salam

Friday, 26 August 2011

Couple or Trouble..

Assalamualaikum w.b.t

Tajuk entry kali ni agak berat bagi saya.  Selepas solat isyak kali ni benar2 memaksa saya untuk menulis..berlegar2 dalam kepala pengalaman di matrik dulu di mana saya btindak sebagai pencegah maksiat bsama sahabat2..setiap kali ada program yg melibatkan percampuran laki n perempuan pasti lujnah dakwah bertindak dulu.




untuk program MEMORI..


Pengalaman inilah yang mjadikan saya lebih peka kepada masalah sosial ni. Di maahad dulu saya tak pernah berhadapan dengan masalah couple sebabnya tarbiah di sana cukup kuat. Sehinggakan ura2 tentang ada couple di maahad pun ustaz ustazah cepat hidu dan bertindak..MasyaAllah, moga Allah terus kekalkan kekuatan tarbiah di maahad mahmud tercinta.


Hakikatnya bukan senang untuk menegur orang yg bercouple, sampaikan terketar2..takut dimaki hamun, sememangnya dah ada dalam kalangan kami yg menangis sebab hinaan mereka itu.
Saya?? hmmm, akan berani menegur bila sahabat saya yg bersemangat tu ada di sisi, sebab semangat dia sama mengalir ke dalam diri saya..kalau dia tak ada, alamatnya..huhu.."mana Ain ni??".
Dalam hati beristigfar bila nampak sepasang  couple baru keluar dari library..bismillah.."assalamualaikum, minta korang jarakkan ..".mereka jadi kaget..what??.
Di hadapan saya mereka jarakkan, tapi selepas membelakangi saya mereka bagaikan magnet melekat balik..
" mereka ni bukan couple tapi trouble"..getus hati saya, terkejut dengan tindakan mereka. Semoga Allah memberi hidayah.


Kenapa saya kata mereka itu 'trouble'??..bukankah mereka itu pasangan yg paling bahagia, hidup mereka penuh dengan ayat2 cinta, saling mengambil berat dan macam2 la..kita semua tahu itu. Setakat ini saya belum pernah bercinta tapi tengok dalam tv pun dah cukup membuktikan bahawa couple itu sesuatu yg membahagiakan.


Tapi di sisi Allah dan orang2 yang mengamalkan amar makruf nahi makruf akan mengatakan kepada mereka yg bercouple ini cuma membawa 'trouble'. Hati mereka dipenuhi bunga2 cinta yg dimekarkan lagi oleh makhluk bernama syaitan. Sehinggakan mereka jadi lalai dr mengingati tuhan sendiri. Dalam tengah solat pun boleh terbayang2 wajah 'si dia' . Mereka akan jadi lebih merindui 'si dia' dari Dia.
Bayangkan tiap2 hari berlakunya zina hati, zina mata..bukankah dosa itu makin di topup??


Firman Allah Taala:


"Dan janganlah kamu menghampiri zina. Sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk."
-Surah Al-Israk: ayat 32


Daripada Abu Hurairah r.a katanya, Nabi S.A.W. bersabda:


Sesungguhnya Allah Ta’ala telah menetapkan nasib anak Adam mengenai zina. Tidak mustahil dia pernah melakukannya. Zina mata ialah memandang. Zina lidah ialah berkata. Zina hati ialah keinginan dan syahwat,sedangkan faraj (kemaluan) hanya menuruti atau tidak menuruti.”..


Cuba renungkan ini:
1. Orang yang bercouple tak mungkin menundukkan pandangan terhadap   kekasihnya.
2. Orang yang bercouple biasanya berdua2an dengan pasangan kekasihnya, baik di dalam rumah atau luar rumah.
3. Wanita akan bersikap manja & mendayukan suara saat bersama kekasihnya.
4. Bercouple akan membuatkan saling menyentuh antara lelaki & wanita, meskipun hanya berjabat tangan.
6. Orang yg bercouple, boleh dipastikan selalu membayangkan org yg dicintainya (zina hati)





Di sini bukanlah untuk saya katakan cinta antara rijal dan nisa' itu adalah haram..tapi kebanyakan cara menyemai cinta itu adalah salah yaitu bercinta sebelum nikah.


 pesan syeikh ibn taimiyah..: "jangan engkau myalahkan cinta, tapi salahkan mereka yg menyalahgunakan cinta hingga berbuat dosa..."

hati2 dalam mjaga hati..astagfirullah




cara penyelesaiannya??..pesan ibn Taimiyah jgak "cinta adalah sebuah penyakit, untuk mengubati penyakit ini adalah menikahi orang yg dicintai".



Saya kagum bagaimana abah cerita dia jumpa mak..,Masa tu, abah bawa motor jalan2 sekitar kampung di Langkawi, terjumpa mak yg masa tu  ada di luar rumah..boleh dikatakan cinta pandang pertama.
Tapi abah tak buat apa2 terus balik mulai solat isthikhorah, selepas 3 hari terus mak n abah btunang..2 minggu kemudian terus akad nikah..
Saya yg dengar cerita tu saja tanya mak.." abah tak ajak mak keluar dating2 ke?".
Mak dengan tersenyum menoleh ke abah " abah hang takda kacau2 mak, baik ja"...saya bertambah senyum..


Masa tu dalam hati saya hanya berdoa " Ya Allah, aku mahu bakal suami macam abah"..


Pesanan buat lelaki “Jangan kau sentuh seseorang wanita biarpun hatinya”
-Imam Syafi’e-


Nikahlah dengan segera bila sudah bjumpa dengan jodoh dan  cuba merasai nikmatnya bercinta selepas nikah..insyaAllah, sama2 la juga kita berdoa supaya Allah datangkan cinta itu dalam keadaan yg Allah redhai.

semoga bermanfaat :-)




1 comment:

*Bintu Jamaluddin* [Faizah] said...

subhanallah...nice article..teruskan berdakwah...insyaAllah Allah bersama dengan orang2 yang menolong agamanya...^_^