Assalamualaikum w.b.t..
Semoga sahabat2 semua sihat walafiat dan semoga kita menjadi hamba yg sentiasa bersyukur kpd Allah yg sentiasa memberikan nikmat walaupun kita ini insan yg penuh dosa..
Saya ingin kongsikan 1 kisah yg sangat meruntun jiwa saya ketika pertama mdengarnya dalam 1 ceramah di radio ikim.
Saya menitiskan air mata ketika mendengar kisah ini kerana tersentuh dengan sifat pemaafnya Baginda.
Saya menitiskan air mata ketika mendengar kisah ini kerana tersentuh dengan sifat pemaafnya Baginda.
Sahabat2 hayati kisah ini dan sama-sama kita ikuti..
Semasa pembukaan kota Mekah, ada seorang pemuda berkeadaan keluh-kesah dan cemas.
Siapakah pemuda itu?
Siapakah pemuda itu?
Dia adalah Habbar bin Aswad.
Eh, kenapa dia tampak cemas?
Eh, kenapa dia tampak cemas?
Begini, sahabat2.
Semasa peristiwa hijrah, pemuda inilah yg telah merentap hujung kain puteri Rasullah hingga puteri baginda terjatuh dari punggung unta. Puteri Rasulullah yang bernama Zainab itu yg tengah sarat mengandung terus terduduk di atas kerikil yang tajam sehingga menyebabkan beliau keguguran bayi yang dikandungnya. Hal ini kerana, beliau terhentak jatuh dari unta yang tinggi. Darah memancut keluar dgn banyaknya membasahi jubah yang dipakai. Tidak berapa lama kemudian,puteri Baginda, Zainab itu meninggal dunia. MasyaAllah, sangat tragis.
Semuanya kerana pemuda yang bernama Habbar tadi. Namun, peristiwa itu langsung tidak diketahui Rasulullah sehinggalah setelah pembukaan kota Mekah. Rasulullah terlihat Habbar yg tergesa-gesa setelah melihat Rasulullah lalu menegurnya dan bertanya, “Ke mana engkau mahu pergi, ya Habbar?”
Habbar menjawab, “Aku ingin lari daripadamu.” Rasulullah hairan dan btanya sebabnya. Barulah Habbar menceritakannya. Habbar ingin lari dr btemu Rasulullah s.a.w kerana malu dengan tindakannya.
Setelah mendengar cerita itu, Baginda s.a.w berkata "ارجع انت يا حبار " bermaksud " baliklah kamu Habbar ".
Rasulullah s.a.w menyuruh Habbar pulang dan baginda memberitahu " sesungguhnya aku sudah memaafkan engkau".
Nah, setelah baca kisah ini lihatlah betapa pemaafnya Rasulullah. Kalau kita, pembunuh orang yg kita sayangi berada di hadapan mata, pasti kita akan marah bercampur geram bukan?
Begitulah terpujinya sifat baginda.Saya paling sensitif kalau dengar kisah Rasulullah s.a.w kerana Baginda ialah insan yg mempunyai akhlak yg paling indah. Terkadang terfikir sendirian layakkah aku mendapat syafaatnya kerana diri ini terasa sangat jauh berbeza dengan Baginda. Semoga kita mencontohi akhlak Rasulullah s.a.w yg sangat pemaaf. InsyaAllah kita mampu kerana kita umatnya.
sollu 'ala Nabi |
Kisah ini hanya sekuman dari kisah2 pemaafnya Rasulullah s.a.w. Banyak lagi yg kita boleh baca dan hayati terutamanya kisah tragis ketika Baginda s.a.w berhijrah ke Thaif untuk menyampaikan Islam..Jadikanlah kisah2 Nabi ini sebagai panduan hidup kita. InsyaAllah, selagi mana kita mengikut apa yang disyariat & disunnahkan kepada kita..kita akan selamat dunia & akhirat.
No comments:
Post a Comment