salam

Friday, 28 November 2014

Fingerprint saya!!

                                               Assalamualaikum wbt.



Beberapa hari yg lepas, saya balik kampung sekejap untuk buat pasport antarabangsa. Tapi, nak ke mana tu?. Insyaallah saya akn bermusafir ke Korea dan menunaikan ibadah umrah pada bulan tiga nanti. Sahabat (yg sedang membaca) tolong doakan supaya Allah permudahkan urusan saya untuk pergi. Setakat ni ada sedikit ujian untuk saya menyebabkan saya berfikir banyak kali betulkah pilihan saya untuk bermusafir ini?.. Tambahan pula ujian pada fingerprint saya. Allahurabbi. 

Alkisahnya, saya betul2 bersedia untuk membuat passport di KDN bersama adik lelaki saya. Tapi, nak dijadikan cerita, bila dah sampai giliran nombor saya, saya agak risau bila pegawai di situ banyak kali scan ibu jari tangan saya....kejap kanan kiri...kanan kiri...banyak kali..tapi masih tak dapat nak discan. Nampak dia pun mcam give up..saya pun lub dup lub dup...oho,apakah sudah terjadi dengan jari saya?. Then, dia pun menyuruh saya pergi ke JPN untuk minta surat pengesahan kad pengenalan.

Datang saja ke kaunter JPN, saya cerita masalah yg berlaku di pejabat KDN tadi. Then, mereka scan ibu jari kanan saya. Same, for many times!!. Last, pegawai di situ mengatakan ibu jari saya dah rosak. Dah hilang lingkaran yg ada pada jari saya. Bila di cek balik, saya memang takde lingkaran pada semua jari tangan kanan saya. Pada masa tu, hanya Allah yang tahu perasaan saya. Saya hampir sebak kerana terasa nikmat Allah yang sangat penting dah hilang. Fingerprint!!.


                                                        


Pegawai di situ tanya apa punca yg menyebabkan keadaan jari saya seperti ini. Mereka sempat berseloroh, "adik banyak buat kerja rumah ye, banyak guna sabun tolong basuh2 baju ye?". Saya pun membalas, "saya takde buat kerja teruk2, belajar kat univ je..mungkin sebab saya pernah terpegang periuk panas masa kat rumah dulu. Sejak tu, tangan saya cepat merah dan mengelupas kalau makan makanan panas dan pedass". Tapi, saya tak sangka lingkaran tu dah hilang.  


Dengan segera, saya pergi ke pejabat KDN untuk segera buat passport. Adik saya pula dh siap pegang passport. Saya je yg belum siap. Saya hanya mampu buat muka sedih depan adik dan mak.

Kali ni pegawai yg lain tolong buatkan passport untuk saya. Lelaki india. Walaupun saya dh tunjukkan pada dia surat pengesahan kad pengenalan, tapi dia still nak cuba dapatkan fingerprint saya. Tangan kanan memang fail pada semua jari. Tangan kiri pula kejap dapat kejap tak. Katanya nanti saya susah bila kat airport nanti. Sempat pegawai tu mengusik, "haa, adik dh hilang identiti diri". Huh, dahi saya berpeluh. Takut.

Tapi, macam manapun, alhamdulillah ibu jari tangan kiri saya dapat jugak discan akhirnya. Pesan pegawai untuk saya bawa surat pengesahan kad pengenalan n guna ibu jari tangan kiri saja untuk discan bila di airport nanti.

Subhanallah, pengajaran yg sangat besar saya dapat pada hari tu.

Saya jadi teringat dengan satu ayat dari surah yasin yg bermaksud:

"Pada hari ini kami tutup mulut manusia dan berkatalah kepada Kami pada hari itu tangan mereka dan kaki mereka juga bersaksi dgn apa yang mereka lakukan di dunia" . (surah yassin: 65).

Di akhirat, mulut kita dikunci. Tapi tangan dan kaki kita bercakap mengenai apa kebaikan dan keburukan yang kita lakukan di dunia sebelum ni.
Namun, sedar atau tidak, sebenarnya di dunia ini lagi, tangan dan kaki kita sudahpun menjadi saksi akan siapakah diri kita. Fingerprint yg ada pada jari kita inilah yg menjadi saksi identiti diri kita.

Lingkaran yg ada pada jari kita akan berbicara jika kita adalah penjenayah di dunia. Jika kita adalah pencuri, pembunuh atau sebagainya sewaktu di dunia. Itulah hikmahnya Allah ciptakan fingerprint pada diri kita. Setiap orang mempunyai fingerprint sendiri dan takkan sama dengan orang lain. Begitulah jua di akhirat, tangan dan kaki kitalah yg memberi kesaksian atas diri kita, bukan menceritakan hal orang lain. 



p/s: 

Kita akan diadili oleh tangan dan kaki kita sendiri. Mulut terkunci. Dan tiada rahsia lagi di

mahkamah ALLAH. Oleh itu, ayuh kita sama-sama bermuhasabah, apakah tangan dan kaki 


kita nanti akan lebih banyak memberi kesaksian atas perkara kebaikan atau keburukan ?.


Allahurabbi. 

Semoga Allah tetapkan iman kita untuk terus berada di landasan kebaikan.  Doakan juga 

agar fingerprint saya tumbuh balik.Aminn.

1 comment:

siti rahmah said...

subhanAllah, you know what? you have same problem likes me. sya ingatkan saya sorang je yang ada masalah macam tu. fingerprint tak berfungsi. hanya Allah je yg tau. setiap kali klau sy nak buka account bank,msti sya risau. berpeluh habis.. sebabnya saya takut tak boleh nak scan. sya always jadi mcm awk. scan bnyak kali, still xboleh. sampai pegawai bank tu tanya saya "jari cik ni bermasalah ke?"..rasa nak nangis pun ada. saya risau nnti kedepan akn bwk mslah pada saya. mcm kt airport ke. sis boleh bantu sy?apa patut saya buat?