salam

Monday, 15 August 2011

Gurauan Rasulullah s.a.w

Assalamualaikum w.b.t

Di sini,saya ingin berkongsi 1 kisah tentang seorang sahabat Rasulullah s.a.w..insyaAllah banyak manfaat dari kisah ini.

Beliau adalah Zahir bin Haram merupakan seorang arab badwi. Sahabat ini selalu membawa hadiah  kepada Baginda sebagai tanda kasih sayangnya. Dan Rasulullah s.a.w sangat gembira menerima hadiah itu. Hal ini menunjukkan betapa rapatnya hubungan mereka sebagai sesama sahabat.

Sabda Nabi s.a.w," Zahir itu adalah orang badwi kita, dan kita adalah orang bandarnya".

Suatu hari, Zahir pergi menjual barangnya di pasar. Rasulullah mengendapnya dari belakang  dan terus memeluk Zahir dari belakang secara mengejut.

Zahir terkejut "eh, siapa tu'??
Baginda tsenyum " ini aku Rasulullah".
Lalu Zahir merapatkan tubuh belakngnya utuk lebih erat dipeluk Rasulullah s..a.w.. mgambil berkat dr baginda.
 ( rasa terkilan pulak kdang2 ramai antara kita nak pegang tangan sahabat pun malu )

Kemudian Rasulullah bgurau " siapakah yang mahu membeli hamba ini "??
Zahir terasa dan menunjukkan muka buruknya " wajah hamba yang sebegini,siapakah yg mahu membeli ?"..
" Tapi engkau dikehendaki Allah, wahai Zahir"..
Rasulullah s.a.w mgembirakan hatinya.

Subhanallah, kisah ini tampak biasa tapi cuba kita lihat cara didikan Rasulullah s.a.w thadap sahabatnya..
Bayangkan Rasulullah s.a..w adalah pemimpin umat, ketua negara waktu itu sempat mnegur sapa sahabatnya orang miskin..bahkan mengembirakan hati mereka lagi..

Tapi zaman sekarang ada pemimpin sebegini?? susah untuk dicari kalau ada pun bila ada pilihan raya..hmmm

Alangkah indah akhlak Baginda..bila dbaca kisah2 Rasulullah s.a.w, terasa alangkah indah jika Baginda ada bsama kita sekarang...

     
                                                      Kekasih Allah yg dicintai                                                       

1 comment:

miSs_caCtuS^^ said...

subhnallah....... untung dapat dipeluk rasulullah saw... makna nya dia sorg yg diredhai sbgai sahabat rasulullah.. masyaAllah ;')