salam

Sunday 15 February 2015

Baitunnur di Korea- Persediaan sebelum ke Korea. Winter Trip :)

Bismillah. Alhamdulillah setelah beberapa minggu balik dari Korea baru timbul perasaan untuk mengupdate blog untuk berkongsi pengalaman winter trip di Korea. Ramai sahabat2 yg pm bertanyakan tentang bajet, tempat yg dilawati sepanjang melancong ke Korea.


Insyaallah sedikit sebanyak saya sharing pengalaman di sini. Hope sahabat2 dapat manfaat dari penulisan ini.



View musim sejuk. Tapi masa kami pergi, salji tak turun. Sobsob

Bermula perancangan ke Korea ialah hampir setahun sebelum tarikh penerbangan. Tempah tiket pada awal sem 6 dan pergi pada cuti akhir sem 7. Alhamdulillah tiket ke korea masa tu tengah promosi. Ikutkan ahli baitunnur, Korea is not the first choice. Kami lebih terfikir nak pergi tempat yang dekat. Tapi memandangkan harga promosi yang ditawarkan airasia untuk ke Korea pergi balik selama 7 hari ialah RM 592, jadi kami tak ragu-ragu nak ke sana. Murah sangat berbanding harga asal lebih seribu ringgit. 


Kembara ke Korea pada musim sejuk pada mulanya amat mengujakan, teringat Winter Sonata kan. Teringin nak pegang salji yang mulus memutih dan nak baling gumpalan salji kat kawan2. Tapi actually agak mencabar masa kami pergi dengan suhu negatif sepanjang masa. Kesejukan melampau kadangkala memeritkan. Tapi jangan risau saya boleh melaluinya, insyaallah anda pun boleh. Eheh. Winter di Korea berlangsung dari bulan Disember hingga Februari. Kami pergi pada tarikh 28/1/15- 3/2/15. 


Persediaan sebelum ke Korea.



1) Niat

Tiba-tiba kan. Ok, bagi saya niat penting untuk apa kita pergi ke Korea. Isu panas ni. Hikhik.
But, what i means is bermusafir sangat digalakkan dalam Islam.  Jadi membentuk musafir yg mampu mengingatkan kita kepada Allah itulah yang menjadikan ianya bermakna dan berpahala. 

Firman Allah yang bermaksud:

Tidaklah mereka menjelajah di muka bumi, supaya mereka mempunyai hati yang dapat memikirkan atau telinga dapat digunakan untuk mendengar? Kerana sebenarnya bukan mata yang buta, tetapi yang buta ialah hati dalam dada.” (Surah al-Hajj, ayat 46)

Tujuan melancong kita perlulah jelas di mana selain untuk menenangkan fikiran dan berehat, kita juga ingin menikmati dan seterusnya mensyukuri akan hebatnya ciptaan Allah. Janganlah kita melancong sekadar ingin berhibur dan bersuka-suka sehingga ada di antara kita yang berniat nak jumpa artis Korea. Nak pergi konsert dan sebagainya. Tapi insyaallah percutian kita akan bernilai pahala bila ada niat untuk mengeratkan ukhwah semasa sahabat dan untuk melihat keindahan alam ciptaanNya :)


2) Tempahan guesthouse.

Alhamdulillah housemate saya tempah awal untuk hotel, tak lama selepas tempah tiket flight dan beruntung harga pun tengah promosi. Pilihan tempat tidur kami ialah Twin Rabbit Hostel. Bertempat di Hongdae/ Honggik University area. Nanti saya cerita lebih pasal guesthouse ni sebab memang terbaik. 

3) Passport 

Mudah je, siap dalam masa sejam sahaja selepas borang berkenaan dihantar di kaunter imigresen. :)

4) Persediaan pakaian

Memandangkan pergi musim sejuk, persediaan pakaian pun banyak nak kena prepare.

     a) Long john
Long john ni pakaian yang ketat untuk memastikan tiada angin yg terkena kulit. Ni la pakaian first layer yang kena pakai sebelum pakai baju yg berlapis-lapis di luar. Boleh dapat kat kedai Winter Apparel yang ada di shopping complex. Saya beli untuk baju dan seluar dalam harga rm 70. Sebenarnya sahabat saya survey sebelum tu, harganya rm40 lebih. Cepat pulak naik harga :(. 

     b) Winter coat 
Boleh beli online dan juga lebih beruntung jika dapat beli di kedai bundle. Murah-murah boleh dapat. Digalakkan beli winter coat yang sampai paras punggung dan ada hood. Lagi bagus kalau ada bulu kat bahagian leher untuk lagi selesa. Tapi kalau takde, boleh ganti muffler. Bagi saya, muffler ni penting untuk tutup hidung dan mulut memandangkan cuaca sejuk mudah untuk bibir jadi kering dan hidung berair. Muffler ni better beli kat Korea sbb lebih murah. 

     c) Stokin tebal, gloves.
Hand gloves ni penting ye beli sebelum ke Korea. Wajibul Ghunnah. Tangan sangat sensitif dan mudah kebas bila kesejukan. Boleh beli di Daiso saja. Kat korea nanti, anda boleh beli gloves yang baru, ni special sikit sbb blh touch screen handphone. 

     d) Kasut sukan/ Winter boots
Saya guna kasut sukan je. Nak jimat. Pastikan kasut tu selesa, cukup tebal, tidak berlubang dan mempunyai cengkaman yang kuat. Saya tersilap juga bila dah pakai kasut yg muat2 tapi bila dah pakai stokin tebal menjadikan ketat sangat. Menderita nak berjalan. So, prepare for the best ye. 


4) Persediaan barang-barang keperluan
    
      a) Lotion, Lipbalm, dan ubat-ubatan
Bawa lotion yang extra moisturizer cth vaseline. Sapu dengan kerap untuk mengelakkan kulit kering dan mengelupas, 
Ubat-ubatan lebih kepada ubat selsema, panadol. Hidung memang mudah berair sangat. So,  tissue dan sapu tangan senantiasa kena bawak ye. 

      b) Wet tissues, memandangkan tandas Korea takde air. Alternatif lain, bawa masuk botol kosong dalam tandas. Penting jugak untuk mudah ambik wuduk. Depa pun pelik pasaipa duk isi air paip..Hmmm.

       c) Charger Travel
Suis kat Korea berbeza dengan kita. Depa guna plug kaki 2.


5) Subway map

Semestinya kena install Seoul Subway map dalam smartphone. Hadam betul-betul. Seriyesly, sangat diperlukan  jika ada pergi secara sendiri dan tidak menggunakan ejen. Nak pergi mana-mana pun, kami memang menggunakan subway. Mudah dan menjimatkan. Nak guna public transport kena ada 'T-money' card, beli nanti di 7 eleven sebaik sahaja sampai di Incheon AIrport. 

Contoh perjalanan naik subway dari Incheon Airport ke Hongik Universiti 



6) Preparation tentatif dan bajet.

Memandangkan kami pergi sendiri, tak ada sapa yang guide kami kat sana. Jadi perancangan perlu sebaik mungkin. Kami buat tentatif ikut hari dan bajet berdasarkan pembacaan melalui blog dan tanya kawan yang dah pernah pergi. Untuk tentatif, saya akan update kat blog ikut hari beserta bajet. 

1    
7) Money changer

Untuk tukar duit Korea, cadangannya lebih murah tukar di Mid Valley dan Jalan Tar. Depend kat anda, mana-mana pun boleh. Secara kasar, 1000 Won bersamaan RM 3. Tapi bergantung dengan current ringgit. Masa saya pergi, duit Malaysia jatuh. Sedih. So, saya bawak RM 1200 ~ 350, 000 Won. Saya guna RM 1000 saja rupanya. Cukup untuk makan, bayaran hostel, transport, shopping dan tiket masuk. Bergantung juga if nak shopping lebih, memang kena bawa duit banyak lagi.


8) Persediaan makanan

Part yang paling penting nak survive. Susah sebenarnya nak dapatkan makanan halal di Korea. Makanan halal boleh dapat kat certain tempat je antaranya kat Itaewon (kawasan muslim) dan beberapa kat tempat lain. So, untuk lebih selamat, kami bawa banyak makanan dari Malaysia siap2. Bawalah sambal ikan bilis. Memang menambah selera bila makan dengan roti. Alhamdulillah jugak hostel sediakan sarapan, jimat dah di situ. Tapi jika teringin nak makan nasi, boleh beli nasi instant di Korea, tapi harganya dalam RM4. Saya pernah beli 2 kali. Huhu.

Lain-lain, makanan dalam tin (kari ayam, rendang ayam), roti, coklat, air minuman bercoklat untuk bagi energy. Memandangkan kami tak makan sangat untuk tengahari, so roti dan coklat sentiasa dibawa. 


Setakat ini dulu post saya tentang persediaan ke Korea. Insyaallah saya akan update perjalanan kami di sana day by day. Bermusafirlah untuk mencari hikmah. :)


Bersambung > Day-1-baitunnur-di-korea

3 comments:

written said...

Terima kasih hana, catatan yang bermanfaat ^^

Mohd Saiful Izwan said...

Salam. Terima kasih atas info yg bermanfaat. Salam perkenalan dari saya dari Ulsan, Korea.

Untuk musim sejuk saya cadangkan untuk ke Pyeongchang Trout Festival di Pyeongchang. Waktunya dari pertengahan disember hingga penghujung January. Antara aktiviti menarik kat sini ialah memancing ikan Trout dibawah ais. Selamat mencuba.

Unknown said...

Terima kasih, catatan bermanfaat!