Assalamualaikum w.b.t  ( ^___^ )..Salam sayang :)
1. Elakkan berurusan dgn lelaki.  Kalau ada peluang untuk minta tolong dgn perempuan, mintalah tolong dari  perempuan. Disebabkan limitation kemampuan perempuan seperti repair  kereta, repair laptop dan lain2, maka terpaksalah minta tolong dari  orang lelaki.
2. Kalau terpaksa contact orang lelaki, gunakanlah medium perantaraan dalam bentuk tulisan, seperti SMS, email, atau nota kecil. Gunakan perkataan2 formal, bukan bahasa pasar. 
Contoh: Maaf, (bukan sorrie..), Terima kasih (bukan time kaceh). 
Lagi satu takyah la buat smiley face ke (^_^), gelak2 ke (hihihih), dan lain2 yg kurang berfaedah. Elakkan bercakap melalui telefon kalau belum desperate. Ini kerana suara wanita amat lunak dan boleh menggetarkan jiwa lelaki. Sampai Allah pun kena sound kat orangg perempuan supaya keraskan suara. Rujuk qur’an surah Al-Ahzab ayat 32:
“Wahai  isteri2 nabi, kamu bukanlah seperti perempuan2 lain jika kamu bertaqwa.  Maka jangan lah lemah lembutkan suara dalam berbicara, sehingga bangkit  nafsu org yg ada penyakit dlm hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan yg  baik”
Kalau  rasa ayat ni ditujukan kepada isteri2 nabi je, lembut2kanlah suaramu  dan lihatlah kesannya. Apabila arahan ni diberi kepada isteri2 nabi,  sepatutnya kita juga menyahut seruan tu untuk mencapai darjat yg sama  seperti mereka, darjat wanita2 yang bertaqwa, dan darjat wanita2 yg  terpilih. Best kan?
3. Tundukkan hati :  Apabila terpaksa berurusan dgn lelaki, kita sepatutnya merasa bulu roma  kita meremang, kerana takut pada Allah. Kita sangat takut sekiranya  disebabkan kita, lelaki ni tertarik kepada kita. Waktu berdepan dengan  lelaki2 tu, banyak2 lah berdoa,
“Ya Allah, jgnlah Kau buatkan lelaki ini tertarik kepadaku. Jauhkan pandangannya dari panahan syaitan.”
4. Tundukkan pandangan. Jangan tertipu dgn matapelajaran communication skills yg kita belajar kat univ  “make eye contact with the person you’re talking to”. benda tu applicable kalau kita becakap dgn orang yg sama jantina sahaja. 
Kalau ada eye contact dgn org yg berlainan jantina, kita akan mendapati theory “dari mata turun ke hati” tu betul. 
so, be careful dgn pandangan mata..
Para  sahabat dulu pun, Allah perintahkan supaya tahan pandangan apabila  mereka berurusan dgn isteri2 nabi. Cuba rujuk surah al-ahzab ayat 53.
“….Apabila kamu meminta sesuatu dari isteri2 nabi, mintalah dari belakang tabir. Itu lebih suci bagi hatimu dan hati mereka..” 
Kita  bukan disuruh membawa tabir ke mana2 kita pergi. kalau susah sangat nak  jaga mata, tutuplah pandangan dgn buku ke, ngan file ke. Kita lihat  betapa Allah sangat ambil berat masalah hati para sahabat dan isteri2  nabi supaya mereka tak tewas ke dalam kemungkaran. Kalau kita pun nak  jadi sehebat mereka, kenalah buat apa yg mereka buat. Takkan nak tunggu  Allah sebut nama kita dlm Qur’an baru nak buat kut. 
Cth: “Wahai Cik Ain.. taatilah suamimu…” Isshh2... tak layak nye..
5. Cepatkan urusan. Ni  mungkin applicable kepada students/ orang yang dah kerja yang terpaksa  berurusan dengan team mate lelaki. Dah tak boleh elak, dia je team mate  kita. So, apa2 kerja yg nk dibuat bersama, buat je la kerja tu. takyah nak borak2, tanya hal peribadilah, gelak2 lah, buat lawaklah.. tak perlu tak perlu. Siapkan kerja cepat2, then pergi.Perbincangan buatlah di tempat yg elok2 dan berurusanlah secara professional.
![]()  | ||||
| Nah...ambillah ia sbgai nasihat buat diri.. | 
Semoga  bermanfaat dan semoga Allah mengurniakan hidayah bagi kita untuk  menjadi seorang wanita mu’minah yg briman dan bertaqwa kepada Allah,  yang taat pada perintah Allah dan takutkan hari pembalasan.Semoga tidak  melalaikan diri kita dan org yg menerimanya. Jaga diri, hiasi peribadi..Nak tambah lagi, 'terdidik wanita..terdidik generasi'..insyaAllah

No comments:
Post a Comment