salam

Thursday, 14 February 2013

̴ INDAHNYA ‘TAMAN SYURGA’ ITU ̴

Dengan  nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Di ‘taman syurga’ itu,
Kami menadah kitab,
Mendengar bait bicara ilmiah,
Belajar mengenal Allah,
Mendalami ilmu yang menjadi penawar bagi hati,
Saban hari,diri terasa semakin kerdil,
Dek kerana kejahilan yang membelenggu diri..

Di ‘taman syurga itu’,
Kami sering diingatkan potongan hadis ini,
“ﺃول ﺍﻝﺪﻳﻦ معرفة ﺍﻟﻠﺔ”
Awal2 agama kena kenal Allah,
Tidak sah ibadah seseorang jika tidak mengenal Tuhannya,
Allahu Rabbi,
Di kala usia semakin menginjak dewasa,
Baru ku sedar,
Aku masih tidak kenal siapa Dia yg sebenar..
Hakikatnya,
Apabila kite sedar mengenali Allah itu lebih penting, mencintai-Nya lebih utama,
Maka saat itu hal dunia dan cinta manusia akan menjadi kecil dan terusir...

Di ‘taman syurga’ itu juga,
Ku temui bidadari2 dunia,
Hati terasa dekat walau baru pertama kali bersua,
Merasai jalinan ukhwah yang sgt indah,
Allahu Rabbi,
Kau telah Mempertautkan hati2 hamba-Mu ini,
Maka kekalkanlah kemesraan antara hati2 ini pada jalan-Nya yang sebenar,
Hidup suburkanlah hati-hati ini dengan makrifah-Mu,
Dan jika Engkau mentakdirkan kematian,
Maka matikanlah pemilik hati ini,
Sebagai para syuhada dalam perjuangan agama-Mu…
Amin ya Rabbal Alamin…


{Puisi seorang sahabat}




Kitab Hidayatul Subyan


Khusyuk mendengar penjelasan sifat 20 daripada Ustaz Helmi




Menyantuni Tuan Guru Haji Salleh Musa
sebelum berangkat pulang.

Nasihat beliau kepada kami "sentiasalah menuntut ilmu mengenal Allah
dan ikut jalan ahli sunnah wal jamaah"






Bersyukur kepada Allah peluang ini
Tarbiyah hati yg cukup mengesankan..Alhamdulillah

Seriyes, nak datang lagi!!

No comments: