Bismillah..
Sebuah cerita sederhana dengan pesan yang tersirat. Semoga bermanfaat..:)
Sebuah cerita sederhana dengan pesan yang tersirat. Semoga bermanfaat..:)
Di asrama sebuah sekolah pondok, terlantar seorang ustaz muda yg lumpuh dek kerana accident bertembung lori balak. Sudah seminggu dia berkeadaan begitu dan baru hari ini dia dipindahkan ke asramanya dari hospital. Dia Ustaz Farhan, seorang anak yatim dan selama hidupnya sejak kecil hanya menumpang hidupnya disekolah pondok itu dan kini dia merupakan pengajar di situ. Musibah itu menimpa dirinya ketika mahu bertolak ke Masjid Al- Ghifari di hujung kampung untuk menyampaikan kuliah maghrib.
Anak-anak muridnya datang menziarah, menitis air mata mereka melihat keadaan ustaz kesayangan mereka yg kini sudah tidak mampu bergerak. Ustaz inilah yg sabar mengajar mereka ilmu faraid, yang sabar membangunkan mereka untuk solat tahajud tiap-tiap pagi, yang sama-sama bermain bola sepak takrow setiap kali selepas asar.
"Sayang sekali ustaz tak dapat nak main dengan kami semua, nampaknya kumpulan Akhi Amir akan menang pulak la lepas ni ustaz". Fairuz menjuihkan mulutnya kepada Akhi Amir.
Pecah ketawa ustaz Farhan mendengar celoteh anak muridnya itu. " Kamu doakan ustaz cepat sembuh ye, kamu anak murid yg soleh-soleh semua, insyaAllah cepat makbul ".
" InsyaAllah ustaz !"..serentak mereka jawab.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Ustaz Halifi datang menziarah sahabatnya ustaz Farhan setelah dengar khabar ustaz Farhan sudah pulang.
Ustaz Halifi : Assalamualaikum Ustaz Farhan.
sambil pintu diketuk.
Ustaz Farhan : Ya, Waalaikumsalam warahmatullah..sila masuk, pintu tak kunci.
Ustaz Halifi : Kaifa hal ustaz, enta rasa baik sikit? Ana asif jiddan tak dapat jenguk enta kat hospital. Di masjid ada program besar. Sebenarnya ana rasa lagi bersalah sebab ana yg jemput enta untuk bagi ceramah di masjid tempoh hari.
Ustaz Halifi tak dapat mengangkat mukanya lagi di hadapan ustaz Farhan. Rasa bersalah teramat. Hatinya sayu sekali melihat keadaan sahabatnya itu.
Sempat tadi sebelum bertemu ustaz Farhan, Ustaz Halifi bertemu pengetua sekolah pondok itu Ustaz Harun yg juga merupakan bapa saudara Ustaz Farhan .
Tambah pilu hati kerana kata Ustaz Harun, Ustaz Farhan kemungkinan besar tidak ada harapan untuk sembuh. Badannya terhempas teruk kerana jatuh mengelak. Ustaz Farhan yg ketika itu membawa motor tidak sempat mengelak dari lori balak yg melelong.
Ustaz Farhan : Sudahla enta jangan sedih lagi. Ini sudah Allah tetapkan untuk ana . Percayalah setiap musibah yg menimpa diri kita pasti Allah akan sediakan hikmah yg indah. Ana sangat yakin itu dan hati ana merasa tenang dengan musibah ini kerana Allah swt tegaskan dlm sebuah hadis Qudsi:
“Wahai anak Adam, jika engkau sabar dan mencari keredhaan pada saat musibah yang pertama, maka Aku tidak meredhai pahalamu selain syurga.”
Ustaz Halifi : Tapi keadaan enta sangat teruk. Ana sendiri tak sanggup tengok enta macam ni. Tambah-tambah lagi enta ni handsome daripada ana. Sayang tu..huhu.
Ustaz Farhan : Haishh, sempat lagi duk kacau ana noh..merajuk satgi..haha.
Ustaz Halifi : Takpa2, kalau takda perempuan yg nak kat enta, ana sanggup jaga enta sepanjang hidup ana. Ana janji dan ana serius ni!
Ustaz Farhan : Amboi, baru sekarang nak jadi sahabat mithali ye.. ok, ana tuntut janji enta ye. haha..enta tak tarik balik kan.
Ustaz Halifi : of course not! haha..Ni ana mai sini tak nak jamu air ke?
Ustaz Farhan : La dah hilang perasaan kesian kat ana ke? Ana baru nak suruh enta yg tolong bancuh air untuk kita berdua. Perjanjian dah start kan. Jaga ana mulai sekarang. ^___^
Ustaz Halifi : Huh! haha..
Senyum mengukir di bibir dua orang sahabat ini. Merekalah contoh sahabat ukwah fillah, bak kata penulis cik Hanadini. Sama-sama anak yatim yg membesar di sekolah pondok tertua di Baling ni bahkan sama-sama jatuh cinta pada akhowat yg sama di universiti dulu. Tapi nasib baik akhowat tu reject kedua-dua sekali. Kalau tak, mesti berlaku perang besar umpama Mat Cincang dengan Mat Gunung Raya di Langkawi tu. Ooppss, maafkan cik Hanadini membocorkan rahsia ustaz.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Di masjid Al-Ghifari selepas solat isyak berjemaah.
Ustaz Halifi : Hah Farhan. Awat tu senyum sorang-sorang?
Ustaz Farhan : Isshh2.. terjah tak bagi salam. Nasib baik ginjal ana ok..kalau tak, silap hari bulan ginjal ana putus. Hah, sapa nak ganti?
Ustaz Halifi : Amboi, ginjal pulak yg jadi mangsa. Selalunya ana dengar 'jantung nak terlompat masuk longkang' la. Dah tukar quot baru..haha. Takpa2 perjanjian tu masih sah di sisi undang-undang. i will take care of you..Huh, habisla ana kalau asyik habis merepek macam ni.
Sykran jazilan tau enta sanggup bagi ceramah tadi. MasyaAllah enta buat ramai orang nangis, insaf tadi.
Ustaz Farhan : Alhamdulillah, tajuknya tadi ' Menarik Cahaya di Sebalik Musibah ' memang sangat sesuai dengan kondisi ana sekarang. Bila kita dah rasa satu musibah tu, maka mudah ana nak hayati perkara tu. Ana senyum tadi, ana terfikir sejak2 kaki ana lumpuh ni, ana merasa kasih sayang semua orang.
Ustaz Halifi : Betul2, ana pun bertambah sayang kat enta.
Ustaz Farhan : Errr..( geleng-geleng kepala ). Hmmm, zaujah enta sekarang tengah mengandung kan. Dah berapa bulan sekarang?
Ustaz Halifi : 7 bulan dah..Tak sabar ana nak timang anak..
Enta, ana nak tanya something, jangan ambik hati tau..
Ustaz Farhan : Tak pe, tanya je. Kalau soalan tu ana tak suka. Ana sekeh enta je. Hehe.
Ustaz Halifi : Harapan enta apa ye selepas apa yg berlaku kepada enta? Mungkin ana boleh bantu..asif la tiba-tiba je kan.
Ustaz Farhan : Ana inginkan seorang anak, ana akan didik dia menjadi seorang ulamak. Walaupun ana tau keadaan ana sekarang tidak mudah untuk...(kepalanya menunduk). Tapi ana percaya Allah Maha Pengasih, Dia akan memberikan ana jodoh yg solehah.
Petikan dari kuliah..
“Datangnya musibah-musibah itu adalah nikmat, Kerana ia menjadi sebab dihapuskannya dosa-dosa. Ia juga menuntut kesabaran sehingga orang yang tertimpanya justru diberi pahala. Musibah itulah yang melahirkan sikap kembali taat dan merendahkan diri di hadapan Allah ta’ala . Musibah itu sendiri dijadikan oleh Allah sebagai sebab penghapus dosa dan kesalahan. Bahkan ini termasuk nikmat yang paling agung. Maka seluruh musibah pada hakikatnya merupakan rahmat dan nikmat bagi keseluruhan makhluk, kecuali apabila musibah itu menyebabkan orang yang tertimpa musibah menjadi terjerumus dalam kemaksiatan yang lebih besar. Inilah yg paling rugi.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
3 bulan berlalu.. Ustaz Farhan mampu mengajar kelasnya seperti biasa walaupun dalam keadaan berkerusi roda. Malah ustaz berjaya menaikkan semangat pelajarnya untuk terus berusaha. Semangat kerana Islam!!.
Berita gembira..........
Ustaz Hasan : "Farhan, pak cik nak cakap sesuatu ni.." ( Ustaz Hasan senyum sampai ke telinga lalu melabuhkan punggungnya di kerusi ).
Ustaz Farhan : Ya pak cik..nampak penting je.
Ustaz Hasan : Farhan, ada seorang muslimah melamar enta. Semalam, dia dan ayahnya datang menanyakan pak cik. Namanya Siti Qonita lulusan Al- Azhar jugak tu. Dia 5 tahun muda daripada Farhan. Enta macam mana?.
Ustaz Farhan : MasyaAllah, apakah Allah sudah memakbulkan doa ana ye ustaz.. Tapi, ana takut dia tak terima keadaan ana. Ana tak nak membebankan dia.
Ustaz Hasan : Pak cik dah cakap keadaan enta. Tapi subhanallah muslimah itu tetap memilih mu.
Air mata sudah mengalir kerana terasa cintaNya . Farhan! Allah sayang enta.
+++++++++++
" Aku nikahkan dikau Muhammad Farhan bin Walid dengan Siti Qonita bt Hasanudin bermaharkan Surah at-Tahrim ".
"Aku terima nikah Siti Qonita bt Hasanudin dengan maharnya surah At-Tahrim"
"Sah!"..
++++++++++
Ustaz Farhan tidak dapat menahan sebak di dadanya ketika membacakan surah At-Tahrim..betapa Allah menghadiahkan dia seseorang yg begitu berhati mulia..
Suasana majlis penuh barakoh itu menusuk hati bagi sesiapa yg hadir. MasyaAllah.
Mereka kini tinggal di rumah ustazah Qonita.
Di dalam bilik pengantin yg ringkas , selepas solat isyak berjemaah..
Suasananya lain, ustaz Farhan menjadi imam berkerusikan roda, isterinya tetap setia menjadi makmumnya.
Hati berlagu penuh kesyukuran..Alhamdulillah.
Ustaz Farhan : Abang terharu ada muslimah seperti ukhti yg sanggup menikah dengan abang. Abang hanya mampu bersyukur..(air mata syahdu sekali lagi mengalir ). Hidup ukhti mungkin susah bersama dengan abang. Abang tak mampu bekerja banyak melainkan mengajar.
Ustazah Qonita : Biarkan saya susah menjaga abang di dunia, tapi di akhirat nanti biarlah Allah yang menjagakan saya. Izinkan untuk saya setia kepada abang. Uhubuki lillahi..
Cik Hanadini very impressed with you Ustazah Qonita. Doakan cik Hanadini juga mencontohi pengorbanan seperi ustazah ye.
Membina keluarga yg sakinah, mawaddah dan warahmah. |
Beberapa tahun kemudian..
Hmmm, anak Ustaz Farhan dan Ustazah Qonita dah besar dah .Sekarang cukup 5 tahun. Namanya Muhammad Syafie Syariati . Hensem bin 'alim tau.
3 comments:
farhanah, ni cerita betul ek?
cerita ni asal 1 kisah di pesantren kat indonesia, ada ustaz cerita yg mana ada sorang muslimah sggup nikah dgn ustaz yg cacat..
ni betul kata2 muslimah tu "Biarkan saya susah menjaga abang di dunia, tapi di akhirat nanti biarlah Allah yang menjagakan saya".
ana sangat tharu dengar kisah ni.
yg lain2 tu ana tambah sendiri..
huhu....alhamdulilah,,,,bez la citer nie...ader ker lgi perempuan seperti ini...beruntung la saper2 yg dapat perempuan seperti ini yang ikhlas menerima segala kekurangan suaminya dengan ikhlas semata2 mengharap redhaNYA...
nak jwb nie : hehe.....insyaALLAH ustazah tuh kenal ustaz nie tyme ustaz farhan bagi ceramah kat masjid.....btol tak...?
Post a Comment