Ala...niat je pun..
Dalam bahasa inggerisnya, Steven R. Covey dalam bukunya menyebut salah 1 tabiat dalam ' 7 Habits of Highly Effective People '.
Begin with an end of mind.
Bermula dengan target akhir yg jelas. Bak kata Dr. Muhaya, gambarkan apa yg kita ingin jadi. Tulis. Dalam islam, benda ni penting. Kita panggil sebagai pasang niat.
Jom tengok hadis ni...
Daripada Amirul Mukminin Abu Hafsin 'Umar ibn al-Khattab, beliau berkata: Aku mendengar Rasullah s.a.w bersabda :
" Sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kpd niatnya, dan sesungguhnya bagi setiap orang apa yg dia niatkan. Barangsiapa yg hijrahnya menuju kpd Allah dan RasulNya, maka hijrahnya kpd Allah dan rasulNya. Barangsiapa yg hijrahnya kerana dunia yg dia mahu cari habuannya , atau kerana seorang perempuan yg dia mahu nikahinya, maka hijrahnya ke arah perkara yg ditujuinya itu. ( Riwayat Bukhari & Muslim ).
Menurut syarah hadis ini oleh dr. Mustafa Al-Bugha yg dibaca dr Halaqah Online, Imam Abu Daud berkata : Sesungguhnya hadis ini bahawasanya segala amalan itu adalah dengan niat adalah separuh drpd Islam, kerana ad-din itu 2 perkara ,
- perkara zahir - amalan
- perkara batin - niat
Mungkin dah biasa sangat dengar hadis ni, tapi urusan niat ni perkara sehari-hari. Sering sangat berbolak-balik dan berubah-ubah kerana ia sesuatu yg ghaib dan tidak terlihat oleh orang lain. Cuba kalau tiap hari apa yg kita niatkan tu keluar macam text besar-besar atas kepala kita, rasanya confirm semua orang akan berusaha sedaya upaya bagi niat tu terarah kpd jalan yg baik.
Saya bagi contoh.. niat kita baik dan ikhlas untuk baca Quran sambil tunggu bas, tapi disebabkan perangai orang akhir zaman, jadi macam suatu keanehan bagi mereka lalu mereka memandang kita yg sedang baca Quran. Perasaan kita masa tu mungkin bercampur-baur sedih pun ada, geram pun ada tapi perasaan riak pop-out tiba-tiba muncul.
Hah! niat dah tak betul..terus tutup Quran.. Stop here, do u think we should do like this?
Tolong jangan! teruskan membaca sebabnya jika terus tidak melakukannya sebenarnya itulah dipanngil riak. Bermaksud kita telah terpedaya dengan hasutan setan dengan sebab takut riak, nanti setan happy tau. Kadang- kadang setan sengaja mengelakkan kita drpd terus berbuat baik dengan meniupkan rasa riak dalam hati.
Itula saya kata hati ni mudah berbolak-balik, kadang-kadang niat cepat berubah. Tapi Allah Maha Pengasih, Dia tahu kita manusia yg lemah jadi cepat-cepatla kita istigfar, ok..
Aduhai la..:(
Wahai esok,
Lebih baik kah kamu dari hari ini?
Sebab kalau tidak. sunguh aku orang yg rugi.
Sangat-sangat ruginya.
Aku berusaha untuk menjadi muslim sepenuh masa
FULL TIME MUSLIM.
24 jam, ditolak masa solat, doa dan munajat..
yang selebihnya apakah ibadah atau maksiat??
Kerana hanya pada Allah kita mampu meminta, jadi mintalah untuk ditetapkan istiqomah pada jalan yg Dia redhoi. Redho kita untuk menjadi PELAJAR yang BERJAYA & BAHAGIA..
No comments:
Post a Comment