salam

Monday, 20 February 2012

Kem Ibadah SMKTP

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Assalamualaikum warahmatullah

Ingin saya coretkan sedikit perkongsian dari Kem Ibadah SMK Tunku Putra.
Program bermula pada petang 16/2/2012 hingga pagi 17/2/2012. Alhamdulillah , program yg sebentar cuma ini berjalan dengan baik. Bersama dalam program ini ialah peserta terpilih dari tingkatan 3 dan 5 di bawah kerjasama Persatuan Pendidikan Islam SMKTP dan Alumni Maktab Mahmud Langkawi.

Program Kem Ibadah ialah program wajib bg persatuan Alumni MML yang dibuat di mana-mana sekolah sekitar Langkawi bagi mengajar dan membimbing mereka ini akan pembinaan ibadah yg sebenar. Ini program kali kedua saya bersama Alumni MML. Alhamdulillah.

Untuk pengetahuan sahabat2ku, Maktab Mahmud ialah satu-satunya sekolah agama negeri yg ada di Langkawi. Jadi, ia seperti terasa satu kewajiban untuk menyampaikan serba sedikit ilmu agama bagi mereka yg tidak dapat kelebihan untuk belajar agama dengan lebih formal. Iaitu melalui program-program yg dibuat. Walaupun programnya sederhana kerana kekangan dari segi kewangan dan yg lain  , tapi InsyaAllah pihak Alumni sentiasa cuba yg terbaik. 



Sekitar program di SMKTP,

Seusai pendaftaran, program bermula dengan solat asar berjemaah.




halaqah muslimat
 

halaqah muslimin

muhasabah diri ~before start qiamullail


Pengarah program ~ imam qiamulail

Slot terakhir, 'apa harapan adik2 selepas program'..tulis jangan tak tulis



syukran jazilan tuk adik2 muslimin

syukran buat2 adik2 muslimat


Fasilitator muslimin


Barisan fasilitator muslimat..


sayang semua..

Cabaran dalam program ni melalui pemerhatian saya,

1.   Program ini kebanyakan adalah kali pertama buat peserta. Peserta kurang memahami 'adat resam' kem seperti ini. Tapi Alhamdulillah mereka memberi kerjasama yg baik. Mungkin pihak sekolah perlu lebih kerap buat program agama seperti ini.
  

2.   Kurang minat dalam kalangan peserta dalam bab2 ibadah.

    # Pemerhatiannya..Melalui halaqah, kami dapati psrta lebih berminat dengan topik couple, aurat dan kami lebih banyak berbincang dengan topik masalah sosial di Langkawi. Kami kaitkan perkara ini melalui slot pertama iaitu perbincangan hadis 'iman, islam dan ihsan'. 

    Slot kedua, iaitu pengajaran bab ibadah qiamullail serta yg lain2. Namun masih ada dalam kalangan pesrta yg tidak mampu membaca ayat-Quran. Jadi, adik2 ini menggunakan teknik hafalan.


    3.   Fasilitator yg sedikit. Tidak dapat contact kebanyakan ahli Alumni yg lain. Ada komitmen masing2 di universiti umpamanya. InsyaAllah perkara ini tidak dijadikan halangan untuk buat program yg terbaik buat adik2.
      
    # Alhamdulillah, melalui program ni kami antara fesi lebih kenal antara satu sama lain. Sudah lama tidak berjumpa, kami sudah terpisah 5, 4, 3 tahun. Juga tak pernah jumpa pun ada. Sedih....
     Syukurlah, sangat happy dapat bersua kembali.


    Berita Gembira

    Part ni paling best, tak sangka dalam pertemuan yg indah bersama-sama akak fesi yg lain (saya fesi paling muda), saya dapat berita gembira yg tak disangka-sangka. Kak Fatin akan bernikah dengan Ustaz S____.
    Haha..tak boleh nak beritahu..
    Jenuh saya dan Shahirah (sahabat saya ) berteka-teki siapalah bakal suami akak ni..Habis satu persatu ikhwah terpilih kitaorang sebut sampailah nama seorang ustaz Maahad yg tak kahwin lagi ni. 

    "Tak mungkin, haha". Mahu terbeliak mata saya dengan shahirah. 

    Wah, senyum sampai ke telinga kak Fatin ni ye. Subhanallah, berbunga hati saya mendengar berita pernikahan yg bakal berlangsung bulan 5 ni. Saya doakan yg terbaik buat kalian berdua.


    Satu lagi, saya jumpa akak fesi ni namanya kak Nadia.. Kitaorang  tak pernah jumpa di maahad sekalipun. Subhanallah dalam perkenalan kali ni, akak ni rupa-rupanya satu universiti dengan saya di UITM Puncak Alam. Bolehla lepas ni ada sahabat balik kampung naik flight.

    ok2, sedikit coretan senyum2 di sini..


    Akhir kalam

    Adik-adik yang disayangi,
     Dengan tamatnya Kem Ibadah ini, apa yang abang-abang dan kakak-kakak harapkan dari adik-adik semua adalah mengadaptasikan ataupun mengamalkan apa yang telah dipelajari didalam kem ini didalam kehidupan seharian adik-adik. Amat rugi dan sia-sialah sekiranya kem ini sekadar tamat dan meninggalkan kenangan manis dalam diri adik-adik , namun tiada perubahan yang berlaku dalam diri adik-adik semua.

    Jadilah kita orang yg berbakti kepada agama, yg sentiasa berusaha memperbaiki diri dan juga mengajak orang lain memperbaiki diri..
     ~~Berbahagialah mereka yang dapat menjadi tuan untuk dirinya, menjadi pemandu untuk nafsunya, dan menjadi kapten untuk bahtera hidupnya.



    Subhanallah, pemandangan yg cantik dari SMKTP



    Mood~ masih risau dengan keadaan anak muda Langkawi..
    moga Allah melindungi kami dari melakukan kezaliman ke atas diri sendiri. Perkenankan ya Allah.

    1 comment:

    Anonymous said...

    prkongsian yg menarik ^^

    mga byk lagi pewaris2 Islam yg bakal dcorakkn oleh nti...dgn corak Islam...