salam

Saturday 2 November 2013

Musim BerTesis

Assalamualaikum wbt.


Segala puji bagi Allah yg menggerakkan hati saya untuk menulis sedikit pada hari ini. Allahurabbi, dulu saya menganggap menulis ini ialah satu amanah yang saya perlu laksanakan. Saya mindset sekurang-kurangnya 1 post setiap bulan. Tapi yang terjadi adalah sebaliknya, saya kalah rupanya. Tapi insyaAllah saya tidak akan membiarkan blog ini mati begitu sahaja, saya cuba juga menulis dalam kesempatan waktu yg ada. Allahuma Yassir!

Sedar tak sedar, saya telah menjejak ke semester 5. Rupanya dah setahun setengah saya bergelar mahasiswa sebagai pelajar Farmasi. Aduh, nama-nama ubat sepanjang pembelajaran entah dah berapa ratus kena hafal. Eheh. Harapnya INGAT. Makin berginjak tahun, tidak saya nafikan bahawa menjadi student farmasi agak mencabar. Paling ketara, ingat lagi zaman presentation sem 1 compare dengan sem 5 sekarang. Semasa sem 1 agak comel la presentation tu, malu2 kucing masa tu nak bercakap berbanding dengan sekarang agak berani sikit. Tapi bukan perkara ni fokusnya tapi maklumat/ intipati dalam presentation itu yang membezakan. Ahah, sekarang sem 5 nak cari maklumat apa2 pun utk presentation / report/ assignment sekalipun mesti guna journal yang telah dibuktikan keshahihannya. Itula, masa kadang2 tu banyak digunakan untuk membaca journal sahaja.

Bila start hobi membaca journal ni?
Bila bermulanya sem 5, kami melalui zaman undergraduate research. Jadi, dalam menganalisa dan mencari maklumat untuk membuat tesis, mestilah dari sumber maklumat yang sohih iaitu sumber utamanya ialah journal dan buku-buku rujukan. Diakui membaca journal ni sesuatu yang boring, tapi once kita faham apa yang kita baca dan kita dapat manfaat dari maklumat tersebut dari penulisan tersebut. Kita lontarkan kefahaman dari sumber yang kita baca pada penulisan tesis pulak. Wahh, mencabar tapi osem!.
Sebenarnya tengah saya menulis post ni pun, saya rehat kejap dari keletihan membaca banyak journal. Eheh. 

Research.
Research untuk undergraduate students ambil masa setahun sahaja. Sem 5-Sem 6,.
Sem 5 fokusnya ialah untuk menulis tesis cth-(intro-literature review-methadology) dan untuk sem6, masuk lab. Bergantung kepada student, ada yang pilih masuk lab buat cell culture, guna tikus sebagainya dan ada juga yang memilih research by questionnaire. Dan saya pilih cell culture.

Tajuk research saya, In vitro wound healing of Myrmecodia platytyrea aqueous extract.
Bahasa mudahnya, kita nak evaluate sama ada pokok Myrmecodia platyrea ni boleh tak bertindak sebagai agen wound healing. Pokok Myrmecodia ni asal dari Papua New Guinea, jadi banyaknya kat Indonesia. Orang kampung sana rebus tuber pokok ni untuk dijadikan ubat.Dikatakan pokok ni boleh menyembuhkan banyak penyakit antaranya cancer,inflammatory disease, diabetes, dan salah satunya juga ialah wound healing. Macam manapun, pokok ni still under studies untuk buktikan therapeutic effect yang dia ada. Dan saya mengambil peranan untuk buat research studi on wound healing activity of Myrmecodia platyrea menggunakan keratinocyte cell. Caranya ialah saya akan scratch monolayer keratinocyte cell, dan give treatment guna extract Myrmecodia. Kita akan lihat kesannya sama ada cell tu akan bercantum balik. 
Nampak mudah, tapi risiko cell akan contaminate dan lain2 agak membuatkan saya risau. Tapi insyaAllah moga Allah permudahka  urusan studi saya, dengan niat yang satu iatu saya nak belajar. :)

Myrmecodia platyrea
Pokok sarang semut
Macam manapun, bila mana kita adalah seorang students, amanah kita itu ialah untuk kepentingan ummah sebenarnya. Susah mana sekalipun subjek tersebut, cubalah sedaya upaya untuk memahami ilmu tersebut. Doakan supaya Allah permudahkan urusan pembelajaran kita apatah lagi bila mana kita adalah seorang daie di tengah kampus kita. Amanah itu bertambah dan lebih besar. Student+ Daie. Aktif dalam persatuan Islam mengajak kita untuk lebih pandai meguruskan masa. Seimbangkan antara tuntutan belajar dan dakwah. Salah satu tak boleh dibuat sambil lewa kerana kedua-duanya perlu ada dlam setiap kali hembusan nafas kita. Bergeraklah dan jangan berdiam diri, kerana kata Syeikh Imam Hasan Al-Banna, tanggungjawab melebihi masa yang ada.

Let's struggle, work and pray for Islam.

"Sesiapa yang menempuh satu jalan kerana mencari ilmu, maka Allah akan mudahkan baginya jalan ke syurga" (HR Muslim)
Sungguh membaca hadis ni, membuatkan saya tersenyum bahagia. Penat di dunia dibalas syurga insyaAllah.



No comments: