salam

Thursday, 17 May 2012

Koreksi diri

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

Pertamanya, saya minta maaf sebab dah lama tak mgupdate blog ni. Kesibukan semester 2 membuatkan saya berbelah bagi untuk menulis di sini. InsyaAllah lepas ni saya akan cuba arrange masa dengan baik.


Didikan Allah..


MasyaAllah, semester kali ini saya benar-benar dapat merasai erti penat binti letih dek kerana menuntut ilmu. Kelas bermula 8.30 pg dan mostly habis pukul 7ptg. Begitulah rutin seharian saya. Subhanallah ditambah lagi dengan usrah, majlis-mjlis ilmu juga komitmen yg lain. 
Semuanya back to basic, apakah sehari2 kita kerana Allah? Kesibukan studinya, apakah makin mendekatkan kita kepada Allah atau sebaliknya? Usrah kita, apakah setakat hadir tuk mengisi lapang atau betul2 kerana mahu megisi jiwa? 


Saya memerhati diri saya, di saat saya menjadi begitu lemah kerana keletihan, saya merasakan lebih mudah didekati setan. Ya, beginilah bisikannya "usahlah pergi usrah malamnya, kan penat baru balik"," baca Quran sikit sudahla, penatla nak baca banyak2". Astagfirullah, di sini saya betul2 bermujahadah kerana sifat pemuda/pemudi itu sangat bergelojak jiwanya. Kalau tak dikawal, konfem mudah kalah dengan nafsunya sendiri.   


Terkadang Allah menguji iman kita dengan sesuatu untuk membuka kulit sebenar kita, untuk meruakkan apa yang ada dalam hati sebenar kita, dan nyatakanlah bahwa kita kuat untuk ujian itu. Apabila kita sedar bahawa kita telah banyak lalai dengan dunia, berbanyaklah merenung ke dalam hati. 
Di sini pointnya, saya ingin mengajak diri saya juga sahabat supaya sentiasa menjaga iman kerana iman itu terkadang sifatnya yazid wa yanqus (menaik dan menurun). 
Imanku..akan ku usahakan untuk membina iman yg sohih



Akhir kalam..
dunia ini jadi penting kerana adanya akhirat, 
bagaimana kita melayari kehidupan dunia, itulah natijah kita di akhirat.







No comments: