Dengan Nama Allah yg Maha Penyayang lagi Maha Mengasihani
Alhamdulillah, Allah masih beri kesempatan waktu untuk meneroka kehidupan ini dan mencari manik-manik pengajaran seisinya.
Selama cuti semester ni hampir sebulan setengah, saya banyak habiskan masa hanya berada di rumah. Tak banyak yg dilakukan, habiskan buku-buku ilmiah yg bertimbun (masih x habis jugak,huhu) , ajar adik laki saya matematik (calon spm ni), bawa kereta ronda2 Langkawi, join program ilmiah..yg penting banyak buat kerja rumah..begitulah ia berulang-ulang time cuti ni :)
2 hari lepas, saya ajak mak dan abah pergi melawat sekolah pondok di Kilim. Pengasasnya adik beradik mak sendiri. Rasa melonjak-lonjak perasaan masa tu nak pergi, entah kenapa..rasa hendak menziarah seseorang..tapi tak tahu siapa..
Bila mula-mula masuk halaman sekolah pondok tu, pelajar2 sana memandang saya keanehan. Mesti diorang terfikir siapalah pulak yg datang ni..muka macam tak pernah tengok..
Sebabnya sejak saya pindah belajar maahad alor setar, kemudian matrik penang. Dalam waktu tu, saya tak pernah pergi melawat. Tiada perasaan untuk menziarah. Mak abah je yang rajin menziarah..Hai, what happen to u Hanadini? Padahal dalam Langkawi je.
Tula selepas hampir 5 tahun, rasa rindu membuak-buak terkenangkan sekolah pondok tu. Rindukan bukit yg cantik tu, rindukan telaga tempat saya dan adik suka bermain, ahh..rindunya ketenangan di situ.
So, mak ajakla jenguk tok chik.
Rasa hiba tiba-tiba menyapa. Kesian.
Masa tu, tok chik tengah masak nasi, lauknya hanya ikan kering.
Saya memandang wajahnya, subhanallah sejuk tengok..
Dia habiskan sisa hidupnya di situ, belajar ilmu agama..
Pondok pelajar. |
Tertanya-tanya jugak dimana anak-anak dia?
Apakah mereka tidak melawat dan mengirimkan surat kasih sayang dan rindu?
Lepas habis daripada menziarah, mak pun mula berkongsi..
Anak dia dah tak ambil peduli kat tok chik. Semuanya duk luar Langkawi. Dah lama tok chik tunggu anak-anak dia yg 5 orang tu..
Hanya keluarga di sekolah pondok tu saja yg mengambil berat dengan Tokchik
"Nanti mak dah tua, mak duk sekolah pondok tu jugak, nnti anak mak semua sibuk kerja"..mak berbicara dalam nada bergurau..
"Nanti mak dah tua, mak duk sekolah pondok tu jugak, nnti anak mak semua sibuk kerja"..mak berbicara dalam nada bergurau..
Ahh mak..saya tak suka dengar cerita 'ibu terbuang'. Saya tahu mak saya sendiri pun risau dengan keadaan nasibnya walaupun mak hanya bergurau. Masakan tidaknya, kes-kes anak buang ibu itu sudah banyak berlaku dalam masyarakat kita. Seorang ibu mampu menjaga 10 orang anak dengan baik, tapi belum tentu 10 orang anak itu boleh menjaga ibunya sendiri.
Tak pasal-pasal, air mata jatuh.
" Ya Allah, Aku pohon kuatkan imanku, berilah hamba peluang dan kekuatan untuk menjaga ibu bapaku di saat mereka memerlukanku."
Mak sambung lagi.." takpa tok chik tu, Allah sentiasa jaga dia..lagipun dulu tok chik tu ada 6 anak lagi, tapi semua meninggal waktu kecil..InsyaAllah anak-anak ni yg akan tarik tokchik masuk syurga nanti"
Senyum mengukir..:)
Tok Chik sabarlah..Allah bersamamu walaupun wajahmu memaparkan kesunyian teramat.
Pengajaran pertama saya dapat hari tu.
Kemudian, sementara tunggu masuknya azan maghrib..
Mak ajak menziarah orang sakit ( ibu saudara mak saya) , rumahnya dekat dengan masjid yg kami nak singgah tu..
Ramainya orang...........
MasyaAllah, ketar tubuh saya melihat tok tu,.. dia terbaring kaku, mulutnya terbuka, nafasnya kedengaran kuat..Demam panas terlampau..
Apa yang saya kagum dengan tok ni ialah walaupun dia tidak punyai anak, tapi anak-anak saudaranya menjaganya seperti ibu mereka sendiri.
Doktor yg ketika itu ada sedang merawat memberitahu..
kuatnya nafas tok ni dipanggil 'pernafasan kosmo', ia diperingkat hampir ke koma.
Semua yg mendengar menunduk..
Keesokan harinya, mak saya dimaklumkan bahwa tok tu meninggal selepas kami balik, waktu isyak.. Innalillah wa inna ila raji'un..Allah merahmatimu.
Sekali lagi, hati ini menangis..
Subhanallah..mati itu sangat dekat dengan kita.
Apabila membicarakan perihal kematian akan membuatkan kita terdiam sejenak, kelu dan hilang kata-kata.
Berusahalah semampu mungkin dan jangan jemu berdoa kepada Allah SWT agar diri kita, ibu bapa kita, ahli keluarga, sahabat-sahabat dan umat Islam lain dimatikan dalam keadaan Islam dan husnul khatimah. Semoga malaikat yang mengambil nyawa kita dapat menjalankan amanah tersebut dengan sopan santun dan datang dalam keadaan berseri-seri. Inilah matlamat sebenar kita umat islam.
Pengajaran kedua..tentang mati.
Surah Al-A'raf :126...........Wahai Tuhan kami, limpahkanlah kesabaran kepada kami, dan matikanlah kami dalam keadaan Islam (berserah bulat-bulat kepadamu).
2 comments:
mati itu amat dkat...jzkillah...
prkongsian yg mmbngkit muhasabah...
Syukran sudi mbaca..
Hiduplah kita seperti org yg bsedia utk mati..
sllu mbuang karat di hati(muhasabah)
mgharap hati yg suci akan kembali kpd PEMILIK HATI
Post a Comment