Assalamualaikum w.b.t
Semoga kisah ini membawa ibroh dalam diri kita yang membaca.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Aisyah ra pernah menceritakan ketika dia bersama Rasulullah s.a.w di rumah. Baginda terdengar suara bising wanita dan kanak2 dari dalam masjid. Lalu baginda bangun dan terlihat wanita ( ada riwayat mengatakan lelaki ) berbangsa Habsyah sedang menari sambil memegang lembing.
Habsyah ialah 1 bangsa ketika itu wujud di Madinah. Mereka menari sambil juga memegang kambing dan bernyanyi. Ketika itu Rasulullah s.a.w menoleh ke Aisyah dan berkata : " Ya Humaira, kau nak tengok?"
Rasulullah s.a.w suka memanjakan Aisyah dan isterinya yg lain. Juga nasihat kpd para suami supaya memanjakan isteri kamu.
Fokusnya di sini ialah ketika Baginda menyebut " kau nak tengok?". Lihatlah baginda sendiri yg bertanya. Hikmahnya di sini, si suami kena sentiasa mghiburkan isterinya.
#Gaya saya bagi nasihat seperti saya ni dah kahwin..hehe.
ok sambung2..
Aisyah menjawab: " Ya, nak tengok".
Kemudian Aisyah menceritakan ," maka aku letakkan daguku di atas bahu baginda dan aku sandarkan di pipi baginda". Faham x?? ok2.
Bayangkan situasi, Rasulullah s.a.w duduk, Aisyah datang dari belakang meletakkan kepalanya di atas bahu Rasulullah s.a.w. Pipinya bersentuh dengan pipi baginda.
Mereka berdua duduk menonton tarian orang Habsyah.
# subhanallah romantik kan Rasulullah s.a.w..Kalau nak tahu hero hindustan pun tiru Rasulullah dalam bab2 romantik ni..
Kalaulah sahabat2 perasan ada part ni dalam video The Chosen One dr Maher Zain..ada seorang suami tu mendukung isterinya tuk tengok permainan api tu..kat sinilah adaptasinya..
contoh situasi...
Tidak lama kemudian, Rasulullah memandang Aisyah dan berkata; " kau sudah puas? ".
Aisyah jawab: " belum lagi".
Setelah beberapa waktu menonton, Baginda bertanya lagi. Hal ini kerana baginda adalah Rasul dan mempunyai tangunggjawab besar. Sekali lagi Rasulullah s.a.w bertanya kepada Aisyah dengan baik : " kau sudah puas?".
Dan Aisyah masih menjawab :"Tidak".
Kemudian Aisyah berkata: aku sengaja menjawab tidak kerana ingin tahu kedudukan aku di hati Rasulullah s.a.w.
Dalam riwayat yg lain, agar wanita lain tahu kedudukan aku di sisi Baginda. Maksudnya, agar dilihat wanita lain betapa cintanya Rasulullah kepada Aisyah.
Sekali- sekala baginda menyebut " kau sudah puas?". Sehinggalah Aisyah puas hati dan meninggalkan tempat tersebut..
ada gaya post ini lari dr tajuk??..maaf, ini baru permulaan..kita sambung lagi the important part.
Selepas itu, Umar ra masuk dengan penampilannya yg hebat. Ketika masuk ke masjid, dia terlihat orang Habsyah, lalu dia marah. katanya..tak sesuai!! Bagaimana mereka boleh menari dalam masjid Nabawi.
Lantas beliau mengambil batu dan membaling ke arah orang Habsyah tersebut. Lalu Baginda bersabda: "Biarkan mereka, ya Umar".
Agar orang yahudi tahu agama kita memiliki keluangan. Sesungguhnya aku diutuskan dengan kebenaran yg bertoleransi..
Lihat kepada Rasulullah s.a.w. Lihatlah peranan masjid Nabawi ketika era Baginda. Masjid ketika itu hidup dengan beraktiviti dan penuh keriangan. Tapi lihat masjid kurun ke-21..Adakah hanya khusus untuk bersolat dan membaca al-quran, anda setuju?? Kalau kita tengok ramai yg lepas solat terus pulang ke rumah.. Ketika ada orang buat bising atau kanak2 menangis, orang ramai akan merungut..kata mereka" ini bukan tempatnya!"..
Bahkan dalam 1 riwayat para sahabat telah bermain kulit tembikai di dalam masjid. Bermaksud, membaling kulit tembikai antara mereka. Riwayat yg lain, mereka makan daging dalam masjid..MasyaAllah, masjid ketika itu dianggap nadi masyarakat. Rasulullah membuktikan perkara itu apabila meminta Umar membiarkan mereka orang Habsyah itu.
Saya dapat tahu bahawa di gereja mereka mempunyai kelab, pasukan pengakap dan pasukan bola sepak. Mereka sering mengadakan pertandingan antara gereja. Hmmm..
Saya sempat memetik perkongsian ustaz Amin dalam rancangan 'Tanyalah Ustaz' btarikh 22/8/11..
Ustaz bercerita sewaktu dia pergi mlawat orang muslim di CHINA.. Ustaz terpandang orang tua dalam lingkungan 90 tahun tengah berniaga di depan masjid. Then ustaz pun tanya.."kenapa pakcik dah tua2 ni kerja lagi?? , kan ada anak 2 yg dah besar boleh bantu pakcik ".
Pakcik tu pun bagitau " aku berniaga ini bukan untuk diri aku, tapi untuk menjana kewangan masjid"..
Nampak hebat tak pakcik ni sanggup mengunakan sisa2 hidupnya tuk berkhidmat kpd masjid. Hmmm, alangkah indah kita boleh ikut zaman Baginda dulu tuk menjadikan masjid sebagai pusat ekonomi dan berbagai fungsi yang lain..insyaAllah..
link page Ustaz Amin tentang pengalamannya di China..http://www.ustazamin.com/2011/08/universiti-kehidupan-202-kami-berniaga.html
3 comments:
yer betul tu ana...suka entry nie...=)
subhanallah.. nice story. nmpk natural :)
subhanallah.. menarik sgt kisah ni.. ehm, jelesnya dengan aisyah,, ha'ah, masjid sekarang macam hanya tertumpu kepada aktiviti keagamaan je kan?? sebab tu gagal menarik pemuda untuk ke masjid
Post a Comment