Alhamdulillah di atas kesempatan yg Allah berikan untuk saya mnulis di sini..
Pertama dan selama-lamanya ayuhlah sama-sama kita memperbaharui niat kita dengan niat mahu berbakti kepada Islam..
contohnya "hari ini aku mesti pergi pengisian ceramah di surau, cari ilmu yg mendekatkan diri aku kepada Allah, insyaAllah lpas ni aku boleh berkongsi ilmu yg aku dapat ".
Selesai begitu,jangan berkongsi saja..tapi mesti jangan lupa amalkan setiap ilmu-ilmu baru yg kita dapat. Sebabnya Allah sangat mencela mereka yg memperkatakan sesuatu tentang perkara yg mereka tak buat, kalian boleh rujuk surah as-saff :2-3. Takut kan tambah2 blogger mahupun facebooker yg banyak berkongsi ilmu begini. Tapi, takpe ilmu itu wajib disampaikan sambil2 tu kita wajib beramal. Lagipun Imam Maududi menyebut, bezanya seorang muslim dengan kafir hanya 2 sahaja- pengetahuan dan perbuatan. Bila dah tahu, perlu buat apa yg diketahuinya.
InsyaAllah, moga Allah kuatkan pegangan kita.
######################################################################
Kerap kali saya disoal..
"farhanah pergi tak program ni ?".(nama program saya rahsiakan).
<senyum geleng2 kepala>.
Ala..:( kenapa?
Saya ada hal..hehe. Harap faham ye..
Uhh..
Saya sentiasa khuatir bila saya tak hadir program sebegini. Uhh, risau ditanya kawan2 sendiri dan yg paling gelisah tak tahu nak bagi jawapan ape..Rasa bersyukur sangat dengan sebab saya menolak program tu, rupa-rupanya Allah menghadiahkan saya program yg lebih bermanfaat untuk saya hadir.
Soalnya, program yg macam mn yg saya tolak tu?
Beginilah, setiap kali program yg melibatkan percampuran laki perempuan dan dipenuhi unsur tabarruj dan melalaikn.
Maaf ye sahabat, saya sebenarnya boleh sangat kalau nak ikut pergi. Tapi, di sini saya ingin mengajak dirimu berfikir sejenak..kejap je..
"Macam mana ea kalau Allah takdirkan kita meninggal dunia ketika kita berada di majlis sebegitu?".
Mana tahu..
Mungkinlah waktu tu kita sedang tengok orang menari menyanyi malah bercouple lagi, tapi tak mampu nak menegur..
Mungkinlah waktu tu kita tengah bergelak sakan..sampaikan tak ingat saudara seislam lain tengah merintih.
Mungkinlah waktu tu kita sedang sibuk makan kemudian buang sisa2 yg tak habis..tapi kita tak fikir ada saudara seislam kita yg sedang mogok lapar.
Ya, inilah perkara pertama yg terlintas di dlm fikiran saya..Inilah alasan saya sebenarnya..harap awak mengerti.
Oleh itu, saya mahu pegang tangan awak sekuat-kuatnya.
Ayuh, kita mesti mara menuju syurga Allah |
Sahabatku, pemudi seperti kita ini tidak boleh dilalaikan sebegini rupa. Kita punya masa untuk Islam. Bukannya berhibur tak kenal siang malam. Bukannya bergelak, berhibur sampaikan tak ingat dunia ini punya siapa.
Sahabtku, saya ingin mengajak awak ..
ayuhlah masuk Islam secara kaffah (menyeluruh) dan jangan tinggalkan sisa2 jahiliyah dlam diri kita.
Allah berfirman "Kami beriman kpd setengah dan kafir kpd yang lain," dan mereka hendak mengambil jalan tengah antara demikian itu(neutral). Mereka itu ialah orang2 yg benar2 kafir. (an-nisa': 150-151).
Pap!!, sekali lagi ayat Quran inilah yang menampar wajahku supaya sedar jangan sesekali mendekati jahiliyah.
Sahabatku, Kita renungkan lagi,
Sungguh menyedihkan,ramai di antara kita pada masa ini hanya tertunduk penuh syahdu ketika solat serta apabila mengamalkan sepenuhnya hukum Islam ketika mahu bernikah, berpuasa dan berhari raya. Selain dari itu, kehidupan mereka kembali kepada aturan yang tidak jauh beza dengan cara hidup orang kafir.
Dia bertudung tetapi menari menyanyi di hadapan khalayak ramai yang penontonnya rata-ratanya adalah lelaki.
Dia seorang yg taat kepada islam tapi susah pula menjaga hubungan laki perempuan..asal campur je. Tak segan silu.
Ada pula yg rajin ke masjid tetapi sangat sukar menahan lidahnya drpd mengumpat.
Himpitan jiwa?
Sahabat2, jangan anggap Islam membebankan..Islam akan menjadi berat jika kita menyempitkan kepada ibadah atau aqidah semata-mata. Dan islam akn menjadi tersangatla beban jika kita sayang untuk meninggalkan jahiliyah.
Yalah, hati kita tak mungkin ada 2 cinta dalam 1 masa ( dunia dan akhirat). Salah satunya pasti akan dicurangi.
Huhu, inilah masalah utama dlam kehidupan ini, apabila kita sukar memisahkan jiwa seorang muslim drpd kecintaannya kpd hawa nafsu. Dia memilih utk akur kpd nafsunya kerana benar2 inginkan kecantikan dan mgharapkan pujian. Dia memilih untuk berhibur tak tentu hala asalkan jiwa tenang.
Akhirnya, kehidupan ini berakhir dengan jiwa2 yg tak tenang. Ya, tak tenang kerana menjadikan hawa nafsunya sebagai tuhannya.
Firman Allah "Tidakkah engkau melihat keadaan orang yg menjadikan hawa nafsunya sebagai tuhan yg dipuja lagi ditaati?, maka dapatkah engkau menjadi pengawas yg menjaganya agar jangan sesat?". (al-furqan:43).
Sekali lagi, saya tak kisah andai kau ingin berhibur tapi
berfikirlah banyak kali,
soalan pertama, apakah Allah redha?
soalan kedua, apakah aku akan masuk syurga jika aku mati ketika berada dlm keadaan begini?.
Kita adalah pemudi yg menjadi impian Islam..Kita sepatutnya menyibukkan diri kita untuk membangunkan Islam. Bagaimana lagi saya ingin jelaskan, sungguh hati ini rasa macam mahu menangis menjerit melihat pemuda pemudi yg dilalaikan dengan dunia..Hatinya kosong tidak mengenal erti tujuan hidup.
Oleh sebab itu, saya mahu memegang tanganmu dengan erat..Usahlah mengikut hawa nafsumu yg merosakkan. Gunalah hawa nafsu yg bergelojak itu ke jalan islam. Bersemangat membawa Islam.
Kata Ibnu Qayyim,: " Begeraklah, kerana diam boleh mematikan. Sebesar-besar keuntungan di dunia adalah menyibukkan dirimu setiap saat pada aktiviti yg memberika manfaat paling banyak di akhirat. Mensia-siakan waktu lebih bahaya drpd kematian kerana ia memutuskanmu drpd Allah dn akhirat. Sedangkan kematian itu hanya memutuskan dari dunia dan penghuninya".
Akhir kalam, saya ingin mengajak diriku dan sahabat yg dikasihi sekalian supaya mengembalikan cinta kita kpd yg Hak..
Engkau derhaka kpd Tuhan padahal engkau mendakwa engkau cintakanNya.
Demi umurku, sesungguhnya amat buruk sekali ukuran cintamu.
Andai cintamu itu benar dan tulus, pastilah engkau taat kpdNya.
Kerana orang yg sebenarnya bercinta akan menuruti kehendak orang yg dicintainya.
~Dari seorang penyair yg mengungkapkan erti cinta yg hakiki
Mood~Hari ini saya sangat beremosi, melihatkan pemuda pemudi kita makin dilalaikan dan dirosakkan.
Cik kak dan abang korea, sungguh saya tak marahkan awak semua. Korang pun tak tahu sebenarnya ceramah ustaz Azhar Idrus dibatalkan tempatnya semata-mata untuk korang..Takpe,korang langsung tak bersalah, tapi saya salahkan pihak yg mjemput korang. Ok x?
Sebelum close page saya..tontonlah video ini dengan mata hati..
The Seed inside us,
it's time to water the dry ones~
in order for it to grow into a Tree.
insyaAllah :)
Stand up my friends!!..
No comments:
Post a Comment