Assalamualaikum w.b.t
Salam perkenalan..Diri ini baru tergerak untuk berblog..InsyaAllah, moga ada manfaatnya.
Nama penuh saya Nur Farhanah Dini bt Zubir. Nama diberi khas dari abah saya bermaksud cahaya kegembiraan agamaku. Semoga dengan nama ini, saya sangat berharap dan bertekad untuk memberi kegembiraan kepada agamaku. Moga Allah membantu. Dilahirkan di Hospital Langkawi pd tarikh 5/11/1992. Dari kecil hingga sekarang saya menetap di Pulau Langkawi.Saya merupakan anak sulung dari tiga adik beradik. Moga kami tiga beradik menjadi hamba Allah yg cemerlang dunia akhirat.
Setelah pencen, abah saya sekarang bekerja sebagai pemandu teksi..beliau sangat sukakan pekerjaannya katanya seronok berkenalan dgn hamba2 Allah dari pelbagai pelusuk dunia. Sesuailah dgn dirinya yg sangat peramah. Mak pula bekerja di IPP, sbagai housekeeping..Perjalanan hidup mak sangat saya kagumi kerana beliau bekerja keras dari kecil untuk membesarkan adik2nya seramai 6 orang.. Terima kasih Allah kerana mghadiahkan ibu bapa ini, kerana merekalah yang mengajar saya mengenal tuhan. Juga cinta tanpa syarat dari kedua ibubapaku..Doa ini saya titipkan buat ibubapaku selalu..
Dan hendaklah engkau merendah diri kepada kedua2nya dengan penuh belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata ): "Wahai tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil." (al-Israa- 24)
Saya menerima pendidikan awal di tadika Masjid al-Hana. Kemudian di sek keb Ladang Sungai Raya di Kisap sehingga darjah 4. Setelah tok meninggal, kami sekeluarga bpindah ke rumahnya di Kuah sehingga sekarang,di situ saya bersekolah di sek keb Seri Negeri.
Seterusnya mulalah detik saya mengenal ilmu agama dengan lebih formal di Maktab Mahmud Langkawi. Tapi tidak lama sehingga tingkatan 3. Setelah itu saya menyambung ke Maktab Mahmud Alor Setar dalam aliran sains..
Saya memilih untuk menyambung dalam aliran sains di matrik Penang. Di matrik mengajar banyak pengalaman baru.InsyaAllah, bulan 9/2011 ini bermulalah penghijrahan saya ke Selangor untuk menuntut ilmu dalam bidang farmasi di uitm Puncak Alam. Impian saya tercapai juga, sesungguhnya Allah mengetahui apa yg terbaik untuk hambaNya..Subhanallah,barakallah, alhamdulillah.
Melalui blog ini, saya mengangkat tema 'fafirru ilallah' bermaksud berlarilah kembali kepada Allah dalam surah az-zariyat: 51. Fafirru ilallah tiada yang lain selain mengingat kita bahawa hidup ini sentiasa bergantung kepada Allah. Ingatlah kita ini manusia pendosa, tapi kenapa orang tak nampak pun yang kita ini banyak dosa? Sebab Allah itu sifatnyya as-satir, Yang Maha Melindungi. Allah lindungi semua dosa kita di hadapan manusia lain. Oleh itu sahabat2, saya mengajak sentiasalah Fafirru ilalah!!.Berbaliklah kepadaNya dengan segera apabila kita melakukan kesalahan, sungguh Dia Maha Pengampun.
Inilah serba sedikit coretan pengenalan tentang diri saya. Insan biasa yg sentiasa mencari ruang dan peluang utuk meraih cinta Illahi..smoga kita semua berjaya peroleh cinta hakiki..InsyaAllah
let's struggle, work and pray to bring back the glory of Islam.
struggle for Islam...semangat2!!
3 comments:
Salam ana...Happy berblogging...terima kasih kerana menjadi sahabat saya.... :)
salam ukhuwwah dini :)
Assalamualaikum Farhana.
Nice to know you.
Saya fatin.
Salam perkenalan. ;)
Post a Comment