliau lakukan saat kedua wanita tersebut tak dapat ambil air ketika ramai org sedang mengambil air?? Adakah Nabi Musa berkata 'urusan ini tiada kena mengena dengan aku pon" atau "oh!aku tidak akn bercakap dengan wanita!".Tidak, beliau membantu kedua gadis tersebut yang terhalang untuk memberi minum kambing-kambingnya.

Allah..Ada juga pemuda-pemuda tersalah faham bahawa berinteraksi dengan wanita itu adalah haram hukumnya sama sekali. Tidak jawapannya.

Nabi musa datang kepada kedua wanita tersebut dan bertanya " Apa hal kamu berdua..." Inilah adab Islam. Nabi Musa tidak mengatakan "hai, nama saya...nama awak?..." Tapi beliau terus bertanyakan hal penting dan terus membantu apabila sudah tahu kesusahan kedua gadis tersebut..

Begitu juga dengan kesopanan gadis2 tersebut. Lihatlah pada adab keduanya .Jika ayah mereka (iaitu Nabi Syuaib) belum tua dan masih berdaya mereka tidak akan pergi ke tempat air itu yang dipenuhi ramai pengembala lelaki. Malah, Kedua-dua anak gadis ini tidak ke hadapan dan berebut2 untuk mengambil air sebaliknya terus di belakang lelaki-lelaki pengembala tersebut.

Subhanallah lihatlah! Setelah Nabi Musa membantu mengambil air buat kedua gadis tersebut beliau terus menuju ke tempat berteduhnya. Lihatlah sikap malu N.Musa terus sahaja ke tempat berteduhnya dan beliau tidak berkata pun "saya selalu di sini setiap hari....nanti boleh jumpa lagi...." aha!!

Begitu juga sikap malu yang ditunjukkan salah seorang gadis tersebut ketika berjumpa dengan musa untuk menyatakan hajat ayahnya menjemput Musa ke rumah. Selayaknya sikap malu-malu inilah yang patut ada pada seorang gadis dan bukan dalam keadaan menggoda, berlenggang lenggok ke arah lelaki. Dia juga menyampaikan tujuannya dengan kata-kata yang singkat namun difahami dan tidak memanjangkan percakapannya. 

Saudaraku, belajarlah dari kisah Musa sehinggakan anak gadis tersebut mencadangkan kepada ayahnya untuk dijadikan N.Musa sbg pekerja. dia berkata " sesungguhnya sebaik-baik orang yang ayah ambil bekerja ialah orang yang kuat, lagi dipercayai" 

Bagaimana gadis tersebut tahu bahawa Musa a.s orang yang boleh dipercayai?? Jawapannya adalah pada sikap amanah N.Musa dalam berinteraksi yang selayaknya dipelajari oleh kaum lelaki. N.Musa amanah dalam berbicara dengan wanita.Beliau menjaga pandangannya dan percakapannya. N.Musa terus bertanyakan jika gadis2 tersebut perlukan bantuan. Beliau tidak melanjut2kan percakapannya hingga berlaku 'tarikan' antara lelaki dan wanita. N.Musa tidak menyelitkan percakapannya dengan perkara2 yang tidak patut. N.Musa tidak 'MENGORAT' gadis2 tersebut. N.Musa tidak memanjangkan pun perbualan mereka. 

Nah.. Beginilah selayaknya para pemuda dan wanita berinteraksi.Lelaki dan wanita perlulah sama-sama menjaga amanah dalam berinteraksii. InshaAllah win-win situation. Sama-sama dapat memelihara diri.

Fahamilah kisah N.Musa, fahamilah pesanan ini..InshaAllah mudah2an anda semakin jelas!=)

Rujukan :Semulia Akhlak Nabi oleh Ustaz Amru Muhammad Hilmi Khalid & Tafsir Fi Zilal surah Al-Qasas ayat 23-26.



bukankah dengan menundukkan pandangan,
lebih dekat merasai iman


Friday 2 November 2012

Berhala Moden

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.



~~~~~~

"Dulu ana pernah minat korea, sampai tahap over tau". Saya memulakan bicara. Kelihatan sahabat saya agak terkejut.

"Eh, tak pernah nampak pun tanda2 minat korea". Dia mengerutkan dahi.

"Hehe, itu dulu. Ana dah pun tinggalkan, insyaAllah". Tersenyum. ^__^

"Ana pernah tengok juga cerita korea. Ape tu nama tajuknya 'Autumn in My Heart'. Ana minat giler cerita tu. Hehe. Itu juga zaman dulu-dulu. Tapi macam mana enti boleh tak minat balik ni. Ce citer skit, Why? Lagipun ana rasa macam susah orang nak tinggal kalau dh minat ". Sahabat saya memulakan soal siasat. Katanya dia pelik orang macam saya pernah minat K-pop. Adehh.


My question,
Susah ea nak tinggalkn kpop?..

Susahhhh!!<hehe>


Mula terjebak dengan korea since saya darjah 5. Mula dengan Winter Sonata waktu tu. Drama ini bagaikan bigbang yang meletup. Popular terus ke seisi dunia. Saya pun tak terkecuali. Antara orang yg terhegeh-hegeh di depan tv3 waktu tu. Waktu part sedih, saya pun sedih..Adehh, lucu pulak rasanya.

Perkara sukakan drama dan lagu korea ini menular dalam jiwa sampaila di matrik.
Tapi sampai pada satu hari, tiba-tiba saya rasa insaf. 

Ayah tegur saya direct pada ketika saya menonton satu babak romantik cerita korea ni . "Macam ni cerita yang hari-hari along tengok, hati-hati sikit tengok tu?". Ngee, terkejut melihatkan wajah ayah berubah!

Hari itu bagaikan teguran direct dari Allah supaya saya tak lalai. Rupa-rupanya selama ini saya banyak lara. Ayah saya beri kepercayaan penuh sebabnya saya sekolah agama. Jadinya seperti saya pandai manjaga agama yang ada dalam diri. Supaya ruhiyah tak tercemar.

Sejak itu. 
Saya stop sikit-sikit..

Cara saya,
Saya buat perbandingan kebaikan n keburukan kpop ni..n of course keburukannya lagi banyak!!

Jadinya, saya mula rasa hampeh dgn drama n lagu korea....

Sebabnya,
Saya terguris melihat mereka yg sanggup melewatkan solat semata2 sbb drama korea. Dipujuknya supaya segera tunaikan solat agar boleh berjemaah, tapi katanya "kejap, nanti tak kusyuk sebab tak tahan nak tahu apa yg terjadi babak seterusnya".

Tambah memilukan bila mereka lebih suka menyanyi lagu korea, (yg hentah tahu tak maksudnya) berbandingkan dengan membaca Quran apatah lg berzikir.

Profile picture fb juga gambar artis korea. Cute. If boleh tukar profile picture yang boleh mengingatkan diri kita kepada Allah dan Rasul. It's more cute!!

Kadang-kadang, saya bertambah hairan kenapa mereka lebih minat untuk mempelajari bhasa korea berbanding bahasa Arab?.. u know, bahasa  Arab ialah bahasa al-Quran, bahasa Syurga lagi tu. Sayang dehh, kalau la anda merasai betapa seronoknya memahami maksud bahasa Arab dlm Quran.
(Kalau boleh both language, ya..teruskan, no problem).

Apatah lagi mata kita ni, yg menyaksikan puluhan aktor korea yg hensem lg jambu. Baik cuci mata cepat!

Pernah saya rasa bersalah kerana dulu saya terlalu eksaited (baca:excited) dgn korea ni, sampaikn saya ambik keputusan mendadak. Nah, saya buang lagu2 n drama korea yg ada di laptop n hp!!

Kalau inilah kesan keburukan yg anda rasai kerana eksaitednya dengan kpop, lebih baik tinggalkan cepat, sebelum ia menjadi kecintaan dlm jiwa anda.


Tips~


  1. Kalau anda kata cerita korea ni mementingkan persahabatan ~bacalah sirah Rasulullah super hebat ukhwahnya sesama sahabat, baca: sahabat
  2. Kalau anda merasakan betapa romantiknya hero dan heroin korea ini. Heroin sakit kaki sikit, terus hero dukung..So sweet. But, kaji dulu betapa super romantiknya baginda dengan para isterinya. Rasulullah sanggup tau dukung Aisyah supaya Aisyah dapat menonton tarian orang Badwi. Tolong isterinya memesak..banyak lagi if nak diceritakan. baca: romantik
  3. Kalau kata cerita korea ini mengajar erti kasih sayang. Tapi lihatlah betapa super penyayangnya baginda sesama umat, haiwan apatah lagi dengan alam. 
  4. Nak lagi, Rasulullah ni tersangatla hensem compare dgn aktor korea.


The point is, baca sirah Rasulullah yang penuh dengan pelbagai emosi. Cerita movie kita pun kalah.
But, kisah Rasulullah semua ada. Romantik. Sedih. Aksi. Takut. Harapan. 
Hayati kisah Rasulullah saw supaya kita lebih cintai Baginda berbanding makhluk yang lain.
  

~`~~~~

Sungguh.
barangsiapa yang Allah ingin KEBAIKAN kepadanya,
nescaya Allah memberinya KEFAHAMAN terhadap agamanya (Agama Islam)

Sungguh,
barangsiapa yang Allah ingin KEBAIKAN kepadanya,
nescaya dia akan selalu MENUJU kepada TUHANnya..

Sungguh,
barangsiapa yang Allah ingin KEBAIKAN kepadanya,
nescaya dia menjadikan AL QURAN sebagai PETUNJUK jalan hidupnya.


nota kasih:

Firman Allah . s.w.t

1. Alif laam mim,
2. Kitab (Al Quran) ini tidak ada keraguan padanya; petunjuk bagi mereka yang bertaqwa,
3. (yaitu) mereka yang beriman kepada yang ghaib, yang mendirikan shalat, dan menafkahkan sebahagian rezeki yang Kami anugerahkan kepada mereka.
4. dan mereka yang beriman kepada Kitab (Al Quran) yang telah diturunkan kepadamu dan Kitab-kitab yang telah diturunkan sebelummu, serta mereka yakin akan adanya (kehidupan) akhirat.
5. Mereka itulah yang tetap mendapat petunjuk dari Tuhan mereka, dan merekalah orang-orang yang beruntung.

~ surah al baqarah ayat 1 hingga 5

Semoga Allah membuka mata hati kita untuk melihat jalan yang lurus untuk ke syurga Allah s.w.t..
Bilamana syaitan telah berjaya keluarkan datuk nenek manusia iaitu Adam dan Hawa keluar dari syurga. Oleh itu dunia itu juga adalah tiket untuk anak cucu Adam dan Hawa untuk masuk ke syurga semula..
maka BERIMAN dan BERTAKWAlah kepada Allah semoga beruntung di dunia dan di akhirat. amin.


.....................
Salam Kasih Sayang .

Saya sudah merasainya dan kini tidak mahu kembali ke alam jahiliyah.


Musim luruh ni buatkan saya teringatkan satu drama ni. Hee


             

P/S  :  

kalau anda minat aktor korea ..tak mengapa...

tapi pastikan anda minat RASULULLAH SAW lebih dari aktor dan penyanyi korea itu... 

sbb hanya RASULULLAH SAW SAHAJA YANG BOLEH MEMBERIKAN SYAFAAT... 

SO SAMA-SAMA BUKTIKAN !                            



Sunday 26 August 2012

Rindu (1)

Dengan Nama Allah yg Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Alhamdulillah segala puji bagi Allah atas nikmat nafas kurnianNya. Alhamdulillah, kita masih hidup di atas muka bumi ini sebagai khalifah.

Berbicara sebentar tentang nikmat nafas.
Nah persoalannya, apa yg kita balas sebagai rasa bersyukur atas nikmat nafas ini?

Bayangkanlah, malaikat datang ketuk pintu rumah kita..

tokk..tokk

"Wahai Nur Farhanah Dini bt Zubir, aku datang menghantar bil nafas kamu untuk bulan ini".

Mahu pengsan kita dibuatnya...terkejut bukan?

Berapa trilion oksigen yg kita sedut? Bahkan bukan sahaja oksigen, mungkin kita tersedut lebih karbon monoxide, nitrogen ke?

Huhu..agak2nya apakah mampu untuk kita bayar?

Subhanallah, wahai sahabat2 yang saya sayang kerana Allah.
Allah sifatnya Maha Pengasih, Maha Penyayang, Maha Kaya. Dia tidak pernah meminta balasan atas nikmat yg Allah kurniakan ini. Tapi kita asyik menjadi insan yg pelupa bahkan tidak bersyukur.

Ini baru 1 nikmat, belum lagi disingkap dan dihayati nikmat-nikmat yg lain.

“Dan jika kamu menghitung-hitung nikmat Allah, niscaya kamu tak dapat menentukan jumlahnya. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (QS. An-Nahl: 18)
 
 
Pointnya, jadilah orang yg bersyukur.
Orang yang pandai bersyukur, hidupnya maju dan makmur. Orang yang tidak pandai bersyukur, hidupnya hancur lebur.

Dan seseungguhnya telah kami berikan hikmah kepada Lukman, yaitu: " bersyukurlah kepada Allah!. dan barang siapa yang bersyukur (kepada Allah), maka sesungguhnya dia bersyukur untuk dirinya sendiri; dan barang siapa yang kufur (tidak bersyukur), maka sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Terpuji". (QS Luqman :12).

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Bersyukur dengan ibadah kita kpd Allah..RINDUnya Allah pada hamba-hamba yang memulai harinya dengan sujud dan bertasbih kepadaNya..

Terimalah 'RINDU'..

....
Saya rindu akan solat subuh berjemaah di asrama. Saya rindu saat tangan saya memegang erat tangan jemaah sebelah saya sambil berzikir. Oh, terasa ukhwahnya!
Saya rindu keheningan solat subuh yg diirama merdukan dengan bacaan mathurat. Saya rindu saat saya dan sahabat2 berpelukan setelah selesai beribadah bersama di subuh yg segar lagi bugar.

Tapi bila saya bergelar mahasiswa, jiwaku makin meronta2...
owh subuhku...untuk berjemaah apakan daya..
Hatiku resah melihat orang lain belum bangun..

Sahabat, bangunlah..ayuh kita mulai hari kita dengan sujud  kepadaNya..

Mata mereka mula berkedip-kedip, tapi belum jiwanya.

Ayuh, bangunlah jiwamu.... cerdaskan jiwamu dengan menyembahNya..

Jiwanya masih belum bernyawa...

Ahh, aku mesti usaha..

Bangunlah wahai jiwa milik Allah.. sembahlah kepada Pemilik jiwamu.

Akhirnya, di hampir luputnya waktu subuh..mereka mula bangun dalam keadaan mamai..penat berperang dengan jiwa dan setan yg menghasut!
Ahh, subuhku!!

Realiti,
Keadaan bila kehidupan di universiti begitu mencabar, assignment bertimbun-timbun, kuiz mahupun test keesokkan harinya menyebabkan kita tidur lewat malam..kadang-kadang begitu lewat, tapi sayang...subuhnya dia gadaikan. Ini realiti!

Saya pernah terdengar satu perbualan di dalam lif asrama semasa semester pertama dulu. Sangat tragis perbualannya.
 
A   : Aku tidur pukul lima pagi tadi. Aku study untuk test hari ini. Aduhaila. Harap-harap   boleh jawab.

B   : InsyaAllah,boleh.. Awak usah dahsyat punya....Ermm, solat subuh tak tadi?

A   : Err,..tak..(nada berbisik)..aku tertidur la wei..hehe

B   : Hee..common la tu..

Pintu lif terbuka.


Adus. saya terdiam. Saya mengekori kelibat mereka. Mahu berbicara sesuatu..tapi, saya masih terdiam kaku.

 Ini yang saya mahu katakan buat mereka.
      
Perkongsian dr program Mukmin Profesional,

Ustaz Pahrol mberi nasihat yg tegas kepada kita sebagai seorang pelajar..
" Jika seorang pelajar itu melakukan ibadah umum misalnya study ditengah malam tapi dia tertinggal ibadah wajib (solat subuh), jadi ibadah umum itu hukumnya mjadi haram/bdosa".

persoalannya, tegarkah membiarkan ilmu yg dipelajari itu tak diberkati?.


......................................

 Ingatlah sntiasa, kita hamba Allah bukan hamba buku..janganlah kerana buku, kita mengabaikan solat...
 
Maaf apa yg saya tulis ialah apa yg saya lihat dan dengar bahawa  ramai terkorban subuhnya dek kerana studyholic di tengah malam...<tambah lagi sebab melayan movie,adehh..
 
Sebenarnya, study di tengah malam itu tidak salah, kerana itu juga ibadah. Tapi sayanglah kalau ibadah wajib yg terkorban.


Sabda Nabi s.a.w: "sesiapa yg menunaikn solat subuh, maka dia berada dalam jaminan Allah. Kerana itu, janganlah kamu mcari jaminan Allah dgn sesuatu(slain drpd solat) yg pada waktu kamu mdapatkannnya, lebih2 lagi takut kamu tgelincir ke dalam api neraka.".~riwayat Muslim.
 
Muhasabah tuk diriku n dirimu,moga Allah memelihara kita dr dosa yg tak disengaja..
 
 
 
Kisah untuk dihayati,
 
Rindunya subuh kepada mereka..




ToK_iMaM menulis "Pada pagi itu, seperti mana pagi-pagi yang lain. saya menyambut kedatangan seorang tetamu tetapku.

"Assalamualaikum ", seru Subuh.



"Wa'alaikumsalam", sahutku.



Dan kami terus berpelukan, tanda rindu serta kasih sayang. Kutanya khabar Subuh, bagaimana keadaannya mengembara dari satu tempat ke satu tempat.



"Tadi..", kata Subuh dengan sayu, "... saya baru sahaja melintasi satu tempat. Kucari tempat persinggahan, kuketuk rumah-rumah yang sunyi, tapi satupun yang tiada mahu menerimaku sebagai tetamu." Dan airmata Subuh pun berlinangan.



"Subuh, usah kau pedulikan mereka, bukankah saya menyambutmu dengan penuh rasa kegembiraan? Subuh mengangkat mukanya seolah-olah teringat sesuatu.



"Oh ya, tadi saya lalu di suatu tempat yang tanahnya disebalik sungai. Orang-orangnya sepertimu, menyambutku dengan penuh kesukaan, menjamuku dengan pelbagai hidangan yang lazat serta mengiurkan. Hidangan yang paling kusuka adalah buah Tahajjud, puas kucari dibumi lain, tapi jarang kujumpa.



Di situ saya meratah buah Tahajjud dengan puas serta leka".

Dan Subuh merenung mataku mengharapkan sesuatu. saya fahami maksud Subuh.



"Maaf Subuh. saya tiada menanam pohon Al-Lail, jadi saya tidak dapat menghidangkanmu dengan buah yang kau sukai. Tapi saya ada Roti Shiyam",cadangku pada Subuh.



Subuh menolak dengan hormat. "Roti itu ada tuan punyanya", kata Subuh. "Adakah kau mahu manisan Zikir?" rayuku pada Subuh.



"Baiklah, ambilkan saya sedikit, serta bawakan saya segelas Air Mata Tangisan", pinta Subuh.



saya agak sugul, bagaimana harusku beritahu pada Subuh, yang Mata Air Tangisan sudah hampir kekeringan akibat kemarau Maksiat yang berpanjangan?



Namun. saya tetap menjenguk ke dalam Perigi yang memuatkan Mata Air tersebut. saya terkejut. Perigi tersebut hampir separuh penuhnya. Dan saya berdetik didalam hati, adakah ini tanda kemarau akan berakhir?



Tanpa berlengah lagi kubawa Air tersebut pada Subuh, tetamu yang kusanjungi, dan kusuakan manisan yang dipintanya. Selesai menjamah kesemuanya, Subuh pun melirikkan sebuah senyuman.



"Subuh ..", seruku, "... mahukah kau tinggal selamanya denganku. saya memerlukan teman dalam kesunyian. Akan kulayan kau dengan sebaiknya,wahai Subuh".



Subuh tersenyum lagi menandakan permintaanku tidak akan terpenuhi.



"Saya perlu menziarahi ramai orang, dan ramai lagi yang memerlukan kehadiranku untuk mengubati rindu mereka, sepertimana saya menguliti mimpimu".



Dan saya akur dengan penjelasan Subuh. "Subuh",.. seruku lagi bila melihat Subuh bersiap untuk pergi, "Sudikah kau menziarahiku lagi esok hari?"



"InsyaAllah", jawab Subuh,"... bukankah saya kekasih yang kau rindui?" Subuh berangkat dengan lambat tetapi tetap.



"assalamualaikum ", seru Subuh.

"waalaikumsalam ", jawabku kembali. Dan mataku terus meniti langkah Subuh, yang semakin laju dengan setiap langkah. Dan akhirnya Subuh hilang dari pandangan.



PERSOLANNYA~~~Apalah agaknya keluh kesah dari Zohor, Asar, Magrib dan Isyak? Jawapannya... tersirat dalam diri.


Kita hamba Allah, bukan hamba buku, bukan hamba fb, dahulukanlah mengingatiNya dengan solat.

Jangan lupa tahajud. "Dan pada sebahagian malam, lakukanlah solat tahajud(sebagai ibadah) tambahn bagimu;mudah-mudahan Tuhanmu mengangkatmu ke tempat yg terpuji". (QS Al-Isra: 79)

P/S : Jom jadi hamba yg bersyukur!!!



Peristiwa Subuh

Tabuh berbunyi gemparkan alam sunyi
Berkumandang suara adzan
Mendayu memecah sepi
Selang seli sahutan ayam

Tetapi insan kalaupun ada hanya
Mata yang jelek dipejam lagi
Hatinya penuh benci
Berdengkurlah kembali

Begitulah peristiwa di Subuh hari
Suara insan di alam mimpi

Ayo bangunlah tunaikan perintah Allah
Sujud mengharap keampunanNya
Bersyukurlah, bangkitlah segera
Moga mendapat keridhoannya

Begitulah peristiwa di Subuh hari
Setiap pagi, setiap hari



InsyaAllah, ada sambungan :).

Friday 27 July 2012

Mengemis JannahMu

Dengan nama Allah yg Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani


Sahabat ini telah lama diperhatikan Ukhti Amirah. Namanya indah Afifah Husna.
Sekelas. Sahabat baik. Sama-sama bekas sekolah agama rakyat. Tapi berbeza fikrah terhadap agama.
Ingin sekali mengajaknya berada di jalan dakwah dek melihatkan potensinya dalam persatuan fakulti, cerdik orangnya pula petah berbicara. Alangkah indah jika dia menjadi orang yg faham agama. Tapi itu dulu, terkenang Ukhti Amirah perbincangan dengan sahabatnya ini sehingga membentuk sahabat yg hebat begini. Kini petah berbicara mempertahankan agamaMu. Alhamdulillah.

Comelkan hati kami, ya Allah

" Hmmm, saya taknak la jadi alim sangat tapi tak jahat jugak. Tapi biarlah saya jadi tengah2, saya takutla nak jadi orang dakwah ni, nanti orang kata saya ni extremist". Lagipun saya tengok kerja dakwah ni macam penat je, ke hulu ke hilir..program sana sini". Afifah mulakan bicaranya di saat dirinya rasa ditekan tentang dakwah.

"Tengah2 macam mana tu awak?  Macam wasatiyah ke <buat2 blur>?". Ukhti Amirah mempersoalkan.


"Wasatiyah ape tu <mata kelip2>?"

Ukhti Amirah mula keluarkan Qurannya dari begnya.

"Takpe awak, maksud wasatiyah itu sederhana, betul tu awak islam mengajar kita menjadi yg tengah2 sepertimana firman Allah  (maksudnya):

Dan demikian (pula) Kami telah menjadikan kamu (umat Islam), 'umat pertengahan' , agar kamu menjadi saksi atas (perbuatan) manusia dan agar Rasul (Muhammad S.A.W) menjadi saksi atas (perbuatan) kamu. (Surah al-Baqarah: 143)


Pertengahan  itu menurut ayat Quran bukan bermaksud menjadi manusia yg memperadukkan baik dan buruk, adil dan zalim, makruf dan mungkar".

Awak selak Quran saya, surah al-baqarah ayat 42.


Firman Allah (maksudnya):

Dan janganlah kamu campur adukkan yang hak dengan yang batil dan janganlah kamu sembunyikan yang hak itu, sedang kamu mengetahui".


"Tapi awak, saya bukan berniat nak campur aduk baik dan buruk, saya cuma tak nak alim sangat, nak biasa2 saja, awak fahamla ye". Afifah mempertahankan.

"Saya faham, tapi setahu saya Allah cume sediakan 2 tempat iaitu syurga dan neraka. Iaitu syurga tempat untuk mereka yg betul2 beriman dan neraka tempat untuk mereka yg benar2 derhaka kpd Allah. Tak de pulak Allah sediakan untuk mereka yg biasa2 saja".

"Err....."

Ukhti Amirah memandang wajah sahabatnya yg kelihatan terkejut. Dia pegang tangan sahabatnya, erat dan kemas.
" Awak yg dicintai Allah, pegang kata2 saya ini, ingatlah kita tidak akan mati selagi kita belum betul2 beriman atau betul2 kufur kepadaNya...kita takkan mati dalam keadaan iman kita biasa2, hanya 2 keadaan saja syurga atau neraka. Awak pilih yang mana?"

"Ya, tiada tempat untuk insan yg biasa2. <lama menunduk>
Saya nak syurga!! Tapi kenapa perasaan saya begitu beban untuk pilih jalan ke syurga, saya tak faham!". Afifah mula sebak.

"Jalan ke syurga memang tersangat payah kerana nilai syurga terlampau mahal untuk kita miliki, malah pesanan Nabi saw “Jalan ke Syurga dikelilingi dengan kepayahan. Jalan ke Neraka pula dikelilingi dengan nafsu dan syahwat.” Syaitan pula sentiasa melelahkan kita.
Tapi kita jangan putus asa kerana Allah itu Maha Pengasih, yang pasti kita kena sedaya upaya cuba melayakkan diri kita ke Syurga. Ayuh kita sama-sama selak alQuran surah al-mukminun..kita baca kata-kata Allah tentang ciri2 insan yg layak ke syurga.. 

Pertama, beriman kepada Allah dan perkara-perkara yang wajib diimani dengan keimanan yang mewajibkan penerimaan, ketundukan, dan kepatuhan
Kedua, orang yg kyusyuk dalam solatnya.
Ketiga, orang yg menjauhkan diri dari (perbuatan dan perkataan ) yang tidak berguna
Keempat, orang yg menunaikan zakat
Kelima, orang yg memelihara kemaluan kecuali terhadap isterinya dan hamba sahaya.
Keenam, orang yg memelihara amanah dan janjinya.
Ketujuh, orang yg memelihara solatnya < solat di awal waktu, cukup syarat dan rukunnya>.

Tapi sahabat, kita kena ada matlamat yg lebih tinggi , Islam itu mesti dijulang!. Iaitu dengan berada di jalan dakwah. Kita mesti termasuk dalam golongon orang yg memperjuangkan Islam".

"Tapi.............."

"Sahabat, maafkan saya jika saya terlalu cepat berbicara perkara sebegini, sebenarnya saya sendiri takut, takut ketika diri ini mula melangkah di jalan dakwah ini. Saya mahu masuk syurga tapi amalan saya seperti tidak melayakkan saya ke syurga. Kadang-kadang rasa malu kerana saya sendiri banyak dosa. Kalaulah dosa itu berbau pasti awak sendiri tak mahu mendekati saya.
Tapi saya berusaha, saya tak nak terus menerus merundumkan diri. Saya tak mahu putus asa. Saya cuba merubah diri saya mjdi lebih baik,  jaga akhlak saya dengan manusia dan Allah. Saya mahu ajak orang yg saya sayang masuk ke syurga juga. Hidup mati saya biarlah kerana Allah. Itu tekad saya!!" <air mata keinsafan tak berhenti mengalir>

"Sahabat, bawa saya bersama awak,...jalan dakwah. Moga Allah kuatkan kita".

"Ya Allah, Subhanallah!". Ukhti menjerit dalam hati.

p/s~
·         Saat glamour kehidupan remaja masa kini semakin menjanjikan sejuta keindahannya, kita justeru berlari ke tepi sejadah, bersujud dan menunduk pasrah di hadapan Allah….
Saat kebanyakan teman-teman kita sedang tertawa riang menyaksikan pentas-pentas remaja.., kita justeru asyik dengan zikir dan wirid seusai solat. …
Tapi yakinlah,..
di situlah LETAK KEBAHAGIAAN SEJATI.
Lihatlah,…!!!
setelah bersuka ria,mereka akan pulang dengan longlai, seperti kehabisan darah…
Saat kembali ke dunia nyata,mereka baru sedar bahwa apa yang mereka lakukan hanya sia-sia belaka.. ya kan remaja muslim???




Tuesday 26 June 2012

Exam... (lup dup lup dup)

Dengan nama Allah yg Maha Penyayang lagi Maha Mengasihani

InsyaAllah 27/ 6/ 2012 ialah tarikh keramat bermulanya exam semester 2 for student Farmasi Uitm. 


Scary? 


Tak tahu nak digambarkan...


Seronok ke?<sebab balik kampung pun dah tak lama>


Tak jugak..hehe.. macam manapun perasaan hadapi exam sangat mendebarkan..masakan tidaknya, semester 2 paling banyak subjek kritikal.. 3 credit hours for most subjects.


Tiap2 kali nak exam macam ni, tenang hanya di muka tapi debarnya MasyaAllah hanya tuhan yg tahu. Doaku selalu :-


" Maka ssungguhnya bsama kesulitan ada kemudahan. sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan". (Al-Insyirah- 5 & 6 )


Indahkan cara Allah tenangkan kita dengan surat cinta ni,


 insyaAllah di dalam kepayahan kita bertungkus lumus belajar selama ini, moga Allah gantikan dengan kemudahan untuk jawab exam..




Kemenangan hanya dari Allah


Salahudin al-Ayubi "Kekuatan itu bukan terletak pada musuh, tapi kekuatan itu terletak pada kuatnya hubungan dengan Allah".


Pernah Sultan Salahudin kalah dalam satu perang (saya tak ingat nama perang tu),
Kemudian malam itu sultan melawat ke khemah melihat keadaan tenteranya..
buat post-motem...
rupa-rupanya..


Ada dalam kalangan tenteranya yg tak solat, lagi ada yg minum arak..malah ada yang lalai menunaikan tahajud!..


Patutla , hubungan dengan Allah tak dijaga dalam kalangan tenteranya..




Begitu juga Sultan Muhammad Al-Fateh, standardnya sama dengan Sultan Solahudin..


Untuk jadi cemerlang, yang penting hubungan dengan Allah kuat.




Kita sebagai pelajar?


Of course, kejayaan yg diredhoi itu ialah dengan kuatnya hubungan kita dengan Dia.






Jadual exam 


Phc 426- Pharmacy Practice
Phc 430- Pharmaceutics
Phc 429- Biochemistry
Phc 428- Organic Chemistry
Mgt 417- Information Technology and Business
Phc 427- Pharmacology
Phc 425- Biostatics and Calculus..


InsyaAllah..moga Allah permudahkan buatku dan juga sahabatku yg lain.
Moga Allah berikan kita kemenangan..Amin..




Let's Struggle, Work and Pray for Islam..


Ayuh berjihad!!

Sunday 27 May 2012

Stand up my friends!

Dengan Nama Allah yg Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani



Alhamdulillah di atas kesempatan yg Allah berikan untuk saya mnulis di sini..
Pertama dan selama-lamanya ayuhlah sama-sama kita memperbaharui niat kita dengan niat mahu berbakti kepada Islam..

contohnya "hari ini aku mesti pergi pengisian ceramah di surau, cari ilmu yg mendekatkan diri aku kepada Allah, insyaAllah lpas ni aku boleh berkongsi ilmu yg aku dapat ".

Selesai begitu,jangan berkongsi saja..tapi mesti jangan lupa amalkan setiap ilmu-ilmu baru yg kita dapat. Sebabnya Allah sangat mencela mereka yg memperkatakan sesuatu tentang perkara yg mereka tak buat, kalian boleh rujuk surah as-saff :2-3. Takut kan tambah2 blogger mahupun facebooker yg banyak berkongsi ilmu begini. Tapi, takpe ilmu itu wajib disampaikan sambil2 tu kita wajib beramal. Lagipun Imam Maududi menyebut, bezanya seorang muslim dengan kafir hanya 2 sahaja- pengetahuan dan perbuatan. Bila dah tahu, perlu buat apa yg diketahuinya. 
InsyaAllah, moga Allah kuatkan pegangan kita.

######################################################################


Kerap kali saya disoal..

"farhanah pergi tak program ni ?".(nama program saya rahsiakan).

<senyum geleng2 kepala>.

Ala..:( kenapa?

Saya ada hal..hehe. Harap faham ye..

Uhh..

Saya sentiasa khuatir bila saya tak hadir program sebegini. Uhh, risau ditanya kawan2 sendiri dan yg paling gelisah tak tahu nak bagi jawapan ape..Rasa bersyukur sangat dengan sebab saya menolak program tu, rupa-rupanya Allah menghadiahkan saya program yg lebih bermanfaat untuk saya hadir.

Soalnya, program yg macam mn yg saya tolak tu?
Beginilah, setiap kali program yg melibatkan percampuran laki perempuan dan dipenuhi unsur tabarruj dan melalaikn. 

Maaf ye sahabat, saya sebenarnya boleh sangat kalau nak ikut pergi. Tapi, di sini saya ingin mengajak dirimu berfikir sejenak..kejap je..

"Macam mana ea kalau Allah takdirkan kita meninggal dunia ketika kita berada di majlis sebegitu?".

Mana tahu..

Mungkinlah waktu tu kita sedang tengok orang menari menyanyi malah bercouple lagi, tapi tak mampu nak menegur..
Mungkinlah waktu tu kita tengah bergelak sakan..sampaikan tak ingat saudara seislam lain tengah merintih.
Mungkinlah waktu tu kita sedang sibuk makan kemudian buang sisa2 yg tak habis..tapi kita tak fikir ada saudara seislam kita yg sedang mogok lapar.



Ya, inilah perkara pertama yg terlintas di dlm fikiran saya..Inilah alasan saya sebenarnya..harap awak mengerti. 
Oleh itu, saya mahu pegang tangan awak sekuat-kuatnya. 

Ayuh, kita mesti mara menuju syurga Allah


Sahabatku, pemudi seperti kita ini tidak boleh dilalaikan sebegini rupa. Kita punya masa untuk Islam. Bukannya berhibur tak kenal siang malam. Bukannya bergelak, berhibur sampaikan tak ingat dunia ini punya siapa.

Sahabtku,  saya ingin mengajak awak ..
ayuhlah masuk Islam secara kaffah (menyeluruh) dan jangan tinggalkan sisa2 jahiliyah dlam diri kita.
Allah berfirman "Kami beriman kpd setengah dan kafir kpd yang lain," dan mereka hendak mengambil jalan tengah antara demikian itu(neutral). Mereka itu ialah orang2 yg benar2 kafir. (an-nisa': 150-151).

Pap!!, sekali lagi ayat Quran inilah yang menampar wajahku supaya sedar jangan sesekali mendekati jahiliyah.

Sahabatku, Kita renungkan lagi, 

Sungguh menyedihkan,ramai di antara kita pada masa ini hanya tertunduk penuh syahdu ketika solat serta apabila mengamalkan sepenuhnya hukum Islam ketika mahu bernikah, berpuasa dan berhari raya. Selain dari itu, kehidupan mereka kembali kepada aturan yang tidak jauh beza dengan cara hidup orang kafir.

Dia bertudung tetapi menari menyanyi di hadapan khalayak ramai yang penontonnya rata-ratanya adalah lelaki.
Dia seorang yg taat kepada islam tapi susah pula menjaga hubungan laki perempuan..asal campur je. Tak segan silu.
Ada pula yg rajin ke masjid tetapi sangat sukar menahan lidahnya drpd mengumpat.


Himpitan jiwa?

Sahabat2, jangan anggap Islam membebankan..Islam akan menjadi berat jika kita menyempitkan kepada ibadah atau aqidah semata-mata. Dan islam akn menjadi tersangatla beban jika kita sayang untuk meninggalkan jahiliyah. 

Yalah, hati kita tak mungkin ada 2 cinta dalam 1 masa ( dunia dan akhirat). Salah satunya pasti akan dicurangi.


Huhu, inilah masalah utama dlam kehidupan ini, apabila kita sukar memisahkan jiwa seorang muslim drpd kecintaannya kpd hawa nafsu. Dia memilih utk akur kpd nafsunya kerana benar2 inginkan kecantikan dan mgharapkan pujian. Dia memilih untuk berhibur tak tentu hala asalkan jiwa tenang. 

Akhirnya, kehidupan ini berakhir dengan jiwa2 yg tak tenang. Ya, tak tenang kerana menjadikan hawa nafsunya sebagai tuhannya.
Firman Allah "Tidakkah engkau melihat keadaan orang yg menjadikan hawa nafsunya sebagai tuhan yg dipuja lagi ditaati?, maka dapatkah engkau menjadi pengawas yg menjaganya agar jangan sesat?". (al-furqan:43).

Sekali lagi, saya tak kisah andai kau ingin berhibur tapi 
berfikirlah banyak kali, 

soalan pertama, apakah Allah redha?

soalan kedua, apakah aku akan masuk syurga jika aku mati ketika berada dlm keadaan begini?.

Kita adalah pemudi yg menjadi impian Islam..Kita sepatutnya menyibukkan diri kita untuk membangunkan Islam. Bagaimana lagi saya ingin jelaskan, sungguh hati ini rasa macam mahu menangis  menjerit melihat pemuda pemudi yg dilalaikan dengan dunia..Hatinya kosong tidak mengenal erti tujuan hidup. 
Oleh sebab itu, saya mahu memegang tanganmu dengan erat..Usahlah mengikut hawa nafsumu yg merosakkan. Gunalah hawa nafsu yg bergelojak itu ke jalan islam. Bersemangat membawa Islam.

Kata Ibnu Qayyim,: " Begeraklah, kerana diam boleh mematikan. Sebesar-besar keuntungan di dunia adalah menyibukkan dirimu setiap saat pada aktiviti yg memberika manfaat paling banyak di akhirat. Mensia-siakan waktu lebih bahaya drpd kematian kerana ia memutuskanmu drpd Allah dn akhirat. Sedangkan kematian itu hanya memutuskan dari dunia dan penghuninya".


Akhir kalam, saya ingin mengajak diriku dan sahabat yg dikasihi sekalian supaya mengembalikan cinta kita kpd yg Hak..

Engkau derhaka kpd Tuhan padahal engkau mendakwa engkau cintakanNya.
Demi umurku, sesungguhnya amat buruk sekali ukuran cintamu.
Andai cintamu itu benar dan tulus, pastilah engkau taat kpdNya.
Kerana orang yg sebenarnya bercinta akan menuruti kehendak orang yg dicintainya.
~Dari seorang penyair yg mengungkapkan erti cinta yg hakiki



Mood~Hari ini saya sangat beremosi, melihatkan pemuda pemudi kita makin dilalaikan dan dirosakkan.



 Cik kak dan abang korea, sungguh saya tak marahkan awak semua. Korang pun tak tahu sebenarnya  ceramah ustaz Azhar Idrus dibatalkan tempatnya semata-mata untuk korang..Takpe,korang langsung tak bersalah, tapi saya salahkan pihak yg mjemput korang. Ok x?



Sebelum close page saya..tontonlah video ini dengan mata hati..


The Seed inside us, 
it's time to water the dry ones~ 
in order for it to grow into a Tree. 
insyaAllah :)

Stand up my friends!!..