salam

Tuesday, 24 January 2012

Tarbiyah di Universiti Kehidupan Part 1

Uhuk..Uhuk
Batuk buat-buat…hehe
Hampir 2 bulan saya meninggalkan blog ini berhabuk dan bersawang. Ni saya datang untuk vacuum balik. Harap lepas ini rajin2 la diri ini vacuum ye. InsyaAllah

Saya mulakan tinta kali ini dengan lafaz Assalamualaikum w.b.t. Kaifa hal sahabat2ku?. Moga senantiasa di bawah lembayung rahmatNya.
Saya hendak kongsikan apa yang saya dapat selama hampir 6 bulan berada di UiTM Puncak Alam. Apa yang buruk dijadikan iktibar dan apa yang baik jadikan ia lebih baik.

Salam kemaafan dari kalbu buat semua sahabat. Alhamdulillah, universiti kehidupan di UiTM telah saya tempuh bersama sahabat-sahabat yang dirahmati. Bermula perjalanan kehidupan realiti yang semakin mencabar dan menguji keimanan. Maaf atas segala kesilapan buatku kepada semua sahabat yang mengenali diri ini. InsyaAllah, doakan agar semua ujian yang dihadapi pada sem1 ini lulus semua agar dapat meneruskan kehidupan yang sedang menanti. 

InsyaAllah, hari cuti sdang dipalu, semua sedang sibuk pulang berjumpa keluarga tercinta untuk melepaskan rindu selepas hampir 6 bulan berjihad mencari ilmu dan penuhkan kefahaman di dada. Banyak perubahan yang telah diri ini terasa, dari segi ilmunya, kemahirannya, pemikirannya, kepimpinannya dan beberapa aspek lain yang telah saya target masa hari pertama masuk UiTM Puncak Alam ini. Semua dirancang dengan bantuan ilahi bagi melayari universiti kehidupan ini.

 Apapun alam universiti menjanjikan sebuah pengalaman yang  cukup indah buat para pelajar seperti kita. Langkahlah ke sana dengan kaki kanan. Ucapkanlah dan niatkanlah dihati untuk menimba seberapa banyak pengalaman yang ada. Dan keluarlah dari alam sana dengan kehebatan ilmu dari buku, dari pensyarah, dari pengalaman peribadi, dan alam sekitar yang mencorak kita untuk menjadi seorang insan yang cemerlang. Insya Allah.

Ada pelajaran untuk dihayati dan difahami.

Bersama sahabat sekelas, sahabat serumah, sahabat seusrah dan sahabat sepersatuan, sungguh ia sangat manis untuk dirasa. Berkenalan dengan kalian umpama melengkapkan perjalanan hidup saya. Segala putaran hidup yang berlaku dalam hidup kita jangan biarkan sia-sia tanpa mengambil ibroh (pengajaran) di dalamnya.

..........................

Alhamdulillah, targetku kini ialah untuk membina mini perpustakaan..Hehe. Sekarang tengah mengumpul buku-buku ilmiah. Inilah peluang yang saya ambil alang2 duduk di Selangor, banyak kedai buku dan buku yang diidamkan juga mudah dijumpai. Di Langkawi, manala mudah nak ada buku-buku macam ini. Moga-moga kita bersama mendapat manfaatnya.  Ilmu itu penting kerana ilmu sinar kebahagian. Ia bekalan untuk diri dan sahabat bagi menelusuri kehidupan.

 Malah , target saya untuk berjumpa penulis novel dan buku motivasi telah saya capai sedikit demi sedikit. Ptama Ustaz Pahrol Juoi, saya langsung tak berkedip mata melihat apa yang disampaikan melalui slot 'MUKMIN PROFESIONAL'. Debush masuk dalam hati apa yang disampaikan, sangat kena pada diri sendiri waktu tu.
Malah bagaikan mimpi saya sanggup ke UIA untuk berjumpa Fatimah Syarha melalui slot bedah buku 'Sebarkan Cinta-Mu'. MasyaAllah, Allah sangat permudahkan perjalanan waktu tu bagi saya menuntut ilmu.

UiTM Puncak Alam juga banyak buat majlis-majlis ilmu untuk menbersihkan hati yang berkurap(saya la tu). Terlalu banyak program-program ilmiah dibuat dan saya tidak melepaskan peluang untuk melibatkan diri. Pengalaman sebagai Ajk Surau di Matrikulasi Penang tidak saya sia-siakan, saya teruskan lagi sebagai Ajk Recipe of Woman. Saya merasa sangat teruja melihat kerusi dipenuhi hadirin yang dahagakan ilmu. Mungkin sahabat-sahabat ini bersemangat kerana Rasulullah saw bersabda,”… Barangsiapa yang melalui suatu jalan untuk mendapatkan ilmu maka Allah akan memudahkan baginya jalan menuju syurga..”


 Kerjaya yang sedang menanti iaitu sebagai ahli farmasi sebenarnya tidak pernah wujud dalam fikiran saya. Cita-cita sebagai ahli farmasi datang lambat sikit waktu matrik. Cuma cita-cita saya time kanak2 ribena ialah saya ingin jadi doktor, nurse dan kerjaya sebagai cikgu. Tapi Allah telah memilih saya untuk berada dalam bidang farmasi ini. Setelah istikharoh dibuat, hati ini memang tenang ke arah bidang itu. Biarpun susah tetap akan saya tempuhi. Mungkin saya terpilih dek kerana penangan berada dalam kelas 5 Al-Jabir di Maahad dulu.Hehe. Kalau tak kenal Jabir Al-Hayyan, sahabat boleh tanya cik Google. Beliau ialah ahli farmasi yang terkenal di zamannya. Jangan buat tak tahu pulak lepas ni ye.

Boleh saya katakan saya jatuh cinta dengan farmasi!!..Chewah! Entahla walau kelam kabut buat 3 jenis ubat dalam masa 3 jam, walaupun kadang-kadang otak jadi blur sebab tak faham apa yang dipelajari, saya jadi tak kisah untuk menempuhi semua itu. Saya nak jadi ahli farmasi yang cemerlang di dunia dan akhirat!
Walaubagaimanapun, halatuju yang dinamik perlu saya rangka untuk menjadi ahli farmasi yang terbaik.Taknak la ia menjadi omongon kosong saja kan.

Nak tak telan capsule saya buat??

 Wallahua'lam..setakat ini dahulu tinta saya.. Sesungguhnya universiti kehidupan tidak bhenti disini, insyaAllah saya akan cuba menyambung dengan izinNya. Segala kekhilafan untuk post kali ini harap ditegur.

Saya ajak sahabat2 hayati kata2 ini dari Ustaz Pahrol "Jika manis, Allah mengajarku erti syukur. Jika pahit, Allah mengajar ku erti sabar. Jika dikecewakan, aku sedang belajar hakikat tawakal. Bila cemas, Allah mengajar ku erti raja' (mengharap). Jika sedikit, Allah mengajar ku erti qanaah (berpada-pada). Ya Allah, lepaskan hati kami dari asbab-asbab ini, agar kami bebas dan tenang berpaut pada 'musabbabil asbab' (Penyebab segala sebab) – wajah-Mu ya Allah."

Selamat bercuti dan menghadapi Tarbiyah di Universiti Kehidupan. :-)



2 comments:

Ain Syafain said...

wahh, saya pon minat nak jadi pharmacist tapi tapi tapi....
spm baru ni dapat 4A jer sobsob

USHBUN MUSTAWIYYUN said...

xpe dik..teruskan smbung matrikulasi..di situ adik brusaha sungguh2 dpt 4flat..insyaAllah dipermudahkan klu itu yg adik nak..