salam

Tuesday 14 May 2013

Jom Gi Ngoji?

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani



Apabila Luqman Al-Hakim mendidik anaknya, yg diberikan prioriti ialah ilmu tauhid. Prioriti ini diterangkan oleh Allah SWT:

"Dan (ingatlah) ketika Luqman berkata kepada anaknya,
semasa dia memberi nasihat kepadanya:
“Wahai anak kesayanganku, janganlah engkau mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), perbuatan syirik itu adalah satu kezaliman yang besar. (Surah Al-Luqman:13)

Itulah perkara yg perlu dititikberatkan dlm hal mendidik anak-anak. Berbeza dengan ibu bapa sekarang, menasihati anak-anak supaya lebih mengejar kecemerlangan dunia berbanding kecemerlangan akhirat dengan berpaksikan tauhid.

MasyaAllah, pernah saya kongsikan kata-kata Imam Ghazali " Ilmu fardhu kifayah yg melebihi fardhu ain, dia dianggap syirik".

Tapi ulamak2 lain meringankan " Dalam masa kita mengaji ilmu fardhu kifayah, bersama2 juga dia menuntut ilmu fardhu ain , kena seiring, kalau tidak maka dengan mudah dia menjadi sesat".

Lihat, berapa ramai yg bijak pandai tp dia tak kenal siapa yg Maha Bijaksana..
Ramai yg dapat A dalam peperiksaan, tetapi D,E,F dalam mengenal Allah.

MasyaAllah, muhasabah untuk diriku dan dirimu..sejauh mana kita mengenal Allah? Apakah setakat hafal sifat 20 tetapi tidak mendalaminya?...

Aduh, terasa kerdil diri ini..bersyukurlah kepada Allah jika kita diberi kesempatan untuk belajar ilmu Tauhid dan jangan berhenti belajar mengenalNya.

Pesan Tuan Guru Haji Salleh Musa, kena belajar ilmu 3 serangkai iaitu ilmu Tauhid, Ilmu Fiqh dan Ilmu Tasawuf..semoga kita mendapat kemantapan iman dan seterusnya ke syurga Allah.



p/s : Jom gi ngoji?...smg Allah permudahkan selalu, insyaAllah :)

No comments: