salam

Wednesday, 1 February 2012

Relakan Perpisahan Itu

 Dengan Nama Allah yg Maha Penyayang lagi Maha Mengasihani
Hari ini MENDAPAT KESEDARAN DIRI dan TERASA DIRI SENDIRI SANGAT NAIF dan PENUH KEKUFURAN sebab TERLALU LEKA dengan PERIHAL DUNIAWI TANPA SEDAR. Sedihnya.

Terasa diri SANGAT KERDIL dan BERDOSA YANG AMAT pada Pencipta Yang Agung. Semoga kita semua terus MENDAPAT HIDAYAH DAN PETUNJUK  dariNya dan sentiasa sedar tentang KESILAPAN DAN KEKHILAFAN DIRI yang kadangkala kita lakukan tanpa sedar.


Alhamdulillah saya masih punya kesempatan untuk mulakan post kali ini dengan tajuk Relakan Perpisahan Itu..semoga bermanfaat.. 

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


"Aku tak boleh la ikut macam Farah tu, dia dah la alim". Bisikan Rina kepada sahabatnya Ain sempat menorobos telinga Farah yg memakai earphone mendengarkan radio ikim sambil khusyuk menelaah subjek Ekonomi di mejanya. Farah menghadap meja studynya duduk membelakangi mereka, dia membatukan diri seolah-olah tidak mendengar apa-apa.

"Lol kenapa?". Mata Ain terkebil-kebil dengan kata-kata Rina tadi.

"Tak ko tahu kan aku bukan macam dia, aku tak nak la jadi hipokrit..susahla kalau duk dengan dia jadi baik tapi duk dengan orang lain, aku jadi macam perangai aku yg asal..sebab tu aku rasa aku tak boleh la nak kawan dengan dia, rasa aku ni hipokrit..huh". Rina meluahkan perasaannya malam tu di bilik Ain. Mereka Farah, Ain dan Rina berada dalam 1 rumah, kiranya sehousemate.

Mungkin mereka tidak berhajat supaya Farah mendengarnya dan mereka tidak tahu di sebalik earphone itu Farah mampu mendengarnya!.
Tanpa sedar air mata Farah menitik jatuh di bukunya, suara deejay ikim membacakan mesej juga kedengaran samar-samar. Kerana hatinya seperti menangis mendengar kata-kata Rina itu. Hatinya merintih "Sungguh aku sayang kepadamu Rina kerana Allah..tapi kenapa kau seperti terbeban bersahabat denganku?".

Selepas Rina balik ke biliknya. Farah menoleh kepada Ain menanyakan sesuatu "Ain, selama ni korang rasa beban ke berkawan dengan saya?". Muka Ain berubah wajah mendengar soalan itu dari mulut Farah malah Ain jadi kaget melihat air mata Farah.

"Kiranya Farah dengar tadi? maaf Farah bukan maksud kami macam tu, jangan salah faham. Cumanya Farah faham kan Farah bertudung labuh dan banyak ilmu tapi kami sebaliknya. Kesian jugak kat Farah selalu ajak kitaorang pergi ceramah tapi selalu menolak. Sebab tu kami rasa tak ikhlas kadang-kadang nak buat benda baik lagipun  kami memang macam ni kan". Ain cuba menjelaskan.

Farah mula mengerti, air matanya dikesat lalu berhenti..
"Hmm..Kiranya sekarang soal ikhlas?. Ain mari duduk dekat dengan saya. Saya nak tanya boleh  kenapa rasa berat nak buat benda baik especially pergi ke majlis ilmu?". Farah mula cuba menyuntik hati roomatenya itu.

"Malas maybe". Ringkas Ain menjawab.

Kepala Farah menunduk, sahabatnya ini tiap-tiap malam call dengan pakwenya, solat colam-calum, tidak menjaga pakaiannya dengan baik..terkadang baginya, sangat seksi!. "Bagaimana harus aku mula".Hatinya mengharap perubahan pada diri sahabatnya itu. 

Malam itu Farah cuba bawa berbincang secara berhikmah. Kenali permintaan hati.

Doa yg berterusan dititipkan buatmu sahabat..Tidak pernah ku jemu..
Farah bermunajat kepada Allah pada malam yg sunyi lagi sepi



~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Islam sebagai cara hidup.

 Islam di akhir zaman..orang Islam hanya tinggal nama, masjid hanya tinggal tiang dan al-Quran hanya tinggal tulisan.
Islam zaman dulu sangat hebat tapi sekarang pegangan umat Islam sangat lemah. Kita sendiri tak mampu nak menegakkkan Islam dalam diri sendiri utamanya apatah lagi cuba mempertahan Islam di mata Barat yg selalu memijak-mijak.

Melalui kisah di atas dapatlah  kita faham bahawa ada sesetengah orang Islam masih kurang kesedaran kenapa kita diciptakan. Mereka masih berseronok melayan movie, layan calling dari bf/gf sampai tengah malam. Mereka menolak kebaikan dengan memberi alasan tak nak hipokrit. Kata mereka mahu isi jiwa dengan keseronokan sebab stress dengan hidup kat dunia..Tapi sama sekali tidak mahu mengambil jalan dengan membawa pencerahan hati melalui zikrullah ataupun berada di majlis-majlis ilmu. 

Nak jadi baik begitu susah,apakah seperti ada salah dalam baik itu?..
Betapa syaitan merembeskan toksin2 jahat..sehingga nak buat baik fikir banyak kali..masyaAllah..moga Allah memegang hati kita.

Kita fahami kembali tujuan kita diciptakan.
“Tidak Aku (Allah) jadikan jin dan manusia melainkan untuk mengabdikan diri kepada-Ku.” - Surah az-Zariyat: ayat 56.


HIPOKRIT ISLAMIK.
 
Tengoklah video ini dan renungkanlah kembali..


Terutamanya bab aurat kalau nak diceritakan jadi panjang. Tapi paksalah diri untuk menerima perintah Allah tentang penutupan aurat dalam surah an-nuur ayat 31.

Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka, atau bapa mentua mereka, atau anak-anak mereka.. hingga akhir ayat...

Mungkin dalam kalangan kita berasa susah untuk mengikut perintah Allah yg sebenar-benarnya. Ramai yg kata.."aku belum dapat hidayah lagi la nak tutup aurat bg sempurna"..Kita sebenarnya orang Islam tiap-tiap hari meminta hidayah dalam surah alfatihah..tunjukkan kami di jalan yg lurus..Apakah masih tak dapat hidayah itu? Kita sebenarnya kena koreksi diri kerana kita sentiasa membaca al-fatihah tapi tidak mghayati makna bacaan dan tidak mengambil ibroh darpd surah tersebut. Maka kita mjadi tidak faham.

Caranya ialah kita bersungguh-sungguh dan bersabar menghadapi segala yg kita tidak sukai, sampailah perkara itu menjadi biasa. Contohnya, sifat asalnya bukan seorang dermawan mungkin agak kedekut, tapi dia membiasakan diri dengan menderma sedikit2 dengan bersungguh-sungguh. Lama kelamaan, perkara yg luar biasa bagi kita akan menjadi biasa. Dari tak pakai tudung then berubah kepada tudung, biarpun rasa tidak ikhlas pada mulanya tapi kita wajib kerana ianya perintah Allah. Mungkin esok, lusa, tulat dan hari2 seterusnya akan timbul rasa ikhlas. Then, sifat hipokrit itu pun akan terhakis kerana ikhlas itu mendatang.

Sabda Nabi s.a.w : Sembahlah Allah dengan senang hati (bukan terpaksa). Kalau engkau tidak sanggup, maka di dalam kesabaranmu mghadapi sesuatu yg tidak engkau sukai terdapat kebaikan yg sangat banyak. 

 
Saya terkesan dengan satu hadis :


Rasulullah SAW bersabda : "Bacalah al-Quran dan menangislah, dan jika tidak boleh menangis buat-buatlah menangis" (Hadis riwayat At-Tabrani)

Ulang suara. 'Buat-buatlah menangis'? Kenapa pula? Bukankah itu juga satu perbuatan hipokrit?

Hati memang tidak mahu baca Al Quran. Malas binti takfaham . Tapi kenapa Rasulullah SAW suruh juga baca, lepas tu buat-buat menangis?

Baginda nak ajar kita jadi hipokrit ke? Buat baik depan orang walaupun hati macam hantu?
Bukankah pada zahirnya, 'buat-buat' tu bererti berlakon? Adakah kita mahu menipu Allah?

Ertinya Allah begitu memahami kita bahawa bukan mudah untuk terus jadi baik. Ia melalui proses yg sangat panjang. Biarlah kita melalui proses hipokrit untuk mentarbiah diri kerana lama-kelamaan ia melembutkan hati untuk tunduk kepadaNya. 

Biarpun kita usaha berpura-pura menangis ketika solat tahajud untuk merasai nikmatnya. Tapi sedar tak sedar hati kita menjadi lembut kerana tangisan itu.
Ikhlas atau tidak jangan diperkirakan dulu. Jangan mengukur kesempurnaan di permulaan amal. Beramallah walau hati terganggu oleh mazmumah, walau ikhlas diintai sifat rasa hipokrit juga riyak. Pedulikan dulu. Relakan saja.




Realiti Jahiliyah

Dalam kita mcari identiti 'ana muslim' biarlah kita mengenal apa itu Islam supaya cop iman melekat dalam hati. 
Tapi, ramai umat Islam kini berada dalam realiti jahiliyah termasuk saya sendiri kerana punca utama ialah malas. Tidak mahu kenal apa itu Islam. Hanya cop Islam di IC bukan di HATI. 
Kita menjadi malas untuk menuntut ilmu, malas untuk mengisi ilmu2 dengan pergi ke majlis2 ilmu yg memberi kefahaman tentang Islam dalam diri kita.

Terutamanya dalam kalangan pelajar universiti, pelajar matrikulasi mahupun pelajar sekolah memberi alasan:

"saya sibukla, ni nak kena buat asignment btimbun2"..

"kerja sekolah banyakla, tak sempat la saya nanti nak siap kalau pergi ceramah"..

"err, xpela awak, saya rasa mengantukla kalau dengar ceramah,hehe".

Alasan sebegini bukan untuk sekali ceramah tapi ceramahnya yg seterusnya masih alasan yg sama. Jadi sampai bila kita nak faham Islam kalau asyik menolak untuk pergi ke majlis ilmu kerana hanya dengan majlis ilmu, Ilmu Islam dapat disampaikan. (kalau untuk bab study vs majlis ilmu, kita kena tengok pd fiqh awlawiyat, yg mana harus diutamakan..tgok blog sahabat saya mengenai hal ini link )


Saya terkesima mendengar perkongsian dr Ustaz Mohd Fahim dengan tajuk ceramahnya Akidah. Ustaz kongsikan kata2 Imam Ghazali " Ilmu fardhu kifayah yg melebihi fardhu ain, dia dianggap syirik". 
 Tapi ulamak2 lain meringankan " Dalam masa kita mengaji ilmu fardhu kifayah, bersama2 juga dia menuntut ilmu fardhu ain , kena seiring, kalau tidak maka dengan mudah dia menjadi sesat".

Nah, apakah kita masih mengutamakan ilmu fardhu kifayah kita sampai mengabaikan ilmu fardhu ain ?.

Biarlah kita menjadi pelajar yg cemerlang dengan redha Allah kerana adanya ilmu yg mendekatkan diri kita kepadaNya.

Remember..ilmu yang paling bermanfaat ialah ilmu yang memandu kita ke jalan akhirat.

Sahabat yg dirahmati,
Mengapa orang Islam itu sendiri lari dari Islam?
Jawapannya ialah tiada KEFAHAMAN. Di mana untuk dicari kefahaman kalau bukan dengan menuntut ilmu. Kenalilah Allah dan RasulNya dengan ilmu. InsyaAllah kita akan mendapat kemantapan iman.




Konklusi, Relakan perpisahan kita dari kejahilan, Relakan perpisahan kita dari sifat ego untuk berubah, Relakan perpisahan kita dari sifat malas....Kita cuba sama-sama,boleh kan..

Tapi kenapa?


Sebabnya dihadapan kita ada 2 pilihan..


  • syurga / neraka
  • nikmat / azab
  • baik / buruk 
Niatlah untuk berubah..Pilihlah jalan Islam..insyaAllah kita akan selamat.. 


Post ini untuk sound diri sendiri terlebih dahulu..Moga Allah terus memegang hati ini..Aku hanya insan kerdil di lautan rahsia ikhlas yg sangat dalam. Pilihlah hamba untuk ihlas.


Wallahu'alam..segala teguran dalam post ini sangat diperlukan..

No comments: